Panduan lengkap untuk program affiliate Lazada.
Dalam post ini kita lihat satu persatu tentang program affiliate Lazada.
Daripada daftar sehinggalah siap buat link dan letak dalam media sosial pilihan.
Anda boleh klik link di atas terus ke bahagian tertentu.
Mungkin anda berminat juga: Bagaimana cara buat Affiliate Shopee.
Semoga post ini bermanfaat, jangan lupa follow kami di page Ithmm.
Apa itu Lazada Affiliate Program?
Dan bagaimana ia berfungsi?
Lazada Affiliate Program atau juga dikenali sebagai LazAffiliate adalah program yang membolehkan anda untuk:
- Mempromosikan item atau produk daripada Lazada di mana-mana platform sosial media atau instant messaging (seperti whatsapp)
- Mendapat komisen daripada sebarang pembelian yang dilakukan melalui link yang anda berikan
Kelebihan sebagai ahli LazAffiliate adalah seperti:
- Pembayaran komisen terjamin
- Bonus komisen dari top brand
- Bayaran dalam masa 45 hari
- Lengkap dengan dasboard dan marketing tools
Contohnya saya buat post seperti ini:
Peti sejuk 6 pintu dengan kapasiti 788 liter, muat seekor lembut, lengkap dengan pelbagai fungsi moden Hitachi 6 Door Inverter Fridge hanya RM21,579 sahaja! Lihat sini: https://c.lazada.com.my/t/c.cGoSig
Saya boleh post dekat mana-mana media sosial pilihan facebook, youtube, insta dan termasuklah WhatsApp.
Jika ada yang berminat, mereka klik link diatas kemudian beli, saya akan dapat komisen.
Tapi bagaimana jika dia tengok-tengok sahaja tapi tak beli?
Jangan bimbang, Lazada menggunakan sistem cookies untuk memastikan anda dapat komisen hasil daripada promosi tersebut.
Cookies untuk ‘Booking’ Komisen
Berbalik kepada contoh tadi.
Jika seseorang klik link tersebut, lihat barang tapi tidak terus beli.
Lepas 3 hari barulah dia beli barang tersebut (atau barang lain).
Anda TETAP akan terima komisen daripada barangan tersebut kerana adanya COOKIES.
Apabila link affiliate anda digunakan, maklumat tersebut akan disimpan dalam bentuk cookies.
Cookies ini akan bertahan dalam masa 7 hari (mengikut setting semasa Lazada).
Selagi tak lebih 7 hari anda akan tetap terima komisen daripada penggunaan link anda.
Komisen Lazada Affiliate Program
Sebagai ahli LazAffiliate anda berpeluang menerima 2 jenis struktur komisen iaitu:
- Komisen base
- Komisen base + komisen brand
Jika produk yang anda promosikan tidak mempunyai komisen brand, anda masi berpeluang menerima komisen iaitu komisen base sahaja.
Struktur komisen base terkini di Lazada adalah seperti berikut:
Komisen base mempunyai cap iaitu RM10 sahaja.
Contohnya anda promosikan barang bernilai RM1,000. Komisen base untuk barang tersebut adalah 10%. Mengikut kiraan sepatutnya anda dapat komisen RM100, tetapi oleh kerana komisen base cap adalah RM10, maka komisen yang anda terima adalah RM10 sahaja.
Komisen brand pula adalah komisen yang ditawarkan oleh brand tertentu dalam Lazada contohnya: Enfagrow, Logitech dan Tefal.
Komisen brand ini tidak mempunyai cap, oleh itu utamakan produk yang mempunyai komisen brand.
So, apabila anda mempromosikan produk daripada lazada komisen yang anda terima adalah sama ada: Komisen base sahaja ataupun komisen base + komisen brand.
Cara Daftar untuk Ahli Baru
Untuk mendaftar menjadi ahli LazAffiliate anda boleh menggunakan 2 cara iaitu:
- Melalui Apps Lazada di smartphone
- Melalui laman web iaitu adsense Lazada
Untuk pendaftaran melalui Apps Lazada di Smartphone, pastikan anda sudah memuat turun dan install aplikasi Lazada di Smartphone.
Buka apps Lazada, pada pilihan menu di bahagian bawah paparan, pilih ‘Account’, kemudian cari menu ‘Laz Affiliates‘.
Pop-up registration akan keluar, lengkapkan maklumat yang diminta:
Selepas itu anda akan masuk ke bahagian akaun LazAffiliate.
Dalam paparan akaun LazAffiliate anda, pada pilihan menu bawah, klik pada ‘My Account‘, kemudian klik pada ikon gear wheel pada penjuru atas kanan paparan:
Dalam ruangan ‘My Information’ anda kena lengkapkan kesemua bahagian.
