Fahami apa itu blog, blogger dan blogging.
Apa itu Blog? Secara ringkasnya:
Blog adalah sebuah laman web dimana seseorang individu mencatatkan pemikiran, pengalaman, kepakaran atau membincangkan sesuatu topik secara berkala.
Catatan terbaru biasanya tersusun lebih depan. Ia seperti journal digital yang boleh dibaca oleh semua orang.
Untuk lebih lanjut, teruskan membaca.
Apa itu blog?
Blog adalah singkatan kepada perkataan ‘weblog‘.
Blog adalah jenis laman web dimana pemiliknya sering mengeluarkan konten baru.
Definisi blog dalam bahasa yang lebih formal adalah seperti berikut:
Blog adalah sebuah laman sesawang yang memberikan infomasi dan ditulis mengikut urutan kronologi dan dipaparkan dalam tertib terbalik.
(☝️ dipetik daripada wikipedia)
ithmm.com adalah blog.
Begitu juga dengan malaysiakini.com.
Berikut ciri utama yang menjadikan laman web sebagai blog:
- Berfungsi sebagai platform untuk berkongsi idea, pemikiran, pengalaman, kepakaran atau perbincangan dalam topik tertentu.
- Berbentuk journal yang boleh dibaca oleh orang lain.
- Pemilik menerbitkan penulisan secara berkala dan penulisan selalunya disusun berdasarkan tarikh penerbitan.
- Penulisan terbaru selalunya terletak diatas.
- Penulisan merangkumi tajuk yang luas contohnya pengalaman peribadi, makanan dan minuman, teknologi, fesyen dan sebagainya.
- Penulisan boleh juga khusus terhadap niche tertentu.
- Gaya penulisan adalah pelbagai – rasmi, tidak rasmi, perbualan dan sebagainya bergantung pada cara penulis.
- Terdapat interaksi 2 hala melalui ruangan komen. Pemilik boleh berinteraksi dengan pembaca.
Panggilan blog ini sebenarnya berasal daripada perkataan ‘weblog’.
Pada tahun kelahiran blog iaitu tahun 1994, blog sebenarnya adalah lebih kepada ‘personal diary’ yang dikongsikan secara online.
Pemilik menulis aktiviti hariannya, tentang kehidupannya dan kongsikan di internet.
Dan dari situ ia mula berkembang, orang ramai mula menyedari blog boleh menjadi satu cara untuk berkomunikasi secara online sehinggalah masa kini.
Rupa bentuk @ struktur blog
Berikut merupakan contoh struktur ringkas blog pada masa kini:
Dekat atas ada logo dan menu.
Kemudian dalam ruang utama terdapat post yang disusun, yang terbaru terletak paling atas sekali.
Ini adalah asas susunan struktur untuk blog.
(untuk paparan utama / home)
Gaya persembahan mungkin berbeza disetiap blog yang anda jumpa.
Ada yang bagi gambar besar-besar, gambar disusun dari besar ke kecil.
Semuanya untuk menjadikan persembahan blog lebih menarik.
Apa beza blog dengan laman web
Apa beza blog dengan website?
Seperti yang dinyatakan diatas, blog adalah laman web atau website.
Definisi website adalah koleksi halaman yang disimpan dalam satu nama domain dan boleh diakses menggunakan internet.
Susunan atau struktur seseuatu website yang mana sering terdapat post terbaru dan post terbaru diletakkan paling atas menjadikan ia dipanggil sebagai blog.
Jika muncul soalan seperti ini:
Adakah anda mempunyai website?
Jawapan yang boleh diberikan adalah:
Ya, saya mempunyai website jenis blog – www.ithmm.com.
Apakah tujuan buat blog?
Blog dibuat tujuannya untuk menghubungkan penulis dengan pembaca yang berminat.
Pemilik blog mahu apa yang disampaikannya itu sampai kepada para orang-orang yang berminat.
Dalam blog kita boleh letak tulisan, gambar, video, audio dan mungkin aplikasi atau game ringkas.
Ini menjadikan blog sangat sesuai untuk tujuan itu.
Bagi para individu (pemilik perseorangan), biasanya mereka akan buat blog atas sebab hobi, perkongsian ilmu, menceritakan pengalaman atau aktiviti mereka.
Tidak terbatas.
Seterusnya dengan harapan akan memberikan pulangan dalam bentuk pendapatan atau lain-lain.
Tetapi, selalunya situasi diatas terbalik.
Kita nak fikir nak buat income dulu lepas tu baru nak fikir buat blog cerita apa.
Yang pasti tujuan kita buat blog ini adalah nak bagi orang baca apa yang kita tulis.
Bagi para pemilik bisnes atau peniaga pula, blog selalunya dijadikan sebagai salah satu daripada cara pemasaran.
Contohnya kita buat servis design.
Mungkin kita akan buat blog post yang menarik minat para potential customer seperti ‘5 top trend design personal office’ dan sebagainya.
Apa itu Blogger dan Blogging?
Apa itu blogger?
Apakah pula maksud blogging?
Kedua-dua istilah diatas terbit daripada panggilan ‘Blog‘ itu sendiri.
Blogger adalah orang yang memiliki blog, mengerjakan blog tersebut menulis content dalam topiknya tersendiri.
Blogging pula adalah istilah untuk kombinasi semua aktiviti diatas – memiliki, menguruskan dan membuat content blog.
