Bagi nampak warna hijau, barulah yakin.
Bagaimana cara menggunakan yoast SEO dalam setiap post kita?
Sebenarnya tidak hijau pun tak apa…
Warna oren pun sudah ok.
Dalam post ini kita akan lihat langkah demi langkah bagaimana cara menggunakan sepenuhnya plugin Yoast SEO ini dalam post anda.
Agar kita dapat manfaatkan sepenuhnya plugin ini.
Apa itu Yoast SEO?
Besar kemungkinan anda tahu kegunaan dan sudah install plugin ini dalam blog anda.
Jika belum, anda boleh install plugin yoast SEO sekarang.
Pergi ke menu Plugins > Add New dan cari ‘Yoast SEO’.
Lepas install anda hanya perlu ke menu SEO > General, kemudian klik pada ‘Yoast SEO configuration Wizard‘ untuk setup.
Yoast SEO membantu anda menerapkan SEO dalam post.
Tidak kira anda arif atau tak berapa arif dalam SEO, plugin ini sangat berguna.
Apa itu SEO?
SEO adalah singkatan daripada Search Engine Optimization.
Ia adalah proses yang membuatkan post (atau blog) anda mendapat ranking yang lebih baik dalam search engine, seperti Google.
Maksudnya, apabila orang membuat carian, post anda akan muncul dalam keputusan carian mereka.
Ini akan membuatkan blog anda mendapat lebih banyak trafik (lawatan) yang berkualiti.
Ada banyak lagi pilihan plugin SEO lain, tapi saya rekomenkan yang ini.
Mari kita lihat bagaimana cara menggunakan sepenuhnya plugin ini dalam post.
1 Sediakan keyword / Focus keyphrases
Asas bagi setiap penulisan post – keyword.
Keyword adalah ayat yang mewakili isi kandungan keseluruhan post anda.
Contohnya, anda nak buat post tentang bagaimana cara nak kuruskan badan dengan cepat.
Antara keyword terbaik yang boleh anda gunakan adalah ‘cara kuruskan badan dengan cepat‘.
Bagaimana nak tentukan keyword terbaik?
Cara yang paling mudah adalah dengan meletakkan diri anda di posisi pembaca.
Jika anda adalah pembaca yang ingin mencari info berkenaan cara nak kuruskan badan dengan cepat, apa yang anda akan taip dekat Google?
Begitulah konsepnya.
Namun agak sukar untuk kita mendapat keyword yang tepat dengan cara ini.
Sebab itulah kita gunakan aplikasi bantuan seperti Google Keyword Planner atau ringkasnya GKP.
GKP merekodkan keyword atau istilah-istilah yang digunakan oleh pengguna google semasa membuat carian di Google.
Anda boleh baca lanjut tentang GKP disini: Cara guna Google Keyword Planner.
Bila anda sudah dapat keyword terbaik yang bersesuaian maka boleh teruskan untuk penulisan post.
Dalam paparan post editor anda, skroll ke bahagian bawah ke bahagian Yoast SEO:
Masukkan keyword anda tadi dalam ruangan ‘Focus keyphrase‘.
Ini adalah langkah pertama untuk memanfaatkan sepenuhnya plugin Yoast SEO.
Lepas anda masukkan keyword akan keluar warna merah pada bahagian tab SEO:
Warna ini menjadi penunjuk setakat mana tahap SEO telah dipraktikkan dalam post kita.
Merah itu tidak baik, hijau itu terbaik.
Oren pula di tengah-tengah.
Kita target warna hijau.
Tapi jika tak dapat, jangan paksa. Warna oren pun sudah mencukupi.
2 Syarat hijau Yoast SEO
Sebelum itu ingin saya tekankan sini:
Warna hijau Yoast SEO BUKANlah lesen pasti dapat ranking dalam Google search.
Ia hanya membantu kita mengaplikasikan SEO dalam post.
Agar tidak ada yang kita terlepas pandang.
Kita lihat balik bahagian Yoast SEO dalam post editor anda:
Semua syarat yang diperlukan untuk mendapatkan warna hijau terletak dalam bahagian ‘SEO analyis‘.