Berikut merupakan rujukan cara mengisi bahagian penting.
#Bahagian General Information
Untuk bahagian general information, cara mengisinya adalah seperti berikut:
Pada bahagian ruangan ‘Referral Code‘, boleh gunakan rujukan saya ini:
( Terima kasih ! ).
#Bahagian Bank Information
Untuk bahagian bank, cara untuk mengisi adalah seperti berikut:
Untuk bahagian bank code dan swift number, rujukannya adalah seperti berikut:
#Bahagian Tax Information
Untuk bahagian tax information pastikan pilih ‘No‘.
Jika anda mendaftar melalui laman web iaitu adsense Lazada boleh lawati url berikut: https://adsense.lazada.com.my/
Struktur dan bahagian yang perlu di isi adalah sama dengan diatas, boleh rujuk dekat contoh diatas untuk cara mengisi.
Cara Buat link affiliate Lazada
Anda boleh buat link affiliate lazada dengan cara:
- Menggunakan smartphone melalui apps Lazada
- Menggunakan komputer/laptop melalui aplikasi website adsense Lazada
Ikut kesesuaian.
Cara buat link guna smartphone
Jika anda menggunakan hp, link affiliate boleh dibuat menggunakan 3 cara iaitu:
- Melalui halaman LazAffiliates
- Melalui halaman produk
- Menggunakan link converter
1. Buat link melalui halaman LazAffiliates
Untuk buat link melalui halaman LazAffiliates, klik menu ‘Account’ pada pilihan menu bawah, kemudian pilih ‘LazAffiliates’
Dalam halaman LazAffiliates, terdapat pilihan menu pada bahagian bawah, pilih ‘Product’.
Dalam halaman ini anda boleh cari produk, pilih kategori dan susun produk mengikut pilihan susunan seperti best match, best sales dan high commission.
Selepas memilih produk, klik pada butang ‘Earn’.
Kemudian disini anda boleh customize ayat promotion, pilih gambar, copy content atau share dengan cara menggunakan butang ‘One Step to Share’ yang mana akan membuka pilihan media sosial yang ada pada smartphone anda.
2. Buat link melalui halaman produk
Untuk buat link melalui halaman produk di Lazada, caranya seperti berikut.
Pergi ke bahagian produk dalam apps Lazada (stor Lazada, bukan LazAffiliates).
Cari produk yang ingin anda promosikan dan buka paparan individual produk.
Dalam halaman tersebut, klik pada ikon share, seperti yang ditunjukkan dalam gambar diatas.
Kemudian pilih pilihan ‘copy link’.
Pergi ke halaman ‘LazAffiliate’, kemudian paparan pop up akan keluar, pilih butang ‘Earn RMxx’.
Teruskan untuk buat customization, copy atau share link anda.
3. Buat link menggunakan link converter
Sama seperti cara diatas, pergi ke halaman individu produk dan copy link.
Kemudian, pergi ke halaman LazAffiliate.
Dalam paparan LazAffiliate, terdapat ikon link berwarna purple pada penjuru atas kanan.
Klik link tersebut untuk memaparkan bahagian link converter.
Masukkan link produk yang anda copy tadi dan klik pada butang ‘Confirm’ untuk buat link.
Cara buat link guna komputer/laptop
Untuk buat link menggunakan komputer atau laptop, kita akan guna adsense lazada.
Pergi ke laman berikut: https://adsense.lazada.com.my
Login masuk menggunakan akaun Lazada anda.
Paparan adsense lazada kelihatan seperti ini:
Menu-menu pilihan ada terdapat di sebelah kiri paparan.
Untuk buat link, terdapat 3 cara iaitu:
- Buat link daripada product offer
- Buat link guna link converter
- Buat link daripada campaign offer
1. Buat link daripada product offer
Pautan untuk ke halaman product offer terletak dibawah menu Offer > Product offer.
Paparan product offer kelihatan seperti ini:
Bahagian product offer ini memaparkan semua produk yang menawarkan komisen base + komisen bonus.
Jika anda nak bonus tinggi, gunakan bahagian ini sebagai cara utama untuk buat link.
Pada bahagian ruangan search, anda boleh taip masuk produk yang anda nak promosikan.
Cari dahulu produk yang ingin anda promosikan di laman web utama lazada, dapat nama produk tersebut, kemudian cari dekat sini.
Anda boleh susun keputusan carian mengikut kategori seperti best sales, high commision dan price.
Bila jumpa produk pilihan, klik pada butang ‘Promote now’ kemudian link affiliate anda akan keluar.
