Panduan untuk buat blog menjadi tempat anda menulis novel.
Berikut merupakan urutan langkah bagaimana kita boleh jadikan blog sebagai medium untuk terbitkan novel.
- Dapatkan domain dan hosting
- Install WordPress
- Login dan Buat Setting Asas
- Install & Setup Theme
- Mula menulis dan Publish
Tidak perlu lagi susah payah nak cari editor, cetak buku dan segala.
(Mungkin kemudian jika novel kita dapat sambutan baik).
Teruskan membaca jika anda berminat.
1Dapatkan domain & hosting
Untuk memiliki blog, kita kena ada domain dan juga hosting.
Domain adalah nama atau alamat blog kita, contohnya ‘ithmm.com’.
Hosting pula adalah tempat untuk kita simpan semua fail-fail yang digunakan untuk blog tersebut.
Kos untuk domain dan hosting bermula daripada RM100+ setahun.
Bergantung pada tempat dimana anda dapatkan domain dan hosting tersebut.
Saya beli domain dan hosting daripada namecheap.com.
Servis terbaik, customer support 24 jam dan harga berpatutan.
Sebelum anda beli domain dan hosting, tentukan dahulu apakah nama domain pilihan.
Anda boleh lihat post ini sebagai rujukan: Tips pilih nama domain terbaik
Untuk blog jenis novel ini, kita perlu pertimbangkan sama ada kita nak buat untuk:
- Satu tajuk novel sahaja
- Lebih daripada satu tajuk novel
Jika hanya untuk satu tajuk novel sahaja, kita ambil tajuk tersebut sebagai nama domain.
Contohnya, tajuk novel ‘pemburu cinta’, nama domain yang kita mungkin pilih adalah pemburucinta.com atau pc.com.
Jika kita bercadang mahu menulis beberapa tajuk novel yang berlainan, kita mungkin perlu pilih nama domain lain.
Mungkin kita boleh letak nama pena kita sebagai domain.
Untuk pastikan pilihan nama domain tersebut belum diambil oleh orang lain kita boleh periksa melalui halaman https://instantdomainsearch.com.
Taip masuk nama domain pilihan anda, jika berwarna hijau maka domain tersebut masih available dan boleh dimiliki.
Jika sudah pasti dengan nama domain pilihan, anda boleh teruskan untuk beli domain dan seterusnya hosting untuk domain tersebut.
Berikut merupakan panduan jika anda beli domain dan hosting dari namecheap.
Panduan beli domain & hosting dari Namecheap
Jika anda nak beli domain dan hosting dari Namecheap, lawati halaman shared hosting namecheap.
Pilih pakej Stellar.
Dalam paparan seterusnya, pilih ‘New Domain Name’ dan masukkan nama domain pilihan:
Seterusnya klik pada butang ‘Connect to hosting‘.
Siap pilih hosting dan domain, klik pada butang ‘Add to Cart’
Untuk teruskan ke bahagian pembayaran klik pada butang ‘Confirm Order’.
Kemudian kena buat akaun dengan Namecheap, untuk menguruskan domain dan hosting kemudian.
Lepas siap buat akaun, boleh teruskan untuk proses pembayaran domain dan hosting tadi.
Terdapat 3 pilihan cara pembayaran iaitu dengan menggunakan:
- Secure Card Payment – Anda boleh gunakan kad debit atau kredit
- Paypal – Jika anda mempunyai akaun paypal
- Account Funds – Untuk pilihan lain seperti bitcoin
Domain dan hosting anda selalunya akan terus diaktifkan selepas proses pembayaran.
Akan tetapi kadang-kadang kita perlu menunggu seketika untuk proses pengaktifan ini.
(Masa menunggu boleh sampai sehari)
Untuk pastikan domain kita sudah aktif atau tidak, cuba taipkan nama domain dalam pelayar internet.
Jika keluar paparan ‘web not found’ maknanya domain kita belum aktif.
Seterusnya siap beli dan aktif kita akan install WordPress.
2Install WordPress
Untuk install WordPress pertama sekali kita kena akses cpanel.
cpanel kita boleh akses melalui akaun yang kita buat dengan tempat dimana kita beli domain dan juga hosting tadi.
(kita panggil sebagai akaun hosting)
Login masuk ke dalam akaun hosting anda.
Jika anda beli daripada Namecheap, anda boleh log masuk melalui laman namecheap: https://www.namecheap.com/myaccount/login
Kemudian dalam akaun hosting anda, cari pautan untuk akses cpanel.
Lokasi dimana pautan ini berada berbeza, bergantung pada syarikat mana anda beli hosting & domain.
Selalunya terletak dalam bahagian hosting, services atau domain.
Contohnya untuk Namecheap, pautan untuk akses cpanel terletak di dalam menu ‘hosting‘.
Klik pada pautan tersebut untuk akses cpanel anda.
Paparan cpanel kelihatan seperti ini:
Skrol ke bawah sehingga anda jumpa bahagian ‘Softaculous Apps Installer’.
Dalam bahagian tersebut, cari dan klik ikon wordpress:
Apabila paparan berikut keluar, klik pada butang ‘Install now‘.
Seterusnya akan keluar bahagian setting untuk installation wordpress.
Bahagian yang perlu dilengkapkan terbahagi kepada beberapa bahagian seperti:
- Software setup
- Site Settings
- Admin Account
- Choose Language
- Select Plugin
- Advance Options
- Select theme
#1. Software Setup
Pada bahagian ini, kita dikehendaki untuk pilih struktur url dan juga versi wordpress yang nak digunakan.
