Belajar cara membuat email dengan domain sendiri. Rujukan gambar disertakan.
Anda sudah mempunyai laman web @ blog sendiri.
Untuk kelihatan lebih profesional dan lebih dipercayai anda perlu memiliki email yang berakhir dengan nama domain anda.
Contohnya, [email protected] atau [email protected]
Post ini dibuat khas langkah demi langkah untuk panduan anda dalam proses membuat email dengan domain sendiri.
Sebagai tambahan, disertakan juga:
- Cara lihat email guna aplikasi webmail yang tersedia dalam cPanel
- Cara setting dan guna email di handphone
- Cara mudah guna email di laptop @ PC
Teruskan membaca!
Langkah-langkah membuat email dengan domain sendiri
Jika terdapat sebarang persoalan sila nyatakan dalam ruangan komen akhir post ini. Kami sedia membantu anda.
Langkah 1 Akses cPanel
Anda boleh akses cPanel melalui:
- Akaun anda dengan syarikat hosting
- Dengan menambah ‘/cpanel’ pada bahagian akhir domain anda
Contohnya untuk namecheap (saya guna servis namecheap) anda boleh akses cPanel melalui pautan ‘Go to cPanel‘ pada bahagian dashboard:
Jika anda akses cPanel dengan cara menambah ‘/cpanel’ pada akhir domain anda (contohnya, ‘www.ithmm.com/cpanel’) anda perlu mengisi butir-butir untuk login – username dan password.
(Butir-butir username & password untuk cPanel selalunya dikirimkan ke email yang anda gunakan untuk membeli hosting dulu)
Paparan cPanel kelihatan seperti ini:
Langkah 2 Akses bahagian ‘EMAIL’
Dalam cPanel, skrol ke bawah dan cari bahagian ‘EMAIL’.
Langkah 3 Klik pilihan ‘Email Accounts’
Pilihan tersebut sepatutnya terletak pada bahagian paling atas.
Selepas klik, paparan berikut akan muncul:
Langkah 4 Klik butang ‘ +CREATE’
Paparan seperti berikut akan muncul:
Langkah 5 Isikan maklumat untuk email baru
Bahagian yang perlu dilengkapkan adalah seperti berikut:
Username. Masukkan pilihan nama untuk email baru yang hendak dibuat.
Security. Pilih ‘Set password now’.
Password. Masukkan password pilihan anda
Storage Space. Anda boleh tentukan berapa banyak ruangan penyimpanan untuk email tersebut.
Jika anda buat email untuk orang lain, mungkin boleh tentukan saiz storage, contohnya 250mb…
Jika anda buat email untuk admin atau diri sendiri pilih sahaja ‘Unlimited’.
Berikut merupakan contoh bahagian yang sudah siap di isi:
Siap isi semua bahagian yang diperlukan klik pada buatang ‘+CREATE‘ yang terletak pada ruangan bawah borang.
Email anda sudah siap dan sedia digunakan.
Email baru anda akan tertera dalam ruangan ‘List Email Accounts’ seperti berikut:
*bahagian di atas boleh diakses dengan cara cPanel: EMAIL > Email Accounts
Topik seterusnya:
Bagaimana cara guna email ini?
Bagaimana cara nak baca email atau hantar email guna email yang baru dibuat ni?
Anda boleh gunakan antara 3 cara tersebut:
- Guna aplikasi webmail yang tersedia dalam cPanel
- Guna apps untuk lihat, buat dan hantar email dalam handphone
- Guna Thunderbird. Agar anda dapat guna email lebih cepat di PC @ laptop
Kita cuba lihat satu persatu cara di atas.
Guna Aplikasi Webmail dalam cPanel
Ini merupakan cara paling senang tapi agak melecehkan prosesnya.
Masuk ke dalam cPanel: EMAIL > Email Accounts untuk pergi ke paparan seperti berikut:
Seterusnya klik pada butang ‘CHECK EMAIL‘.
Paparan berikut akan muncul:
Klik (untuk pilih) mana-mana aplikasi webmail untuk guna email anda.
Contonhya saya klik pada ‘Horde’ webmail, paparan untuk anda menggunakan (baca, buat, hantar email) email adalah seperti berikut:
Guna cara ini sebenarnya tak ada masalah, cuma saya rasa agak melecehkan kerana perlu masuk ke dalam cPanel untuk sekadar lihat atau send email.
Untuk lebih mudah, kita boleh lihat guna email ini melalui handphone. Caranya seperti berikut:
Guna apps untuk lihat email dalam handphone
Pertama, anda perlukan aplikasi email yang sesuai dan selamat untuk handphone.
Kedua, anda perlu tetapkan settingnya agar aplikasi tersebut boleh akses server email anda untuk membuat perkara seperti baca, buat dan hantar email.
Apa aplikasi email terbaik boleh anda gunakan?
Saya gunakan BlueMail. Senang digunakan dan selamat.
Anda boleh muat turun aplikasi ini di:
Teruskan untuk install Bluemail untuk jenis handphone anda.
Siap install buka aplikasi Bluemail tersebut.
Pada paparan pertama, pilih ‘ADD OTHER ACCOUNT‘.
Dalam paparan yang seterusnya pilih ‘Other Email‘.
Paparan seterusnya akan meminta anda untuk memasukkan ‘Email address’ dan juga ‘password’ untuk email anda.
Pastikan anda TIDAK tik pada pilihan ‘automatic’.
Seterusnya pilihan seperti berikut akan muncul:
Pilih IMAP.