2. Buat link guna link converter
Jika produk yang anda cari tidak ada dalam bahagian product offer, ini bermakna produk tersebut hanyalah menawarkan komisen base.
Untuk membuat link produk bagi kategori ini, anda boleh gunakan link converter.
Pautan untuk akses link converter ada terletak pada bahagian penjuru atas kanan, bersebelahan dengan nama akaun anda.
Bila anda klik, pop up untuk link converter akan keluar, masukkan url produk yang ingin anda promosikan, dan klik pada butang ‘Confirm convert’ untuk dapatkan link.
Selain daripada link untuk produk individu, anda boleh juga gunakan link shop, kategori atau keyword untuk link converter ini.
3. Buat link daripada campaign offer
Pautan untuk akses campaign offer terletak dibawah Offer > Campaign Offer.
Campaign offer ini menyenaraikan campaign yang sedang berlangsung di Lazada yang boleh anda promosikan.
Anda boleh terus klik pada butang ‘Promote now’ untuk mendapatkan affiliate link bagi campaign pilihan.
Bagaimana cara guna link affiliate Lazada
Anda boleh promosikan link affiliate anda di laman media sosial pilihan termasuklah blog dan juga instant messaging seperti whatsapp.
Cara paling mudah dan cepat untuk promosi dan dapat komisen adalah dengan cara muat naik link affiliate berserta gambar dalam status WhatsApp.
Promosikan juga link affiliate anda di laman sosial anda yang lain – facebook, insta, tik tok..
Pastikan anda gunakan gambar yang jelas dan ayat yang anda gunakan juga tidak mengelirukan.
Antara jenis post yang selalu mendapat sambutan adalah:
- Post promosi jenis review @ pengalaman guna
- Post promosi potongan harga + kupon
- Post promosi harga runtuh
- Post promosi barangan unik
- Post promosi barangan yang tengah viral
Jika anda memiliki blog boleh gunakan cara ini:
- link affiliate dalam text
- link affiliate dalam gambar
- link affiliate senarai produk
link affiliate dalam text selalunya kita akan selitkan dalam post blog.
Contohnya dalam post ini Cara Bersihkan Internal Memory Handphone yang Sering Penuh, selitkan link affiliate seperti berikut:
Untuk link affiliate dalam gambar pula boleh letakkan pada bahagian widget, header atau footer blog.
Selain itu anda boleh juga buat post senarai produk dimana anda boleh letak link affiliate dalam setiap produk tersebut.
Contohnya anda boleh buat post seperti berikut:
Kemudian letakkan link affiliate dalam setiap satu produk yang anda senaraikan.
Jika anda serius untuk menjalankan promosi link affiliate, saya cadangkan untuk cuba miliki blog sendiri.
Bacaan tambahan: Cara buat blog sendiri
Kemudian gabungkan dengan media sosial yang anda ada. Pasti berhasil.
Untuk bacaan tambahan jika anda tidak mempunyai blog @ laman web: 6 cara buat affiliate tanpa website.
Info tambahan Affiliate Lazada
Berikut pautan untuk anda lihat menu penting yang disediakan oleh lazada: https://linktr.ee/lazaffiliatesmy.
Kesemua pautan penting pihak lazada sediakan dalam pautan diatas, termasuklah tawaran dan aktiviti bulanan yang boleh anda sertai sebagai ahli LazAffiliate.
Semoga post cara buat affiliate lazada ini bermanfaat pada anda. Jangan lupa follow dan likes page Ithmm untuk mengikuti perkembangan semasa!
reezluv says
panduan yang lengkap, terima kasih sesangat
BEN says
Wow, TERBAIK! by the way, mcm nak letak code tu? Kurang faham? Letak dkt blog or wordpress? Tak faham …aduh *harapcepat respon yer hehe
B.L. Joseph says
Hello saudara, persoalan yang terbaik! Untuk menjawab soalan ini saya telah membuat post baru: Bagaimana cara letak kod affiliate dalam blog. Haraf ia dapat membantu.
Azri ikhwan says
Saya tidak dapat mendaftar program ini sila bantu saya
B.L. Joseph says
Dekat mana masalahnya?
Siti Patimah says
saya juga tidak dapat mendaftar. ‘There was some problem when creating your account’. Apa yang perlu saya lakukan encik.?
B.L. Joseph says
Minta maaf saya tak dapat pastikan apa sebenarnya terjadi tanpa melihat bagaimana cara saudari mendaftar. Mungkin boleh cuba mendaftar semula…
Zarif Fathurrahman says
Tak boleh nak daftar 😭. Pakai blogspot tak boleh ke?
