Aplikasi percuma untuk bantu anda menjadi blogger berjaya – Google Keyword Planner.
Panduan lengkap bagaimana cara menggunakan Google Keyword Planner.
Google Keyword Planner adalah aplikasi terhebat yang boleh membantu anda mencari keyword terbaik seterusnya melipatgandakan trafik ke blog anda.
Saya gunakan Google Keyword Planner untuk membantu meningkatkan trafik ke blog daripada kosong ke 146,176 page view sebulan.
Rugi jika kita tak guna sepenuhnya alat ini.
Berikut merupakan topik yang akan kita bawa dalam post ini:
- Cara daftar & akses Google Keyword Planner
- Dua tools utama dalam Google Keyword Planner
- Cara menapis dan menyusun keputusan keyword
- Cara menganalis keputusan keyword
- Cara memilih keyword terbaik
Dan disertakan juga topik tambahan:
- Cara mengetahui berapa sebenarnya jumlah carian untuk keyword tertentu
- Cara mendapatkan idea keyword yang unik
Topik diatas disusun mengikut aliran proses menggunakan Google Keyword Planner agar lebih mudah difahami.
1. Cara daftar & akses Google Keyword Planner
Jika anda sudah mempunyai akaun Google Keyword Planner (Google Ads), boleh skip proses ini.
Daftar akaun Google Ads
Untuk mendaftar pergi ke halaman berikut: Google Keyword Planner.
Login masuk menggunakan akaun Google anda.
Anda akan diberi pilihan seperti ini:
Klik pada pilihan New Google Ads Account.
Paparan seterusnya kelihatan seperti berikut:
Abaikan pilihan yang ada dekat atas.
Pada bahagian paling bawah terdapat pautan ‘Switch to expert mode‘.
Untuk pautan tersebut muncul, pastikan browser anda dalam keadaan ‘full screen view’.
Klik pautan tersebut.
Paparan ‘Expert view’ akan muncul.
Pada bahagian bawah paparan tersebut terdapat pautan ‘Create an account without a campaign‘.
Klik pautan tersebut.
Pada paparan yang seterusnya, klik butang ‘Submit‘.
Akaun siap dan sedia untuk digunakan.
Klik pada butang ‘Explore your account‘ untuk meneruskan.
Akses Google Keyword Planner
Dalam akaun Google Ads anda, klik pada pilihan ‘Tools & Setting‘.
Ia terletak pada bahagian atas:
Keyword Planner terletak dalam bahagian Planning.
2. Dua fungsi utama dalam Google Keyword Planner
Dalam Google Keyword Planner terdapat 2 fungsi utama yang boleh anda gunakan:
Discover new keywords dan Get search volume & forecast.
Discover new keywords
Fungsi ini digunakan untuk mencari idea keyword, keyword-keyword baru.
Klik fungsi ini untuk menggunakannya.
Dalam fungsi ini anda akan diberi dua lagi pilihan.
- Start with keywords
- Start with website
Untuk Start with keywords, anda masukkan apa-apa perkataan atau ayat pendek yang berkaitan dengan topik/niche laman web anda.
Sebagai contohnya niche blog anda berkenaan dengan ‘penjagaan tubuh badan’, mungkin anda boleh taip masuk keyword seperti ‘tips kurus’, ‘makanan sihat’ dan sebagainya.
Anda boleh taip masuk keyword tersebut satu persatu:
Atau masukkan kesemua sekaligus, dengan cara pisahkan keywords dengan tanda koma:
Pilihan kedua, Start with a website, anda tak perlu masukkan keywords.
Anda hanya perlu masukkan url laman web anda untuk lihat keputusan idea keyword yang mungkin berkaitan dengan niche laman web anda.
Terdapat cara untuk menggunakan fungsi ini bagi membantu anda mencari idea keywords. Teruskan membaca hingga ke bahagian topik tambahan.
Untuk dapatkan keputusan klik pada butang ‘Get Results‘.
Get search volume and forecasts
Jika anda sudah sedia mempunyai keywords sendiri, anda boleh gunakan fungsi ini.
Anda boleh masukkan sebanyak mana keywords sekaligus.
Cara menggunakannya, taip masuk semua keyword anda dan klik pada butang Get started.
Fungsi ini tidak memberikan anda idea keyword baru.