Contohnya, untuk post ini keyword pilihan saya adalah ‘cara menggunakan yoast seo’.
Saya masukkan keyword dalam bahagian ‘Focus keyphrase’, kemudian bila klik pada SEO analyis akan keluar seperti ini:
Sini anda boleh lihat apa yang perlu anda lakukan untuk menjadikan Yoast SEO warna hijau.
Result analysis akan sentiasa berubah-ubah bila anda mula menulis post.
Oleh itu, sentiasa lihat bahagian ini untuk tahu apakah yang perlu anda lakukan.
Antara keperluan (syarat) yang biasanya akan terpapar adalah:
- Keyword perlu ada dalam tajuk post
- Keyword perlu wujud dalam isi post
- Outbound link dan internal link
- Keyphrase (keyword) perlu ada dalam subheading h2 atau h3
- Perlu letak meta description
- Post anda mestilah mempunyai sekurang-kurangnya 300 patah perkataan
- Masukkan keyword dalam alt image
dan seterusnya.
Apa yang diperlukan adalah tidak tetap.
Ia bergantung pada apa yang anda taip/tulis dalam post.
Oleh itu, tidak perlu risau dan teragak-agak sangat.
Teruskan untuk taip masuk post anda seperti biasa.
Kemudian bila siap nanti, barulah balik semula ke bahagian ini untuk lihat apakah cadangan pembaikan yang boleh anda lakukan.
Seterusnya, kita lihat satu persatu keperluan yang biasa muncul dalam ruangan SEO analysis ini.
Mungkin sedikit sebanyak boleh membantu pemahaman anda.
3 Penerangan bahagian SEO Analyis
Seperti yang saya nyatakan tadi, terdapat banyak pelbagai jenis cadangan pembaikan yang dicadangkan oleh Yoast SEO.
Anda boleh lihat mana satu yang berkenaan pada post anda.
Selain itu, anda boleh klik link yang diberikan dalam ruangan SEO analysis Yoast SEO untuk lihat info lanjut.
1. Keyphrase in title
Keyword harus wujud dalam tajuk post anda dan perlu diletakkan pada bahagian hadapan.
Contohnya untuk keyword ‘cara kuruskan badan dengan cepat’.
Tajuk post anda mungkin seperti ini – ‘Bagaimanakah cara kuruskan badan dengan cepat?’
2. Keyphrase in slug
Keyword anda harus ada dalam url.
Selalunya saya akan edit url post sebiji seperti keyword yang saya pilih.
Biasanya dalam wordpress, url post anda akan ikut 100% seperti tajuk post yang anda letak.
Contohnya tajuk post anda adalah ‘Bagaimanakah cara kuruskan badan dengan cepat?’
Url untuk post tersebut akan menjadi seperti ini:
https://www.bloganda.com/bagaimana-cara-kuruskan-badan-dengan-cepat
Sebelum publish post, edit url ini.
(Penting: Jangan edit jika anda sudah publish post tersebut. Ia akan mendatangkan masalah pada post anda.)
Masukkan keyword anda dalam url.
https://www.bloganda.com/cara-kuruskan-badan-dengan-cepat
Anda boleh edit, dengan menekan butang edit disebelah url post anda.
3. Meta description
Apa itu meta description?
Meta description adalah penerangan ringkas tentang post anda.
Ia akan muncul di paparan google search result atau di preview post apabila anda share post di facebook.
Untuk meta description, terdapat 2 perkara yang anda harus lakukan:
- Selitkan keyword anda dalam meta description.
- Pastikan jumlah patah perkataan dalam lingkungan 155 patah perkataan.
Bagaimana edit meta description ini?
Lihat di bahagian Yoast SEO dalam post editor anda, kemudian klik pada ‘Google preview‘:
Taip masuk ringkasan yang mewakili post anda dan jangan lupa selitkan keyword anda.
Jika garis pada bahagian bawah menjadi hijau, bermakna sudah ok.
Sila ambil maklum, keyword boleh dimasukkan secara berasingan dalam meta description.
Tidak semestinya berurutan.