B.L. Joseph says
Bahagian mana yang sangkut? Saya rasa tak jadi masalah guna blogspot..boleh rujuk post ini sebagai panduan… cara letak kod affiliate dalam blog.
missally says
Kalau affiliate through youtube boleh ke? Atau hanya boleh untuk blog/website saje?
B.L. Joseph says
Boleh. Ikut kreativiti saudari. Mungkin boleh letak link dekat description youtube? atau direct traffic ke blog daripada youtube?
sham says
As Salam tuan, registration sy sangkut kat captcha. x kuar image! awat jd camtu ye!
B.L. Joseph says
Tuan dah cuba guna PC, internet connection atau browser lain? Mungkin captcha x keluar disebabkan oleh outdated browser atau diblock oleh firewall, antivirus, ad blocker?
angel zhong says
Hi writer, thanks for writing so detailed. But I have one question. Someone clicked on the banner on my blog from a mobile that is not installed with the Lazada app, and then this person installed the app after clicking the banner from the blog. Will Lazada still be able to trace the affiliate link? Will any sales made still count? Thank you very much
B.L. Joseph says
Based on information received from Lazada team, YES your affiliate link able to be tracked. The deeplink able to survive that, no worry.
www.ms-room.com says
mantaps tutornya, ane udah 4 tahun main affiliate lazada dan selalu profit tiap bulan, entah kenapa bulan juli ini mulai tanggal 1, conversion = 0, ga ada pemasukan sama sekali, adakah yang ngerasain sama? mohon infonya, apakah ane doang atau yg lainnya juga?
B.L. Joseph says
Hello saudara, info terbaru diterima daripada Lazada Team: Mereka sedang dalam proses migrate server @ penambahbaikkan sistem. Ini mungkin akan menganggu ‘sync’ akaun saudara dan juga affiliate lain (termasuk saya). Lazada team sedang dalam usaha untuk mengatasi masalah ini. Dijangkakan proses pemindahan ini berlarutan hingga September tahun ini…
www.ms-room.com says
terimakasih atas informasinya, sangat membantu
Syafurah says
Kalau takde blog/website still boleh join ke?
B.L. Joseph says
Terima kasih soalan bernas. Bagi mereka yang tidak mempunyai laman web boleh cuba cara ini: Affiliate tanpa website
Syafirah Halim says
Thank you for the guide ☺️
Max says
Guys, don’t sign up affiliate program because I having bad experienced now, I have 6 successful sales in 01 July 2018 but all my sales commissions are missing until now. The Lazada said their internal systems problems cannot record your sales and your commissions get not be traced????????
You see how scary your commissions missing and Lazada management can’t answer you???
I am victimized by such reply and how to going to keep your confidence with Lazada.
Victim of affiliate member
Max
B.L. Joseph says
Hi Max, i feel you. As per latest information received from Lazada team this will continue until September 2018. They are migrating their system to a new server. This is not only affecting Malaysia but 6 other countries. They promise that our commission will not ‘lost’. It just that it cant be displayed yet. How about trying other affiliate?
Faris Naqib says
Terima kasih dengan info yang lengkap. Saya pernah daftar tapi tak start buat lagi. Boleh fahamkan balik baca posting ni. 😀
FT Lim says
Adakah komisen akan dibayar jika pelanggan membeli produk yang tidak diadvertise oleh affiliate lazada?
B.L. Joseph says
Saudara boleh mendapat komisen untuk semua barangan yang dijual di laman online shopping lazada. Tidak terbatas kepada promosi terkini yang dipaparkan sahaja.
GTP says
I can’t register or join. It says I need a referral. How?
B.L. Joseph says
Latest info received from Lazada team – Since they’re doing server (system) migration, new registration will not be available until September 2018. So might have to wait a bit…
Eni says
Tq for the info. Saya cuba sign up tapi yang keluar cuma ini : “Sorry. Sign ups are by referral only.” Benarkah cuma by referrals?
B.L. Joseph says
Sama-sama. Oleh kerana Lazada sedang dalam urusan perpindahan server, pendaftaran baru untuk affiliate diberhentikan sementara sehingga September 2018…itu info yang saya terima..harap bersabar…
Chris says
Mr Joseph, I am current lazada affiliate and i have already meet my target amount which is more then RM90. Unfortunately i am unable to withdraw and able to contact lazada for past 2 months.
Kindly guide us on how to withdraw our earning and how to contact lazada. Thank you for this clarification.
B.L. Joseph says
Hi Chris, this problem might be related to ‘bad timing’. 1) They’re doing some migration job (jul – sept). I believe i read it somewhere that some payment might be put on hold. 2) Your earning for this month only will be paid during next month cycle. 3) If you’re already an affiliate you should receive an email from them asking you to re-register and update your payment info. Payment only will be done via wire transfer. 4) You’ll not receive any reply by using the email given in your has offer acc. Try another method. Tips: Go to facebook and find Malaysia Lazada affiliate team. I never have any problem related to payment. good luck.