Mungkin kita boleh guna dalam ayat seperti ini:
“Saya seorang blogger, sekarang ini saya tengah blogging.”
Daripada seorang blogger anda boleh menjadi professional blogger.
Apakah pula professional blogger?
Professional blogger adalah seorang blogger yang mana blog adalah sumber pendapatan utamanya dan bukan lagi sebagai income sampingan.
Ia adalah pekerjaan yang menjadi semakin hot sekarang.
Kenapa ramai nak jadi blogger?
Kenapa blogging semakin popular?
Mungkin kerana blogger bebas macam burung?
Boleh jadi famous?
Yang pastinya, jadi blogger bermakna anda ‘jadi bos anda sendiri’.
Tiada yang tentukan anda nak buat apa, kena datang jam berapa, gaji kena berapa, cuti apply kenapa…
Boleh kerja dari rumah, boleh cuti bila-bila, boleh kerja sambil melancong dan sebagainya.
Boleh fokus dengan hobi anda dan ceritakanya dalam blog anda dan sebagainya..
Dari segi income pula adalah unlimited.
Unlimited maksudnya ia berkadar langsung dengan prestasi blog anda dan juga strategi anda.
Lihat gambar berikut:
Nama beliau Jon Dykstra, seorang Professional blogger.
Purata income bulanannya adalah sekitar RM200,000 duit Malaysia. Anda boleh lihat report income terbarunya disini
Pekerjaannya? Professional Blogger.
Suatu masa dahulu, saya tak terfikir langsung ‘boleh’ menjadi professional blogger.
Tapi memang tidak mustahil.
Adakah blogger dibayar?
Sekadar menjadi blogger tidak akan mendapat apa-apa bayaran.
Blogger tidak dibayar hanya kerana dia menulis dan publish post.
Duitnya datang secara tidak langsung daripada strateginya.
Anda boleh baca post ini: Cara buat duit dengan blog.
Salah satu cara yang paling biasa digunakan oleh blogger untuk mendapatkan income adalah daripada iklan yang dipaparkan diblognya.
Biasanya, bila blog sudah ramai pengunjung, maka bolehlah pemilik blog tersebut memohon program Ads Display.
Paling popular adalah Google Adsense.
Kalau nak yang lebih mahal iklannya, boleh cuba Mediavine. Tapi syaratnya agak ketat.
Bila permohonan diluluskan, barulah iklan-iklan berkaitan muncul dalam blog.
Paparan iklan-iklan inilah yang memberikan sebahagian daripada pendapatan blogger.
Selain iklan, terdapat banyak lagi cara lain seperti jual produk sendiri, tolong iklankan produk orang lain dan dapat komisen, sediakan servis berkaitan dan sebagainya.
Mahu menjadi blogger?
Adakah anda berminat nak jadi seorang blogger?
Mahu menjadi professional blogger?
Buat dan miliki blog sendiri, mula menulis, belajar dari kesilapan, konsisten dan jangan putus asa. Akhirnya anda akan menjadi professional blogger.
Anda boleh baca post ini: Cara buat blog sendiri.
Sedikit tips jika anda berminat:
Pertama sekali, pilihlah topik yang sememangnya hobi anda, kepakaran anda, atau benda yang anda nak belajar.
Pendapat saya, ini adalah paling penting untuk memastikan kesinambungan progress blogging anda.
Agak sengsara nak kekal dalam blogging niche yang anda tak minat langsung.
Kedua, jika anda baru bermula, tumpukan untuk bina trafik (lawatan) ke blog dahulu.
Income itu kemudian.
Bila trafik ke blog anda sudah banyak, anda tak mahu pun duit akan datang sendiri.
(Orang akan datang buat deal dengan anda).
Maksud tumpukan trafik adalah, tumpukan untuk buat post dahulu.
Belajar tentang SEO, belajar untuk tulis apa yang orang perlukan.
(bukan taip ikut sedap hati kita sahaja)
Bila trafik ke blog dah ok, barulah kita boleh pertimbangkan untuk buat post yang lebih berpotensi dari segi income.
Dan akhir sekali, usaha untuk menjadi seorang yang ‘konsisten‘.
Konsisten dalam blogging maksudnya konsisten buat post.
Contohnya, setiap minggu mesti publish sekurang-kurangnya 3 post.
Encik Jon Dyksta berjaya mendapat income sebegitu kerana sifatnya yang konsisten.
Diharap post ini bermanfaat pada anda.
Fhani says
Hallo admin ithmm.com. Saya mau tanya nih. Jadi begini, saya tu ada buat blog, tema/Niche blog saya tentang blog, kontennya tentang semua apa yang saya tahu tentang blog. Cuma, setelah semua berjalan, ternyata pengetahuan saya tentang blog belum seberapa. Kalau saya membuat konten lain yang tidak berhubungan dengan konten saya sebelumnya, sepengetahuan anda, apakah itu akan berpengaruh buruk kepada performa blog saya?
Terima kasih
B.L. Joseph says
Hello, Google search ada satu istilah yang dipanggil ‘topic authority’. Semakin banyak kita menulis tentang sesuatu topic khusus (niche), semakin tinggi markah yang diberi oleh Google, dan semakin tinggi peluang post kita untuk mendapat tempat teratas (ranking) dalam carian. Jika kita menulis tentang banyak konten yang berbeza, ini ‘mungkin’ akan mempengaruhi performa blog secara keseluruhan.