Ia hanya memberikan anda maklumat untuk keyword yang anda masukkan, seperti clicks, impression, CTR, monthly search volume dan sebagainya.
3. Cara menapis & menyusun keputusan keyword
Untuk dapatkan keputusan keyword yang terbaik dan betul, kita kena tahu cara untuk tapis dan juga susun keputusan tersebut.
Contohnya kita nak cari idea keywords untuk ‘kuruskan badan’.
Taip masuk ‘kuruskan badan’ dan resultnya adalah seperti berikut:
Untuk menjadikan keputusan ini lebih ‘sempurna’, kena buat tapisan.
Pertama sekali, lihat pada bahagian atas keputusan tersebut. Terdapat setting seperti berikut:
Pastikan setting anda betul. Contoh setting adalah seperti berikut:
- Locations: Malaysia. Target pembaca dari Malaysia
- Language: Malay. Kerana kita gunakan bahasa Malaysia.
- Search networks: Google and search partners. Lebih banyak idea.
- Jangka masa: Biarkan pada setting asal. Last 12 months.
Turun ke bawah sedikit anda akan lihat bahagian ini:
Bahagian ‘Broaden your search‘ memberikan anda cadangan-cadangan keywords berkaitan untuk memperluaskan kajian anda.
Jika terdapat keywords yang berkaitan anda boleh masukkan dalam pencarian anda.
Seterusnya, diatas jadual keputusan keywords:
Anda boleh klik bahagian tersebut untuk menapis dan menyusun keputusan anda.
Contohnya, bila anda klik pada ‘strong>Avg. monthly searches‘, ia akan menyusun keputusan yang paling banyak dekat atas atau sebaliknya.
Ini memastikan anda tidak terlepas pandang keywords yang mempunyai carian terbanyak.
4. Cara menganalisis keputusan keywords
Berbalik kepada contoh awal tadi – ‘Kuruskan badan’.
Selepas set lokasi, bahasa dan juga menentukan filter, keputusan akhir yang saya dapat kelihatan seperti ini:
Dalam ruangan keputusan yang diberikan terdapat 2 perkara penting:
- Keyword (by relevance)
- Avg. monthly searches
Keyword (by relevance): Senarai keyword yang berkaitan yang ada dalam rekod google.
Untuk ‘kuruskan badan’, antara keyword yang digunakan dalam carian google adalah seperti kurus cepat, petua kuruskan badan, tips kurus cepat dan seterusnya..
Keyword inilah yang digunakan oleh penduduk Malaysia untuk mencari info berkenaan dengan kuruskan badan.
Avg. monthly searches: Jumlah carian bulanan dalam range..
Lagi besar lagi baik.
Terdapat cara untuk mengetahui jumlah sebenar carian bulanan ini. Nanti kita bincangkan kemudian.
Bagaimana pula dengan ‘Competition‘?
Competition
Sebagai blogger mungkin anda pernah dengar kenyataan ‘Pilih keyword yang rendah competition’ bukan?
Saya percaya ruangan Competition dalam Google Keyword Planner ini TIDAK ada kena-mengena dengan susah senang untuk ranking keyword tertentu dalam Google search.
Menurut Google ‘Competition menunjukkan jumlah bidder yang bid untuk menggunakan keyword tersebut bagi tujuan pengiklanan.
Dalam Google anda boleh dapatkan trafik melalui 2 cara:
- Pilih keyword kemudian bayar Google untuk beriklan berdasarkan keyword tersebut atau;
- Pilih keyword kemudian buat blog post untuk mendapatkan carian organik secara percuma.
Jika anda pilih cara no 1, ya ‘Competition’ itu penting.
Bila competition tinggi anda kena bayar lebih untuk keyword tersebut.
Tetapi kita sedang bincangkan tentang no 2…
Jadi abaikan sahaja bahagian competition ini.
Fokus pada Keyword (by relevance) dan Avg. monthly searches sahaja.
5. Cara memilih keywords terbaik
Kita ambil semula contoh ‘kuruskan badan’.
Setelah anda tapis, susun dan analisis, hasil akhir kelihatan seperti berikut:
Terdapat beberapa keyword yang mempunyai potensi disini.
Antaranya:
- Cara kuruskan badan
- Cara untuk kuruskan badan
- cara nak kuruskan badan dengan cepat
Semua keyword tersebut mempunyai carian bulanan dari 1k hingga 10k.