Max says
Hi, confusing affiliate members requested to login email address but select for forgot password in Sept 01,2018.
After follow steps advice, login but it is only normal customer account and nothing like our previous affiliates hasoffer account settings?
I can’t check my previous account earnings, my account details, not even any guidelines where to create links???
What happening to new system??
Please advice and thank you.
Max
B.L. Joseph says
Hi max, i’l update this guide after new registration has been enabled. So far there is no ‘how to create a link’ in the system. We have to use the existing banner provided. But i believe this will be updated later. Regarding the step stated in the email 1) it ask you to request a new pasword using the forgot password. after email verification and new password added, 2) login using the link given inside the email in section step 2. That should be fine. I’m too confused with that but it work as per said.
Yanz says
Good job. Your articles very informative.
azrul says
hi… good info. boleh bagi cara set up billing..
B.L. Joseph says
Jika tuan memang dah affiliate lazada boleh tengok bahagian payment. Saya akan updatekan post ini selepas sistem baru lazada stabil. Sekarang mereka masih tak buka pendaftaran baru.
ruslan bin mansor says
Salam tuan…saya tak jumpa form dimana nak daftar affiliate tu
B.L. Joseph says
Salam, sekarang ni pendaftaran affiliate baru lazada belum dibuka. Lazada baru sahaja upgrade sistem. Nanti bila dah buka saya akan update dekat sini berserta dengan tutorialnya sekali. Jangan lupa subscribe.
Hakim says
Hello bro,
Saya cuba nak daftar tapi tak jumpa link untuk sign-up. Ada solution?
B.L. Joseph says
Hello tuan, baru-baru ni team lazada affiliate upgrade sistem. So mereka belum buka untuk pendaftaran baru. Kalau dah ada link saya akan updatekan dekat sini ya.
Hakim says
Takpe tuan, saya dah tanya mereka. Ni link untuk daftar —> adsense.lazada.com.my.
Tapi kena buat akaun lazada dulu baru boleh daftar affiliate program.
B.L. Joseph says
Cantek tuan, terima kasih banyak atas bantuan linknya.. akan saya masukkan dalam tutorial diatas..
syah says
saya dah cuba daftar affiliate tapi bila masuk link tersebut page hanya blank saja.
B.L. Joseph says
Boleh bagitau link mana yang pagenya blank ya? saya boleh periksa semula..
syah says
Dah berjaya daftar..rupanya adsblock kena off dulu.
Dan satu lagi pertanyaan. Adakah kita hanya dibenarkan buat marketing bagi item yang ada kat dalam campaign list sahaja ke?
B.L. Joseph says
Tahniah kerana berjaya…
Selain daripada yang dalam list tu, kita boleh buat marketing untuk mana-mana item yang ada dijual di Lazada. Untuk caranya boleh rujuk bahagian Deeplink Picker dalam post di atas…
Hakim says
Hi,
Jika saya copy sejibik info produk dari lazada dan masukkan info tersebut ke dalam website saya, adakah ini dibenarkan oleh pihak lazada?
B.L. Joseph says
Yang ini saya tak pasti. Tapi lojiknya mesti Lazada tidak marah sebab kita promosikan untuknya. Tetapi, mungkin ada masalah sikit dengan SEO (google)..mungkin susah nak rangking..
Jud says
Ada url lain untuk adsense.lazada.com.my. Saya cuba register, tapi blank screen hanya dipapar header menu shj.
B.L. Joseph says
Hi Jud, ini mungkin disebabkan oleh ad-blocker pelayar internet. Cuba deactivate ad blocker terlebih dahulu (dalam setting pelayar internet anda).
Marsh says
Hi B.L. Joseph,
Terima kasih untuk semua penerangan yg detail di ithmm.com ini. Saya dah berjaya
daftar affiliate Lazada & dah letak ithmm.com pada “From whom or where did you hear about us?”
Saya akan sentiasa visit di sini untuk rujukan future.. Thanks
B.L. Joseph says
Terima kasih Marsh 🙂
Billy Chan says
I have registed for affiliate when click on deeplink, the URL is blank.
There is no URL.
How to do further?
B.L. Joseph says
Hi billy, I think it might be related to ad-blocker (browser built-in ad blocker). You might want to disable it for this purpose.
Jane says
Hi,
Did you get payment recently? And, do you have lazada affiliate contact number? +603-27218966 this number in website seems not working.
I have emailed them several times and no response.
Do you know how to contact them?
