Jenis post, page, entri atau kandungan laman yang dilarang untuk Google Adsense.
Syarat ini juga dikenali secara rasmi sebagai ‘Google Publisher Policies‘.
Untuk memohon Google Adsense anda kena memenuhi syarat atau polisi kandungan laman ini.
Kod Google Adsense tidak boleh diletakkan dalam mana-mana halaman yang dilarang mengikut syarat ini.
Kita baca dan fahamkan.
Dan untuk pemohon baru, semoga post ini dapat membantu anda.
1. Illegal Content – Kandungan tidak sah di sisih undang-undang.
Kod adsense tidak boleh diletakkan dalam mana-mana halaman yang mengandungi unsur-unsur yang tidak sah dari segi undang-undang, mempromosikan aktiviti haram atau melanggar hak orang lain.
Maksudnya, apa-apa yang tidak sah dari segi undang-undang di Malaysia tidak boleh digunapakai untuk Google Adsense.
Contohnya judi, cara pecah masuk rumah yang berkunci, cara nak buat wang palsu dan seterusnya.
Kod Adsense juga tidak boleh diletakkan dalam laman yang mengandungi unsur-unsur yang mana melanggar atau mungkin melanggar hak orang lain yang mana diperuntukkan dari segi undang-undang.
Contohnya, Encik A menjalankan bisnes menjual sayur, mempunyai kedai dan mempunyai dokumen sah untuk menjalankan bisnes tersebut.
Anda merasakan Encik A menjalankan bisnes yang salah kerana lokasi kedainya terletak di kawasan penduduk yang giat bertani lalu membuat post berkenaan dengan bisnes Encik A dan menyatakan komen-komen anda.
Kod Adsense tidak boleh diletakkan dalam post tersebut. Kerana kandungan post itu telah melanggar hak Encik A.
2. Penyalahgunaan harta intelek.
Kandungan laman anda tidak boleh mengandungi sebarang harta intelek atau hak cipta terpelihara yang dimiliki oleh orang lain.
Secara ringkasnya, anda tidak boleh copy dan paste atau mengambil mana-mana hasil penulisan, gambar, perisian yang mana dimiliki oleh orang lain, masuk ke dalam laman anda.
Kemudian membuatnya seolah-olah milik anda.
Anda juga tidak boleh meletakkan, menjual atau mempromosikan sebarang produk palsu.
Produk palsu ini bermaksud produk yang seolah-olah serupa dengan mana-mana produk yang sebenar dan sukar dibezakan.
3. Spesis terancam.
Anda tidak boleh meletakkan atau mempromosi apa-apa produk hasil daripada spesis terancam.
Contohnya kulit harimau, sisik tenggiling, telur penyu dan sebagainya.
4. Kandungan berbahaya atau menghina.
Laman anda tidak boleh mengandungi unsur-unsur yang boleh menimbulkan kebencian, mempromosikan diskriminasi, memperendah-rendahkan seseorang atau kumpulan atas sebab-sebab seperti bangsa, etnik, agama, kecacatan, usia, kewarganegaraan, status, orientasi seksual (lgbt), jantina dan apa-apa sebab lain.
Contohnya post yang menyatakan agama A lebih baik daripada agama B.
Laman anda tidak boleh mengandungi unsur-unsur yang boleh mengganggu, mengintimidasi, atau menggertak seseorang atau sekumpulan individu.
Contohnya post yang mana menyatakan peristiwa tragis A mungkin tidak akan berlaku sekiranya Encik B berkelakuan seperti ini dan itu.
Laman anda tidak boleh mengandungi unsur-unsur yang mengancam atau menggalakkan kecederaan fizikal atau mental kepada diri sendiri ataupun orang lain.
Contoh post turunkan berat badan 20kg dalam 7 hari dengan diet air sahaja, menyokong keganasan terhadap golongan tertentu contohnya gologan pendatang tanpa izin dan sebagainya.
Laman anda tidak boleh mengandungi unsur-unsur peras ugut.
Contohnya post seperti jika pihak A tidak berbuat sesuatu, golongan B akan bertindak sendiri.
5. Kandungan yang membolehkan tingkah laku tidak jujur.
Kandungan yang mana membantu atau mengajar pembaca / pengguna untuk melakukan sesuatu perbuatan yang tidak jujur atau tidak betul.
Contohnya bagaimana nak buat sijil palsu, penjualan sijil palsu, cara buat wang palsu, penjualan atau pengedaran kertas peperiksaan dan sebagainya.
Kandungan anda juga tidak boleh mengandungi sebarang unsur berkaitan dengan aktiviti hacking, cracking atau apa-apa cara yang mengajar pengguna / pembaca cara untuk mendapatkan akses secara tidak sah pada perisian, server atau laman web.