Nota: Saya selalu pilih keyword atas 2 perkataan agar lebih spesifik. Lojiknya, tidak ada orang yang hanya menaip perkataan ‘Kurus’ dalam google search untuk mencari infomasi berkenaan dengan ‘kuruskan badan’.
Langkah seterusnya, buka Google Search.
Kemudian search untuk keyword ‘kuruskan badan’
Lihat pada keputusan carian yang keluar:
Cuba perhatikan kedudukan teratas dalam carian google tersebut:
Terdapat persamaan dalam post tersebut.
Pembaca lebih suka post yang menggunakan keyword ‘cara kuruskan badan’.
Oleh itu pilihan akhir anda adalah keywords Cara kuruskan badan
Tambahan: Anda boleh nampak daripada google search bahawa post berbentuk senarai agak popular. Mungkin anda boleh buat post anda bertajuk ‘ 15 Cara kuruskan Badan….’
Bonus #1: Cara mengetahui jumlah carian sebenar bulanan
Average monthly search yang diberikan adalah dalam bentuk range.
Contohnya 1k – 10k, 10k – 100k dan seterusnya.
Seperti yang saya nyatakan, terdapat cara untuk mengetahui jumlah carian bulanan sebenar untuk keyword tertentu.
Katakanlah untuk ‘kuruskan badan’.
Anda tidak dapat memilih antara keyword ‘cara kuruskan badan’ dan ‘cara untuk kurus’ kerana kedua-dua mempunyai ‘Avg. monthly searches’ yang sama iaitu 1-10K.
Untuk mengetahui jumlah carian sebenar, tik pada keyword tersebut:
Kemudian pilih ‘Add to plan‘, ‘Exact match‘ dan klik ‘ADD KEYWORDS‘.
Seterusnya klik pada pilihan ‘Plan overview‘ yang terletak pada panel sebelah kiri.
Paparan keputusan seperti ini akan muncul:
Lihat pada bahagian Impression.
Untuk keyword ‘Cara kuruskan badan’ carian bulanan adalah 2.1K.
Bonus #2: Cara dapat keywords unik
Bagaimana jika anda tidak dapat memikirkan perkataan yang sesuai untuk dimasukkan dalam ruangan ‘find new keyword’?
Atau mungkin anda risau tersilap masuk perkataan dan mendapat keputusan salah?
Berikut merupakan trik yang anda boleh praktikkan.
Sini kita gunakan Discover a new keywords > Start with a Website
Balik kepada contoh ‘kuruskan badan’.
Pertama sekali kita cuba lihat dalam Google search siapa yang dapat rangking pertama untuk carian ini:
Sirap limau?
Apa urlnya?
Copy url page tersebut dan paste masuk ke ruangan ‘Start with a Website’
Jangan lupa, pilih pilihan ‘use only this page‘.
klik butang ‘Lets get started‘ dan …
Tak perlu susah-susah bukan?
Penutup
Selanjutnya tugas anda adalah membuat post yang sehabis baik untuk mengambil tempat pertama dalam Google Search.
Adakah post ini berguna pada anda?
Mungkin anda boleh kongsikan sebagai tanda terima kasih? ?
[mailerlite_form form_id=2]
hafiz says
post ini sangat membantu saya dalam mencari sesuatu keyword untuk blog
Mija says
Thanks.. Harap dapat lah naikkan trafik blog dengan tip ni
AsyrafAsri says
Terima kasih admin ithmm! Saya terus bookmark page ni sebab banyak kali tak paham pasal google keyword planner.
Masih lagi stadi dan terus stadi.
Sedikit masa lagi akan faham.
B.L. Joseph says
Sama-sama..Gembira dapat membantu. Bersama-sama kita terus berusaha untuk maju dalam blogging.
Zaini says
Terima kasih tuan. Sangat jelas dan mudah difahami. Membantu untuk buat artikel lebih baik untuk Google dan pembaca.
B.L. Joseph says
Sama-sama..syukur dapat membantu.
Mrs Pip says
Thanks sangat. Dah lama cari info pasal Google keywords, rasanya artikel ini yg paling Saya mudah faham.
B.L. Joseph says
Sama-sama, gembira dapat membantu.