B.L. Joseph says
Hi,
My last payment received on January 2019. For this new system my payment still pending @ on hold. It might take up to 2 month for it to be released. If you want to contact them try reaching them through the malaysian lazada affiliate group. Its closed group though..you have to apply to join.
Jane says
Your January payment is for which month? My Nov payment pending till now. Do you have the link for malaysian lazada affiliate group?
Nulhuda Ahmad abd rahman says
Sy try tekan link nk daftar tp X blh ..
Yusri says
panduan yang sagat membantu saya mendaftar akaun affiliate Lazada
B.L. Joseph says
Terima kasih…
Nabil Qaedi Idrus Saidi says
hi. untuk bahagian swift code tu memang dari bank di tempat yg kita daftarkan sahaja ?
B.L. Joseph says
Tak juga…boleh terus tanya dekat headquarters bank. Tapi lagi baik tanya dekat cawangan yang kita daftarkan… Manatau berbeza swiftcodenya..
nabil says
terima kasih atas info, satu lg soalan. Involveasia pun menjadi satu platform untuk marketing affiliate macam2 merchant seperti shoppee dan sebagainya. Dkt situ sy ada terjumpa jgk merchant lazada. Jd adakah sama role sebagai marketing affiliate lazada di involveasia dan di page affiliate lazada itu sendiri ? Atau terdapat sebarang unsur penipuan (scam) di involveasia ?
B.L. Joseph says
Sama-sama.. jangan bimbang, tidak ada sebarang unsur penipuan di involve asia. Cuma share affiliatenya ada kurang sedikit. Involve asia ambil sedikit % sebagai bayaran guna platformnya…
Nur Adilla says
Maaf saya masih kurang faham tentang swift code ni. Adakah swift code ini akan mempengaruhi payment? Contoh, jika saya masukkan swift code headquarters instead of swift code bank cawangan, adakah ia akan mempengaruhi apa2? TQ.
B.L. Joseph says
Apa yang saya faham tentang swift code ini kalau guna hq atau cawangan tak ada masalah. Ada sesetengah setting saya guna bank cawangan dan ada lagi saya setkan code hq. Still terima bayaran. Selalunya jika kita call dekat hq mereka akan sarankan guna swift code hq. Apa-apa pun untuk lebih pasti kita perlu call bank minta penjelasan…
Haziq says
Step ni boleh digunapakai jugak ke dekat shopee?
B.L. Joseph says
Tak boleh…system affiliate shopee berbeza. Mereke guna 3rd party invovle.asia…
hafiz says
Hye sy ingin bertanya untuk lazada affiliate program ini pihak En ada buat kelas training ke? kalau ada di mana? dan brape pembayaran
B.L. Joseph says
Hello tuan, setakat ni pihak ithmm tidak membuat kelas training untuk program affiliate. Tapi, tuan boleh subscribe ithmm untuk dapatkan info datau panduan terkini berkenaan dengan affiliate program. Jika tuan ada apa-apa persoalan berkaitan dengan program affiliate, tuan boleh nyatakan dalam ruangan komen ini dan kami akan sedaya upaya menjawab persoalan tersebut…
hafiz says
hye En,
sy ingin bertanyakan berkenaan lazada afiliate program ini pihak En ada menawarkan sebarang training berkenaan program ini? klau ada boleh sy dapatkan sebut harga
B.L. Joseph says
Hello tuan, terima kasih atas minat tuan terhadap program affiliate. Dukacitanya dimaklumkan pihak kami tidak menawarkan sebarang training untuk program affiliate Lazada buat masa ini. Walaubagaimana pun pihak kami mungkin akan mengeluarkan ebook berkenaan dengan program affiliate dalam masa terdekat. Jika tuan berminat boleh join ithmm menggunakan halaman ini Join ithmm. Apabila ebook tersebut dikeluarkan, notifikasi akan diberikan terus pada tuan melalui email.
Hafiz says
Hi, nak tanya, adakah masih berbaloi sekiranya saya sertai Lazada afffiliate program sekarang? Atau ada alternatif lain? Terima kasih
B.L. Joseph says
Hai, masih berbaloi..sentiasa berbaloi.. pendapat saya, setakat ini di Malaysia Lazada agak senang sikit nak dapat komisen sebab banyak barang yang kita boleh tampilkan..
KSD says
Hi, terima kasih banyak untuk panduan yang lengkap ini. Saya sudah menjana deeplink saya menggunakan petunjuk anda, and meletakkan di blog / website saya. Adakah itu perlu untuk saya menjana & aktivate postback URL? Apakah fungsi postback url sebenarnya?
B.L. Joseph says
Sama-sama tuan. Gembira dapat membantu.
Guna deeplink sudah cukup tuan. Tak perlu guna postback url.