Contohnya tutorial bagaimana nak root handphone, bagaimana nak tengok netflix dengan percuma seumur hidup dan sebagainya.
6. Isi kandungan tidak betul.
Laman anda tidak boleh mengandungi sebarang kandungan seperti berikut:
- Isi yang memberikan gambaran yang tidak benar, menyebabkan salah sangka, menyembunyikan maklumat tentang diri anda @ pemilik laman, menyembunyikan tujuan sebenar laman anda dan memberikan maklumat yang tidak tepat mengenai destinasi yang anda promosikan dalam laman (contoh affiliate).
- Menarik pembaca untuk melihat post anda dengan cara yang tidak jelas. Contohnya ‘Anda perlu baca post ini sebagai warga Malaysia…‘
- Terlibat dalam aktiviti ‘Phishing’ yang mana bertujuan untuk mendapatkan maklumat pengguna. Contohnya menyuruh mengisi data peribadi tanpa sebarang alasan kukuh.
- Mempromosikan sebarang kandungan, produk dan perkhidmatan dengan menjanjikan hasil atau pulangan yang tidak benar. Contohnya skim cepat kaya.
- Membuat kenyataan yang terbukti adalah palsu dan boleh menjejaskan penyertaan atau kepercayaan yang signifikan dalam proses pilihan raya atau proses demokrasi.
- Mengaku mempunyai hubungan atau sokongan oleh mana-mana individu, organisasi atau perkhimatan lain tanpa kebenaran daripada pihak tersebut. Contohnya mengaku mempunyai kerjasama dengan Google dan menggunakan lambang Google dengan tujuan mendapatkan kepercayaan.
- Menipu pengguna dengan menyiarkan media yang dimanipulasi yang mana berkaitan dengan politikm masalah sosial atau apa-apa perkara yang menarik perhatian masyarakat.
- Mengulas isu-isu berkaitan dengan politik, masalah sosial atau hal-hal umum yang menarik perhatian pembaca yang mana ditujukan kepada pengguna daripada luar negara selain negara anda. Dan pada masa yang sama anda menyembunyikan maklumat tentang diri anda dan negara asal anda.
7. Perisian berbahaya / berniat jahat.
Isi kandungan tidak boleh mengandungi sebarang perisian atau malware yang boleh mendatangkan kerosakan atau mendapatkan akses tanpa kebenaran ke komputer, peralatan atau rankaian internet.
Contohnya virus komputer, trojan, keylogger dan yang sejenis dengannya.
Laman anda juga tidak boleh mengandungi sebarang perisian yang bercanggah dengan Google’s Unwanted Software Policy.
8. Mengandungi unsur-unsur seksual.
Apa-apa yang berkaitan dengan tajuk diatas tidak boleh digunakan untuk penempatan Google Adsense.
Ini termasuk gambar, video, text, permainan, tema atau apa-apa kandungan yang mempromosikan unsur berikut.
9. Cari jodoh online.
Term sebenarnya adalah ‘Mail Order brides’.
Laman anda tidak boleh mengandungi apa-apa yang berkaitan dengan urusan perkhawinan dengan domestik dengan luar negara.
Sebagai contoh orang tengah untuk urusan perkhawinan antara negara, berkhawin dengan orang luar negara dan sebagainya.
10. Unsur dewasa dalam laman umum.
Jika anda mempunyai laman yang anda nyatakan untuk sesuai tatapan semua peringkat umur, anda tidak boleh letakkan sebarang unsur dewasa di dalamnya.
Ini termasuk unsur seperti keganasan dan seks.
11. Penderaan seksual kanak-kanak / Pedopilia.
Tengok tajuk sahaja kita suda faham.
Laman kita tidak boleh mengandungi sebarang unsur yang mempromosikan aktiviti seksual bawah umur.
Ini termasuk penggunaan text, komik, gambar dan media yang lain.
12. Polisi privasi / Dasar polisi.
Dan akhir sekali, laman anda mestilah mempunyai halaman khas untuk polisi privasi atau dasar privasi.
Dalam polisi tersebut anda mesti nyatakan dengan jelas beberapa perkara yang berkaitan dengan Google.
Oleh kerana kandungan polisi agak panjang sedikit saya asingkan perkara berkenaan polisi ini ke post lain.
Anda boleh lihat dengan lebih terperinci di sini: Panduan Buat Polisi Privasi untuk Lulus Google Adsense
Semoga dengan membaca post ini anda berjaya lulus permohonan Google Adsense.
MOHAMMAD ASRAF BIN ABDUL BATIN says
Bleh ajar saya buat blog
B.L. Joseph says
Semua ilmu berkenaan blog saya kongsikan dekat blog ini. Jangan luba subscribe 🙂