Apa yang harus ada dalam halaman Polisi Privasi / Dasar Privasi anda jika nak memohon Google Adsense.
Untuk memohon Google Adsense anda perlu ada page ‘Polisi Privasi‘.
Ia adalah wajib.
(Polisi Provasi juga dikelani sebagai Dasar Privasi).
Untuk buat page ini juga terdapat panduan dan syarat-syarat tertentu yang ditetapkan oleh Google.
Anda boleh guna info daripada post ini untuk kemaskini dasar polisi anda jika suda sedia ada.
Atau jika nak buat yang baru boleh lihat bahagian bonus, akhir post ini.
Fahami cara buat polisi privasi jika nak lulus Google Adsense.
Topik yang pertama dan yang paling penting:
Akuan pengumpulan & penggunaan maklumat pengguna.
Ia dipanggil juga sebagai ‘Privacy disclosures‘.
Anda mesti dedahkan sebarang cara pengumpulan, penggunaan dan perkongsian data pengguna yang berlaku dalam laman anda.
Sama ada oleh anda atau pihak ketiga seperti dalam kes ini adalah Google.
Mesti dinyatakan juga bahawa pihak ketiga mungkin akan meletakkan ‘Cookies’ pada pelayar internet pengguna dan mungkin akan membaca ‘Cookies’ tersebut atau web beacons untuk mengumpulkan data dengan tujuan memperlihatkan iklan yang mungkin menarik perhatian pengguna laman anda.
Berikut merupakan keperluan minimum Google yang perlu ada dalam page privasi polisi anda:
- Pihak ketiga, termasuk Google menggunakan ‘Cookies’ untuk memperlihatkan iklan berdasarkan lawatan sebelumnya oleh pengguna.
- Google menggunakan DoubleClick cookie untuk membolehkan ia dan rakan syarikatnya memperlihatkan iklan kepada pengguna berdasarkan lawatan mereka ke laman anda dan laman lain di internet.
- Pengguna boleh memilih untuk menolak fungsi DoubleClick cookie dengan melawat bahagian Ad settings.
Anda boleh mempamerkan pautan ke halaman bagaimana Google menggunakan maklumat diperolehi dari laman pengguna servis Google dalam privasi polisi anda sebagai sokongan.
Cara masukkan keperluan Google Adsense di Privasi Polisi.
Bagaimana nak masukkan akuan pendedahan ini dalam Privasi Polisi anda?
Bergantung kepada struktur privasi polisi sedia ada anda.
Minimum adalah 3 point di atas.
Anda boleh gabungkan ia kepada satu perenggan juga tak jadi masalah.
Contohnya anda boleh nyatakan seperti ini:
Cookies dan Web Beacons
Kami menggunakan cookies untuk menyimpan maklumat, seperti pilihan peribadi anda ketika melawat laman kami. Sebagai contoh, kami hanya memperlihatkan pop-up ketika lawatan pertama kali anda ke laman kami.
Kami juga menggunakan pengiklanan pihak ketiga dalam www.ithmm.com untuk menyokong laman kami. Terdapat antara pihak ketiga ini(seperti Google melalui program Google Adsense) mungkin menggunakan teknologi seperti cookies dan web beacons ketika memperlihatkan iklan di laman kami, dan pada masa yang sama mereka juga berupaya untuk menerima maklumat seperti alamat IP, ISP anda, pelayar internet yang anda gunakan ketika melawat laman kami dan dalam sesetengah kes, menentukan sama ada anda mempunyai Flash dipasang atau tidak. Maklumat seperti ini secara umumnya digunakan untuk tujuan geotargeting (contohnya memperlihatkan iklan bisnes dalam kawasan anda) atau dengan tujuan memperlihatkan iklan spesifik berdasarkan laman yang anda lawati (contohnya iklan Joran pancing untuk seseorang yang kerap melawat laman web memancing).
Sebagai pilihan anda boleh mematikan atau memilih setting untuk cookies kami dan juga cookies pihak ketiga melalui setting pelayar internet anda. Untuk Google anda boleh lawati Ad settings. Bagaimanapun, ini mungkin akan menggangu interaksi anda dengan laman kami atau mana-mana laman yang anda lawati.
Contoh diatas memenuhi ketiga-tiga point yang diperlukan oleh Google Adsense.
Struktur asas polisi privasi.
Berikut merupakan struktur asas yang perlu ada untuk setiap polisi privasi.
Mungkin anda nak buat polisi privasi baru atau nak bandingkan dengan polisi privasi yang sedia ada.
Keperluan minimum yang perlu adalah seperi berikut:
- Siapa pemilik laman?
- Apakah maklumat yang diambil dan bagaimanakah cara maklumat tersebut diambil?
- Apakah tujuan maklumat tersebut dipungut? Perlu untuk penggunaan laman, penggunaan servis anda dan sebagainya.
- Apakah tujuan spesifik maklumat tersebut diambil? Analisis? Tujuan pemasaran?
- Adakah pihak ketiga mempunyai akses terhadap maklumat tersebut? Siapakah pihak ketiga itu?
- Apakah hak pengguna terhadap data mereka? Bolehka mereka meminta secara spesifik data tersebut? Atau memadam data mereka?
- Terangkan bagaimana cara anda memberitahu pengguna jika anda mengemaskini privasi polisi anda.
- Tarikh efektif polisi privasi tersebut.
Anda boleh lihat Dasar Privasi Ithmm sebagai rujukan.
Polisi privasi Ithmm memenuhi keperluan minimum untuk memohon Google Adsense.
Keperluan untuk polisi privasi mungkin akan bertambah mengikut apa yang anda tawarkan dalam laman web anda.
Bonus: Penjana automatik Polisi Privasi.
Anda belum ada page polisi privasi untuk laman?
Mungkin kalau nak buat baru agak mencabar sedikit.
Ithmm ada sediakan pembuat / penjana dasar privasi yang mana dibuat berdasarkan keperluan minimum untuk menyertai Google Adsense.
Anda boleh gunakan sebagai rujukan dan kemudian ubah mengikut kesesuaian laman anda.
Lawati halaman berikut: Penjana / Pembuat Polisi Privasi
Kongsikan post ini jika bermanfaat pada anda.
Leave a Reply