Post back url tu adalah url yang berkemampuan untuk menghantar maklumat conversion ke server. Jika tuan mahu buat postback url, tuan kena belajar formatnya,susunannya… berdasarkan manual yang diberi.
Ashraf says
Saya nak tanya adakah cara create link masih lagi sama? sebab sekarang page Lazada affiliate program dah lain. adakah saya perlu ke bahagian product link? dan satu lagi saya dah create link meggunakan deeplink dan product link, dan dekat perfomance overview tak naik click pun even saya dah click link yang saya create tu.
B.L. Joseph says
Hello tuan, saya dah update post berdasarkan sistem lazada yang terbaru. Rekod klik lambat sehari. Maksudnya semua rekod klik & conversion pada hari ini hanya akan keluar pada hari esok.
ashraf says
Hi, saya nak tanya, kenapa saaya dah create deeplink tapi lepas saya click tu dekat performance overview still lagi 0 click. Sepatutnya naik 1 click lah kan?
B.L. Joseph says
Hello tuan, selalunya untuk lihat result kena tunggu lebih kurang sehari. Ikut pengalaman saya trackingnya tak real time. Ada delay sehari.
Reynold says
Mcm mn nak dpt duit tu kalau done dpt rm 90 in affiliate account
B.L. Joseph says
Kalau sudah lebih jumlah minimum @ RM90, Lazada akan automatik proses untuk pembayaran. Pastikan kita sudah melengkapkan bahagian payment method.
haris says
Tuan, terimakasih atas penerangan yang lengkap. Kenapa nilai estimation payout (RM) di performance view tidak sama dengan di tab payment->monthly income? Nilainya kurang daripada di performance view.
B.L. Joseph says
Nilainya akan kurang kerana ada di antara estimation value tersebut akan di reject atas sebab-sebab seperti barang yang dibeli dikembalikan semula, refund, barang tak sampai-sampai dan sebagainya. Pengalaman saya % reject dalam 10-30%…
zima says
hai, sy nk tanya pasal swift number. sy perlu call @ dapatkan swift number di bank cawangan berdekatan atau cawangan yg sy daftar maybank?
B.L. Joseph says
Kita boleh call mana-mana cawangan bank untuk swift kod tu..tapi paling baik kita terus call ke hq untuk bank kita.
Zima says
Terima atas respon, sy dah call maybank brdektn dngn rmh sy Dan sy dpt makluman Swift cod sama sahaja utk smua cawangan maybank, sdgkn sy but semakan dekat Google berlainan mengikut cawangan, yg mne betul ye?
luna says
hai en. saya nak tnya..msa sya try nak buat pndaftaran lps login,sya nak kna msuk ke adsence.com dan verify email sy dan dia trus ke thank you for summiting ur application to join the lazada ,padahal sy belum isi lgi maklumat saya di dalam..macam mana tu yer tuan?
B.L. Joseph says
Hai, saya perasan baru-baru ini Lazada Affiliate team ada banyak membuat pembaharuan. Mungkin Lazada terus guna maklumat yang ada @ syarat untuk join tak strict lagi seperti dahulu. Kita boleh cuba login dahulu dekat adsense.lazada.com.my atau tunggu email kelulusan dari Lazada. Saya akan cuba memahami update terbaru mereka dan update post dekat atas…
khalid says
hi, terima kasih atas informasi. sama dengan saya, terus boleh join, tapi bila klik affiliate link, kosong.
Khai says
Salam tuan, saya ingin bertanya mengenai datafeed.. Bila saya create datafeed pada mulanya berstatus update tetapi apbila sudah 2-3 hari bila diperiksa kembali status datafeed menjadi failed.. Tapi link boleh download..
Apakah maksud status failed.. Adakah failed untuk update files tersebut.. Adakah kita masih bolrh menggunakan limk dalam files tersebut.
Terima kasih tuan.
B.L. Joseph says
Salam sejahtera tuan, terus terang untuk setakat ini saya tidak menggunakan datafeed Lazada untuk semua laman saya… Belum lagi untuk setakat ini.. Minta maaf tuan. Mungkin tuan boleh contact pihak lazada terus? Jika tuan dapat share pengalaman tuan sini lagi baik untuk panduan rakan affiliate lain.. Thanks banyak tuan.
B.L. Joseph says
Jika pihak Lazada tak jawab atau lambat jawab, satu cara untuk tahu ia berfungsi atau tidak adalah melalui bahagian report dalam panel admin Lazada (tab conversion report). Jika muncul rekod berkaitan maknanya mungkin ia berfungsi.
