Tentukan pendek panjang ringkasan post anda di homepage / frontpage / blog page.
Kadang-kadang kita tidak mahu excerpt terlalu panjang.
Atau terlalu pendek.
Kita mungkin mahu mengubah excerpt agar kelihatan lebih sesuai.
Sesetengah theme menyediakan fungsi untuk mengubah excerpt ini.
Jika theme yang anda gunakan tidak sediakan fungsi tersebut, anda boleh menggunakan cara ini.
Mudah dan cepat.
Function untuk mengubah Excerpt
Untuk ubah panjang excerpt anda gunakan function ini:
/* Set panjang excerpt*/ function ithmm_custom_excerpt_length( $length ) { return 50; } add_filter( 'excerpt_length', 'ithmm_custom_excerpt_length', 999 );
Salin semula function diatas.
Function ini sama seperti yang dinyatakan dalam code reference wordpress.org.
Anda hanya perlu ubah nombor ‘50‘ didalam function tersebut.
Nombor tersebut adalah jumlah perkataan yang anda nak pamerkan sebagai excerpt.
Contohnya anda nak excerpt anda panjangnya 100 perkataan.
Ubah 50 itu menjadi 100.
Untuk bahagian ‘add_filter’ jangan lupa letak nombor 999.
Nombor tersebut gunanya untuk beritahu wordpress untuk run function ini paling akhir.
Kenapa nak run paling akhir?
Agar function yang sedia ada tidak ‘override’ function ini.
Cara guna function excerpt
Bagaimana cara guna function ini?
Copy function tersebut dan letakkan dalam file function.php theme yang anda gunakan.
Cara yang terbaik sebenarnya adalah dengan membuat child theme.
Tapi oleh kerana kita bukanlah membuat perubahan besar-besaran, tak perlulah nak buat child-theme.
Hanya perlu ingat untuk letak semula function sekiranya terdapat update untuk theme anda.
Berikut cara untuk letak function ini dalam function.php:
PENTING: Sentiasa backup laman anda sebelum membuat apa-apa perubahan. Anda boleh rujuk Cara mudah backup laman wordpress.
#1. Login masuk ke dalam admin wordpress anda.
Anda mestilah administrator untuk laman web yang nak diubah.
Login masuk ke dalam panel admin wordpress anda
#2. Akses menu theme editor.
‘Theme editor’ boleh diakses melalui menu berikut:
Appearance > Theme Editor
Paparan seperti berikut akan muncul:
#3. Pilih file theme function / function.php.
Di sebelah kanan paparan tersebut, terdapat senarai files yang anda boleh edit.
Pilih / klik pada file yang bernama ‘Theme Functions‘ atau ‘function.php‘.
#4. Masukkan function untuk ubah excerpt.
Dalam file function.php, skrol sehingga anda sampai ke bahagian paling bawah sekali.
Pastikan kedudukan skrol ini terletak paling bawah sekali:
Ini penting agar anda tidak sengaja menggangu @ merosakkan function-function lain.
Klik pada bahagian function yang paling akhir kemudian, tekan 2 kali butang keyboard enter untuk ke line baru.
2 kali enter tujuannya untuk membuat selang satu baris dari function yang sebelumnya.
Barulah selamat untuk anda masukkan function untuk ubah excerpt tersebut.
Paste masuk function yang kita bincangkan dekat atas tadi dekat sini:
Jangan lupa ubah nombor ‘50‘ tersebut ikut jumlah perkataan yang anda mahu pamerkan sebagai excerpt.
#5. Klik pada butang ‘Update file’.
Dan akhir sekali, klik pada butang ‘Update file‘ untuk simpan perubahan yang anda buat.
Jika dibuat dengan betul paparan excerpt anda akan berubah ikut jumlah yang anda buat.
Kongsikan jika post ini bermanfaat.
Jangan lupa follow juga facebook ithmm!
Leave a Reply