Bagaimana cara buat affiliate jika tidak memiliki blog?
Dalam post ini kita lihat beberapa cara untuk buat affiliate tanpa website.
Memiliki laman web sendiri @ blog memberikan kelebihan besar.
Namun begitu tidak semestinya anda mesti memiliki laman web untuk memulakan affilate program.
Sementara belum memiliki website sendiri boleh guna beberapa cara ini:
Teruskan membaca untuk info lanjut.
1. Guna Facebook
Buat post ringkas dalam facebook anda dan sertakan link affiliate.
Mudah bukan?
Anda boleh pilih untuk guna akaun Facebook peribadi anda, buat Facebook fan page atau group.
Jika memang aktif dalam facebook dan mempunyai ramai ‘Facebook friends’ dan ditambah lagi setiap kali anda buat post pasti banyak komen @ like inilah masanya anda menggunakan ‘kelebihan’ itu.
Tapi ingat, jangan terus post link affiliate sahaja…
Sertakan sedikit inspirasi dalam post anda. Sertakan post @ panduan ringkas terlebih dahulu kemudian akhiri dengan link affiliate anda.
Contoh seperti gambar diatas…
Dengan ini post anda akan lebih berkesan.
Sedikit tips:
- Mulakan post anda dengan sedikit inspirasi, panduan, cerita…
- Sertakan gambar
- Pendekkan link affiliate menggunakan aplikasi seperti bitly (percuma)
- Buang preview website jika ia muncul sewaktu anda memasukkan link affiliate
- Dan yang paling penting pastikan post anda nampak ‘natural’…
2. Guna Instagram
Sama seperti Facebook. Post gambar yang menarik berkaitan dengan program affiliate anda dan sertakan link affiliate anda.
Dan sudah semestinya, pastikan tidak terdapat unsur paksaan yang ketara pada post anda.
Sedikit berita tidak baik, link dalam post Instagram tidak dapat diklik seperti dalam Facebook.
Oleh itu kena letakkan link dalam bio@profile anda.
Bagaimana cara nak buat?
Contohnya anda buat post seperti ini:
“Box Opening Honor 8X. Handphone yang buat Zizan mengelabah dekat youtube. Beli time Black Friday Lazada (http://bit.ly/LazBFNov18). Klik bio @usernameanda untuk dapatkan link.”
Apabila mereka klik dekat @usernameanda ia akan buka bahagian profile dan seterusnya memaparkan link anda disana.
Bagaimana cara letak link dalam bio?
- Pergi ke bahagian profile anda dan klik butang Edit Profile.
- Isikan link anda pada bahagian website.
- Pada ruangan bio isikan infomasi yang berkaitan seperti contoh diatas.
Anda boleh pendekkan link yang terlalu panjang menggunakan aplikasi seperti bitly. Lihat panduan dalam bahagian info tambahan pada akhir post ini.
3. Guna YouTube
Anda lebih suka mengambil video?
Atau kepakaran anda lebih kepada pembuatan video?
Jika ya mungkin anda boleh gunakan youtube untuk menjalankan bisnes affiliate anda.
Tapi kena ingat, YouTube bukan tempat untuk promosi diri…Tidak ada orang datang ke YouTube semata-mata untuk melihat video selfie anda (melainkan anda artis atau mempunyai kelebihan yang unik.
Fokus kepada menyelesaikan masalah. Masalah orang lain.
Cari topik yang popular di youtube (yang berkaitan dengan affiliate anda), buat video anda berkisarkan dengan tajuk tersebut dan letakkan link afiliate anda dalam video description.
Bagaimana nak cari topik popular?
Salah satu cara: Pergi dekat youtube.com taip dalam ruangan search contohnya: “Bagaimana cara mengatasi…”
Belum sempat habis taip pasti akan keluar cadangan-cadangan pencarian oleh youtube.
Topik-topik yang muncul ini adalah topik yang sering dicari dalam youtube.
Beberapa tips panduan jika anda guna youtube untuk affiliate:
- Utamakan manfaat yang anda boleh berikan dalam video anda. Pastikan video anda boleh membantu seseorang untuk menyelesaikan masalah mereka. Pasal keuntungan tu belakang kira.
- Berikan panduan yang betul-betul berguna. Agar anda dipercayai dan mendapat ‘pelanggan tetap’.
- Tunjukkan diri anda dalam video tersebut. Orang akan lebih percaya pada panduan yang anda berikan.