V says
Salam tuan. Info yang sangat berguna dan terbaik. Saya telah berjaya menjadi Lazada Affliate setelah mengikut step yang diajar oleh tuan. Terima kasih tuan. Bolehkah tuan membuat tutorial untuk Affliate Access Trade?
B.L. Joseph says
Salam sejahtera, akhirnya tersiap juga panduan untuk Affiliate AccessTrade. Agak lama sedikit. Mungkin tuan dah mula beraffiliate dengan accesstrade. Apapun boleh rujuk sini: Tutorial Program Affiliate AccessTrade Malaysia 2020
Song says
Hi Joseph,
Thanks to your article, I’m able to link my Lazada affiliate link to my website. The html code you mentioned also help me to paste a clikable banner to my article.
Do you know how to create a clickable banner in FB?
Have a nice day!
Best Regards,
Song
B.L. Joseph says
Terima kasih soalannya tuan. Untuk menjawab soalan ini saya telah membuat satu post khas. Boleh rujuk sini: Cara Buat ‘Clickable’ Banner di Facebook Page.
Ve says
Terima kasih tuan Joseph atas panduan yang lengkap. Artikel tuan sangat2 membantu saya menjana pendapatan melalui blog.
Saya nak tanya berkenaan dengan tax info di Lazada Affiliate. Adakah kita wajib mengisi ruangan tersebut? Jika ya, bagaimana hendak mengisi ruangan tersebut?
B.L. Joseph says
Sama-sama. Gembira dapat membantu. Berkenaan dengan bahagian tax info di Lazada affiliate, borang yang disediakan lebih merujuk kepada jika kita mempunyai syarikat yang berdaftar dan mempunyai kod SST. Jika kita tidak mempunyai kod SST, kita boleh set ‘Commission include VAT’ kepada ‘No’. Sebagai info tambahan, side income yang kita dapat boleh declare tax dalam borang be semasa mengisi…
Ve says
Tuan, semenjak Lazada memperkenalkan Tax Info tersebut, payment untuk affiliate sy telah terhenti sejak bulan 9 sehingga sekarang. Adakah tax info itu mempengaruhi pembayaran?
laila says
Hai tuan, saya telah mendaftar di lazada affiliate tapi sudah seminggu lebih masih tiada jawapan daripada pihak lazada. Apakah tindakan lanjut yang saya boleh buat?
B.L. Joseph says
Salam sejahtera.. Mungkin kena tunggu lama sedikit. Susa nak hubungi pihak affiliate Lazada sekarang ini. Mungkin tak cukup kakitangan. Saudari boleh cuba hubungi melalui facebook group affiliate Lazada Malaysia. Cara alternatif lain, cuba apply affiliate lazada melalui platform seperti AccessTrade atau Involve Asia: https://www.ithmm.com/program-affiliate-di-malaysia/
HARUNDEEN BIN MOHD ABD SUKOR . says
Kenapa sye nak copy lint katanya masukkhn sub_aff_id..sruh submit tpi x bole
B.L. Joseph says
Bahagian mana yan tuan? Sepatutnya tak ada masalah.. Kita boleh pilih untuk letak atau tidak letak sub_aff_id. Dan masih boleh submit. Kelebihan sub_aff_id ni kita boleh tengok untuk analisis sahaja..
danial says
saya cuba dapat kan link tapi bila submit dia kelua ( get link failed). sebelum ni ok ja. lazada ada limit kan link untuk digunakan ka?
firdaus says
Business Registration Number
Registered name of company
saya baru lagi pasal affliate, tapi masa saya nak isi borang tu dia suruh letak Registered name of company dan Business Registration Number. Tapi maslah saya x de benda ni. Boleh berikan pencerahan
sofi says
nak tanya ..
kalau ambil link bawah produk yg kita search dr web lazada dan promosikan boleh ke
B.L. Joseph says
Boleh, kita gunakan deeplink yang tersedia dalam lazada…
Man Chun says
Hello, I just join Lazada affiliate. My question is:
Can we only promote products inside https://adsense.lazada.com.my/ or can we pick any products from https://lazada.com.my/ and add our affiliate id?
BTW, I am doing Amazon affiliate as well. In the case of Amazon, we can just select any products and attach affiliate id in the url. Will this be the same case for Lazada?
Thank you.
B.L. Joseph says
Hi, yes we can pick any product or even categories/search result, given that we must have our unique deeplink. I’m pretty sure, you can find the deeplink now in affiliate dashboard. On how to use the deeplink, you can refer here: https://www.ithmm.com/penjana-deeplink-lazada/. You can read to the bottom of this post on how to make the deeplink.
Evelyn says
Thank you so much for your info. Can affiliate do livestream on Lazada like in Shopee? Appreciate if you can write a guide on that.