Untuk keyword ‘cara menggunakan yoast seo’, saya masukkan berasingan seperti ini:
Tujuannya untuk menjadikan meta description saya tidak kekok untuk dibaca.
(dan tidak kelihatan seperti memaksa masuk keyword).
4. Keyphrase in introduction
Yoast SEO mencadangkan anda untuk memasukkan keyword dalam bahagian awal post.
Untuk lebih spesifik, masukkan keyword pada perenggan pertama dalam post anda.
Bila anda mula menulis, terus selitkan keyword.
Contohnya untuk post dengan keyword ‘cara kuruskan badan dengan cepat’.
Anda boleh mulakan post anda seperti ini:
Saya kongsikan bagaimana cara kuruskan badan dengan cepat yang membuatkan saya hilang 20kg.
Jika anda tak dapat masukkan dalam perenggan pertama, boleh juga masukkan dalam perenggan kedua.
Cuma pastikan anda mention keyword pada bahagian awal post.
Tujuannya untuk bagi senang pada robot-robot (crawler) engine pencarian.
Robot-robot ini selalunya akan scan post anda untuk cari keyword tersebut.
Bila kita letak pada bahagian awal post, tidaklah susah untuknya scan sampai kebawah untuk cari.
5. Keyphrase density
Seo analysis anda mungkin menyatakan keyword anda dalam post kurang atau terlebih banyak.
Kemudian dia akan nyatakan berapa kali keyword anda patut wujud dalam keseluruhan post.
Penyelesaianya, cuba masukkan keyword anda beberapa kali dalam post.
(atau kurangkan)
Cuma kena pastikan, ‘lokasi’ keyword tersebut tidak janggal kedengaran.
Jangan masukkan secara berturutan, nampak sangat nak cuba sumbat keyword.
Paling mudah letakkan satu pada bahagian awal post, ditengah-tengah dan sebelum anda menutup post.
Kemudian, cuba masukkan juga sinonim kepada keyword tersebut.
Hampir sama tapi lain cara penyampaiannya.
Contoh keyword ‘cara nak kuruskan badan dengan cepat’.
Berdekatan dengan keyword tersebut, selang 1-2 perenggan mungkin boleh masukkan:
‘jadikan badan kurus dalam tempoh masa singkat’ ataupun ‘kurangkan berat badan dengan cepat’.
5. Keyphrase in subheading
Ini maksudnya anda masukkan keyword di dalam tajuk di dalam post anda.
Contohnya untuk post ‘kurangkan badan dengan cepat’ tadi.
Di dalam post, kita pasti akan letak pecahan-pecahan tajuk yang berkaitan.
Contohnya: Cara pemakanan, Cara pengiraan kalori dan sebagainya.
Cuba selitkan keyword dalam tajuk tersebut jika bersesuaian.
Selalunya agak sukar.
Kerana ini akan menjadikan tajuk tersebut kelihatan tak betul.
Contohnya ‘cara pemakanan kurangkan badan dengan cepat’.
Nampak sangat kita nak sumbat keyword.
saya selalunya tidak akan paksa setakat nak masukkan keyword.
Jika tidak sesuai, saya abaikan.
6. Image alt attribute
Yang ini maksudnya kita cuba masukkan keyword dalam ‘alt text’ untuk image.
Sewaktu kita masukkan image (gambar) dalam post, akan muncul paparan seperti ini:
Saya gunakan plugin ‘WordPress classic editor’, oleh itu paparannya kelihatan seperti ini.
Jika anda gunakan block editor, ruangan untuk alt text image kelihatan seperti ini:
Terdapat banyak lagi cadangan-cadangan lain yang mungkin akan dikemukakan oleh Yoast SEO.
Cuma yang diatas ini adalah yang akan selalu anda jumpa.
Diringkaskan, untuk menggunakan sepenuhnya plugin Yoast SEO ini, seboleh-bolehnya kita mahu warna hijau.
Jika warna hijau tak dapat, warna oren pun ok. Elakkan merah.
Akan tetapi, hijau bukanlah lesen penuh untuk anda rangking dalam Google Search.
Tapi sekurang-kurangnya kita cuba untuk menerapkan kesemua SEO yang boleh dalam post kita.
Leave a Reply