Seterusnya anda diminta untuk melengkapkan bahagian ‘Incoming server settings‘.
Maklumat tersebut anda boleh perolehi daripada bahagian Email dalam cPanel anda.
Pergi ke cPanel: EMAIL > Email Accounts
Dalam bahagian email yang hendak anda gunakan, klik pada butang ‘CONNECT DEVICES‘.
Paparan set up mail client untuk email anda akan muncul.
Skrol ke bawah untuk pergi ke bahagian ‘Mail Client Manual Settings‘:
Gunakan maklumat pada bahagian ‘Secure SSL/TLS settings’ untuk mengisi setting bluemail di handphone anda.
Lihat balik ruangan setting ‘Incoming server settings’ Bluemail pada handphone anda:
Maklumat yang perlu di isi dalam bluemail adalah:
- IMAP server – Dapatkan dari bahagian seperti berikut:
- Security – Pilih SSL/TLS sahaja.
- Authentication – PLAIN
- Port – Dapatkan no port daripada ruangan seperti berikut:
Setelah siap klik pada butang ‘NEXT’.
Bluemail akan mengambil waktu seketika untuk memeriksa setting yang anda berikan tadi.
Seterusnya jika setting incoming tidak ada masalah, paparan untuk setting outgoing server setting pula kan muncul.
Maklumat yang perlu disini dalam bahagian ‘Outgoing server settings’ ini adalah seperti berikut:
- SMTP server – Dapatkan setting daripada ruangan ini:
- Security – Pilih ‘SSL/TLS‘ sahaja
- Port – Dapatkan no port daripada bahagian seperti ini:
- Require sign-in – tandakan tik
- Authentication – Pilih ‘AUTOMATIC‘
- Username & Password – Untuk email anda
Setelah siap setting, klik pada butang ‘NEXT‘.
Paparan berikut akan muncul. Masukkan detail pilihan anda:
Untuk paparan seterusnya klik pada butang ‘Done‘.
Dengan ini anda boleh menggunakan email tersebut daripada handphone untuk tujuan seperti baca, buat dan hantar email.
Cara mudah guna email domain di laptop @ PC
Sebagai pemilik blog @ laman web, anda tentu akan kerap menggunakan PC atau laptop.
Anda mungkin mahu mengetahui cara mudah untuk akses email domain anda tanpa perlu masuk terlebih dahulu ke dalam cPanel.
Untuk tujuan tersebut saya cadangkan dua perisian ini:
- BlueMail untuk Desktop
- Thunderbird
Kita lihat dahulu untuk BlueMail
Guna BlueMail untuk Dekstop
Jika anda menggunakan BlueMail pada smartphone anda, sebaiknya gunakanlah juga perisian yang sama untuk komputer.
Pertama sekali download dahulu BlueMail untuk Desktop melalui halaman ini: BlueMail Desktop
Bergantung pada Operating System komputer anda terdapat 4 pilihan – Windows 10, Windows 7,8,8.1, macOS dan Linux.
Teruskan untuk download versi pilihan anda.
Siap download klik pada perisian tersebut untuk memulakan proses install.
Siap install, paparan berikut akan muncul:
Teruskan klik pada butang ‘Add your account‘.
Masukkan alamat penuh email anda dan klik pada butang ‘Submit‘. Contohnya:
Teruskan untuk mengisi password email anda DAN ‘untick pada kota automatic.’
Kemudian tekan butang ‘Next‘.
Anda boleh pilih antara IMAP dan POP3. Saya pilih IMAP.
(IMAP sesuai jika anda mahu akses email daripada lebih dari satu tempat. Dalam kes ini kita nak akses email guna hp dan juga desktop)
Paparan seterusnya adalah ‘Incoming server settings’.
Biarkan setting yang asal dan klik pada butang ‘Next‘.
Pada paparan yang seterusnya, ‘Outgoing server settings’, tak perlu buat apa-apa, teruskan untuk klik pada butang ‘Next‘.
Pada paparan yang seterusnya, anda hanya perlu masukkan sedikit maklumat diri seperti berikut:
Klik ‘Done‘ dan email anda siap untuk diakses melalui komputer.
Guna Thunderbird
Anda boleh juga gunakan Thunderbird.
Jika anda kenal Firefox (Modzilla firefox), Thunderbird ini adalah cabangnya.
Thunderbird diuruskan oleh komuniti bebas. Tidak ada syarikat berkepentingan yang memegangnya.
Dan lagi satu ia percuma dan ringkas untuk digunakan.
Anda boleh muat turun thunderbird daripada halaman ini: Download Thunderbird.
Siap download teruskan untuk install Thunderbird dalam laptop atau PC anda.
Siap install teruskan untuk start Thunderbird tersebut. Paparan pertama yang anda jumpa adalah seperti berikut:
Masukkkan:
- Nama anda – Nama ini akan kelihatan pada penerima email anda
- Email – Alamat email anda yang anda buat menggunakan domain anda
- Password – Password untuk email anda
Klik continue untuk meneruskan.
Sepatutnya thunderbird akan secara automatiknya mengesan server email anda dan settingnya.
Klik ‘Done’ untuk meneruskan dan anda boleh menggunakan email anda seperti biasa.
Paparan Thunderbird kelihatan seperti ini:
Maka dengan ini anda siap buat email dengan domain sendiri dan tahu bagaimana cara untuk guna email tersebut melalui beberapa cara untuk kesenangan anda.
Kongsikan post ini jika bermanfaat!
[mailerlite_form form_id=2]
Leave a Reply