Selain daripada itu, anda boleh buat produk review. Bagi pandangan jujur anda terhadap sesuatu produk.
4. Guna Forum
Sertai forum-forum yang popular, bergiat aktif dalam forum tersebut dan dengan secara halus sertakan link affiliate anda.
Nasihat saya, jangan mulakan topik sendiri dalam mana-mana forum. Lebih baik sertai topik yang sedia ada yang berkaitan dengan affiliate anda.
Satu lagi jangan terus letakkan link anda dalam mana-mana topik. Perkara ini sangat tidak disukai dan potensi tinggi untuk anda di ‘Ban’ daripada forum tersebut.
Yang terbaik adalah anda memberikan jawapan, memberi pandangan dan nasihat anda dan barulah letakkan link affiliate anda pada kedudukan yang sesuai.
Terdapat forum yang melarang pengguna untuk meletakkan link dalam ruangan komen @ post. Untuk perkara ini letakkan link affiliate anda dalam ruangan profile anda dalam forum tersebut.
Antara ruangan forum popular di Malaysia:
dan banyak lagi…cuba cari guna Google.
5. Guna EBook
Pilih topik yang anda mahir dan berkaitan dengan program affiliate yang anda sertai, buat sehabis baik dan selitkan link affiliate anda.
Kemudian anda boleh beri kepada umum secara percuma atau jual dengan harga diskaun di portal jual beli seperti mudah.my atau lelong.com.my.
Anda boleh juga gunakan facebook anda untuk mengedar @ menjual ebook tersebut.
Pernah anda lihat orang post dekat facebook bagi ebook percuma? Inilah rahsiahnya kenapa mereka sanggup memberikan ebook yang hebat-hebat itu secara percuma…
Memang cara ini mengambil masa tetapi sangat berbaloi…
2 kali untung – Jual ebook dan link affiliate.
6. Guna ruangan komen post blog
Boleh juga cuba cara ini. Cuma risikonya mungkin komen anda tidak akan di ‘Approve’ oleh pemilik blog berkenaan. Namun tidak rugi untuk mencuba.
Cuba taipkan dekat google apa-apa topik yang berkenaan dengan program affiliate yang anda sertai.
Bila result search keluar, pilih mana-mana topik blog post dalam ruangan pertama sahaja.
Baca post tersebut agar anda faham topik yang dibincangkan.
Kemudian pada ruangan komen berilah apa-apa komen yang membina @ membantu daripada anda DAN selitkan link affiliate anda. Jangan terlalu ketara.
Lagi baik jika anda menjawab komen yang sudah sedia ada dalam post tersebut.
Info tambahan
Beberapa maklumat tambahan untuk panduan anda.
Aplikasi pemendek link
Berikut merupakan beberapa aplikasi percuma yang boleh anda gunakan untuk memendekkan link affiliate yang panjang:
Buat pelahan-lahan tetapi berterusan
Susah untuk anda nampak hasilnya dalam masa sehari-dua. Anda kena buat secara berterusan barulah nampak hasilnya.
Jangan penatkan diri anda untuk mencuba membuat segala yang diatas dalam masa seharian. Memang baik tetapi anda akan hilang momentum untuk hari-hari mendatang.
Lagi baik anda rancang untuk buat affiliate ni sedikit demi sedikit tetapi berterusan.
Contohnya sebulan 1 ebook anda keluarkan, kemudian 1 post sehari dalam facebook. Tunggu 3 bulan hasilnya pasti mengejutkan anda.
Jika anda baru sahaja bermula dalam dunia affiliate mungkin tidak jadi masalah.
Tetapi dalam jangka masa anda bergiat tu anda pasti setuju dengan saya.
Pada akhirnya anda memerlukan laman web sebagai medium utama anda.
Untuk membuat post sendiri. Untuk mendapatkan trafik percuma daripada Google Search…
Anda boleh perlahan-lahan belajar cara buat website sendiri.
Pasti boleh!
Faris Naqib says
Sangat menarik untuk dicuba bagi mereka yang inginkan side income dan minat dengan bisnes online
Mohd irwan Mohd said says
Bermodal atau tidak bermodal.?
abd ghani says
Perkongsian sgt menarik dan bermanfaat.
Youthstoremy says
Sy nk buat link insta
Suhaimi says
Terbaik n terimakasih atas perkongsian..mohon share info dlm ni