Bagaimana cara untuk generate code deeplink @ buat deeplink Lazada?.
Panduan ini khas untuk member affiliate Lazada yang ingin belajar @ memahami cara untuk buat deeplink.
Sebelum ini, deeplink lazada dapat dibuat dengan mudah menggunakan plugin Lazada Deeplink Picker.
(Jika anda menggunakan pelayar Google Chrome)
Tetapi, plugin tersebut TIDAK lagi boleh digunakan selepas perubahan pada sistem affiliate Lazada.
Sementara menantikan plugin yang serupa dikeluarkan (di update), anda boleh menggunakan cara ini.
Dijelaskan langkah demi langkah sehingga link affiliate anda siap dan sedia untuk digunakan.
langkah 1 Log masuk ke akaun affiliate Lazada
Login masuk ke dalam akaun adsense lazada anda: adsense.lazada.com.my.
langkah 2 Dapatkan tracking link anda
Paparan utama yang akan anda jumpa selepas login adalah bahagian ‘Campaign Promo:
Bahagian ini juga boleh diakses melalui menu: Campaign > Campaign Promo.
Skrol ke bawah untuk mencari ‘Deeplink Picker‘.
Anda boleh juga mencari ‘Deeplink Picker’ ini menggunakan fungsi Search:
Seterusnya, pada ruangan ‘Action‘ klik pada pilihan ‘Get Link‘:
Paparan berikut akan muncul:
Kod yang dipaparkan adalah tracking link kepunyaan anda yang akan digunakan sebagai asas kepada setiap deeplink yang akan anda buat.
Copy (atau simpan) link tersebut untuk kegunaan dalam langkah yang seterusnya.
langkah 3 Cari produk Lazada yang anda ingin promosikan
Lawati laman web online shopping Lazada: https://www.lazada.com.my.
Cari produk (atau bahagian) yang ingin anda promosikan.
Contohnya, saya nak promosikan ‘nokia 3310 3G’ ini:
langkah 4 Copy url address produk Lazada tersebut
Pada halaman produk Lazada yang ingin anda promosikan copy url address produk tersebut:
Dalam contoh ini, url address untuk Nokia 3310 3G adalah:
https://www.lazada.com.my/products/nokia-3310-3g-i449518245-s678595943.html?spm=a2o4k.searchlist.list.1.3ec12797TzqBUk&search=1
Simpan url tersebut untuk kegunaan langkah yang seterusnya.
langkah 4 Encode url address produk Lazada tersebut
Untuk membolehkan url address produk Lazada yang anda copy digunakan, kita kena ‘encode‘ url tersebut terlebih dahulu.
(encode atau encoding adalah proses menukarkan huruf,nombor, simbol kepada bentuk yang boleh dihantar melalui internet)
Pergi ke halaman berikut: Meyerweb url decoder/encoder.
Masukkan url produk yang anda copy tadi dan klik pada butang ‘Encode‘.
Dalam contoh ini, url yang telah di ‘Encode’ kelihatan seperti ini:
https%3A%2F%2Fwww.lazada.com.my%2Fproducts%2Fnokia-3310-3g-i449518245-s678595943.html%3Fspm%3Da2o4k.searchlist.list.1.3ec12797TzqBUk%26search%3D1
Copy dan simpan url yang telah di ‘Encode’ ini untuk kegunaan langkah seterusnya.
Nota: Selain Meyerweb, berikut merupakan beberapa pilihan lain yang boleh anda gunakan untuk tujuan encode url:
langkah 6 Gabungkan tracking link anda dan url address produk Lazada
Setakat ini anda sudah ada ‘tracking link’ kepunyaan anda dan juga url produk Lazada yang ingin anda promosikan.
Langkah seterusnya adalah gabungkan kedua-dua link ini untuk menjadi Deeplink.
Cara untuk mengabungkan adalah seperti berikut:
Pertama, letakkan dahulu tracking link anda.
https://c.lazada.com.my/t/c.sws
(? Tracking link yang digunakan adalah contoh sahaja)
Kedua, tambahkan ?url= pada akhir tracking link tersebut.
https://c.lazada.com.my/t/c.sws?url=
Kemudian masukkan url produk Lazada yang telah di encode tadi:
https://c.lazada.com.my/t/c.sws?url=https%3A%2F%2Fwww.lazada.com.my%2Fproducts%2Fnokia-3310-3g-i449518245-s678595943.html%3Fspm%3Da2o4k.searchlist.list.1.3ec12797TzqBUk%26search%3D1
Dan Deeplink affiliate Lazada anda telah siap!
Untuk pastikan link tersebut berfungsi, copy deeplink tersebut dan paste masuk dalam ruangan url pelayar internet (browser) anda.
Jika ia membawa anda ke halaman produk Lazada (dalam contoh ini, produk Nokia 3310 3G) maksudnya deeplink tersebut berfungsi dengan betul.
Tambahan: Penjana Automatik Deeplink Lazada
Tidak dinafikan proses membuat deeplink ini agak mengambil masa. Copy, paste, copy, encode, paste, copy….
Apatah lagi jika anda mahu membuat lebih daripada 30 deeplink.
Saya terfikir jika kita boleh menjadikan proses ini automatik. Boleh jimat sedikit masa.
Saya belum mahir untuk membuat extension/plugin untuk pelayar internet seperti chrome atau firefox, tapi aplikasi kecil menggunakan html dan javascript tidak menjadi masalah.
Oleh itu muncul lah idea ‘Penjana Automatik Deeplink Lazada‘
(Mungkin lebih sesuai dipanggil ‘Penjana separa automatik’…)
Apa yang aplikasi ini boleh lakukan ialah, mengurangkan masa yang diambil untuk membuat deeplink dengan menjadikan proses encode dan juga pengabungan link automatik.
Anda masih perlu untuk masukkan ‘tracking link’ dan juga ‘url produk’ yang hendak dipromosikan.
(Sekurang-kurangnya senang sedikit kerja nak buat deeplink ni)
Untuk menggunakan aplikasi ringkas ini lawati halaman: Penjana Automatik Deeplink Lazada.
Diharapkan post ini bermanfaat pada anda!
[mailerlite_form form_id=2]
Jadah Habis Duit Aku says
Terima kasih banyak2 tuan, generator tuan mmg sangat membantu untuk website cam saya yg perlukan list senarai banyak2 . TQ 🙂
H. Haris says
Tuan, nak tanya adakah deeplink lazada telah tiada? sebab saya cari menu campaign promo tu dah tiada.
B.L. Joseph says
Nampaknya memang telah tiada dalam admin panel kita… Tapi deeplink sedia ada masi berfungsi seperti biasa. Saya cuba dapatkan maklumat daripada pihak lazada tentang hal ini. Terima kasih ya.
H. Haris says
Terima kasih tuan atas penjelasan. Jika ada maklumat terbaru, minta jasa baik tuan untuk update.