Untuk memperlihatkan kod HTML di post atau page dengan menggunakan JavaScript.
Saya tengah buat projek menggunakan JavaScript.
(Projek kilat yang tak ada perancangan…)
Sampai satu bahagian kenalah pula display kod…
Dan kod tu kalau boleh jangan dibaca oleh pelayar internet.
Jikalau kita guna PHP agak mudah sedikit, ada function sedia ada yang boleh digunakan iaitu: htmlentities.
Tapi jika kita guna JavaScript?
Kenalah guna function ringkas ini:
function htmlEntities(str) { return String(str).replace(/&/g, '&').replace(/</g, '<').replace(/>/g, '>').replace(/"/g, '"'); }
Bagaimana nak guna function tersebut?
Gantikan str dengan string yang anda nak gunakan.
Boleh digantikan dengan var yang anda telah set.
Function dekat atas adalah asas.
Jika nak tambah hanya perlu tambahkan
.replace(/yangnaktukar/g, 'penggantinya');
/g itu adalah penanda untuk global. Semua yang sama dalam string yang diberikan akan digantikan.
kalau tak ada /g, hanya ‘yangnaktukar’ pertama dijumpai sahaja akan ditukar.
Sebagai tambahan, /gi adalah untuk yang case sensitive.
Yang benar-benar sama sahaja akan diganti.
Untuk nak tahu apa ‘penggantinya’ boleh rujuk (copy paste yang nak ditukarkan itu) pada halaman ini: Html Entities encoder dan decoder.
Leave a Reply