Saya cadangkan untuk ambil struktur url ‘https://www’ dan juga versi wordpress terbaru yang ada.
#2. Site Settings
Untuk bahagian site setting, kita dikehendaki untuk mengisi nama blog dan juga description pendek:
#3. Admin Account
Buat username dan juga password pilihan anda.
Butir-butir ii digunakan untuk login masuk ke dalam dashboard @ panel admin laman anda kemudian.
#4. Choose Language
Untuk language saya cadangkan kekalkan sahaja setting yang asal – English.
Ini kerana, istilah dalam bahasa english memudahkan kita untuk membuat apa-apa rujukan dekat internet kemudian.
(jika berhadapan dengan apa-apa masalah)
#5. Select Plugin
Untick semua pilihan kecuali classic Editor.
Classic editor ini bagi saya berguna jika blog kita jenis yang banyak text.
Mudah digunakan berbanding block editor.
#6. Advance Options
Untuk bahagian advance options, tidak perlu ubah apa-apa.
biarkan sahaja setting yang asal.
Bahagian ini berkaitan dengan setting database seperti nama dan juga prefix untuk table database.
#7. Select theme
Pilih sahaja mana-mana theme yang ada.
Tak jadi masalah.
Sebab kita akan tukar juga theme ini kemudian kepada theme yang lebih bercirikan ‘kenovelan’.
Siap isi kesemua bahagian, teruskan untuk klik pada butang install.
Jika proses install berjaya, paparan seperti berikut akan muncul.
Dan kita boleh teruskan untuk bahagian seterusnya.
3Login Blog & Buat Setting Asas
Pertama sekali, kita cuba dahulu login masuk ke panel admin blog kita dan buat setting asas.
Untuk login masuk ke panel admin kita boleh gunakan cara berikut.
Taipkan url blog anda dalam pelayar internet yang anda gunakan, kemudian tambahkan ‘/wp-login.php’ pada bahagian akhir url tersebut:
Contohnya untuk ‘www.ithmm.com‘ ia akan menjadi ‘www.ithmm.com/wp-login.php‘
Atau ‘pemburucinta.com‘ tambah menjadi ‘pemburucinta.com/wp-login.php‘
Paparan login seperti berikut akan muncul:
Masukkan username dan pasword anda untuk login.
(yang anda buat masa install wordpress tadi)
Berikut merupakan contoh paparan panel admin blog wordpress yang baru di install:
Mari kita lakukan beberapa perubahan setting asas untuk memudahkan pengurusan blog kemudian hari.
Nota: Pilihan menu terletak di sebelah kiri paparan panel admin blog anda.
1. General Setting
Klik pada menu: Settings > General
Dalam paparan general setting, kita nak pastikan beberapa setting seperti timezone, date format dan juga time format adalah betul dan biasa digunakan oleh pembaca novel kita nanti.
Tukarkan timezone kepada timezone Malaysia.
Klik pada pilihan timezone dan cari pilihan ‘Kuala Lumpur’ di bawah kategori Asia.
Untuk date format dan time format, pilih format yang biasa anda nampak digunakan.
Untuk ‘Week Starts On’, kita pilih ‘Monday’.
Klik pada butang ‘Save Changes’ untuk simpan tetapan.
2. Discussion Settings
Klik pada menu: Settings > Discussion
Terdapat beberapa bahagian yang kita nak ubah dekat setting ini.
Dalam bahagian ‘Default post setting‘ silakan untuk ‘untick’ box seperti ini:
Tujuannya adalah untuk tidak menyemakkan ruangan komen dengan signal pingback dan paling penting sekali mengurangkan proses background agar operasi server lebih lancar.
Selanjutnya pada bahagian ‘Before comment appears‘ tukarkan setting kepada berikut:
Ini untuk memastikan kita mempunyai control penuh terhadap apa-apa komen yang diberikan dalam blog kita.
Selain daripada yang dinyatakan di atas, setting lain dalam bahagian ini biarkan sahaja yang asal.
Klik pada butang ‘Save Changes’ untuk simpan tetapan.
3. Permalink Setting
Klik pada menu: Setting > permalink
Tukarkan Permalink setting kepada jenis ‘Post name’
Struktur permalink (struktur url) ini mudah untuk dibaca, kelihatan lebih profesional dan baik untuk SEO.
Jangan lupa klik pada butang ‘Save Changes’ dekat bawah untuk simpan tetapan.
4. Install Plugin Classic Editor
(Jika anda terlepas pandang untuk tick bahagian classic editor sewaktu install proses install wordpress)
Plugin ini menukarkan paparan editor untuk buat page / post lebih ringkas dan mudah untuk digunakan.
Memudahkan jika kita memang biasa menggunakan perisian taip menaip seperti microsoft words.
Untuk install plugin, klik pada menu: Plugins > Add New
Kemudian, dalam ruangan search taipkan ‘ Classic Editor’.
Install dan activate plugin.
(Butang akan tertulis ‘installed’ jika classic editor sudah ada dalam laman web anda)
Paparan editor akan menjadi seperti ini dengan plugin ini:
Mudah untuk difahamai, senang untuk menguruskan dan pilihan-pilihan penting seperti bold text, list, butang save, semuanya jelas kelihatan.
Tanpa plugin ini, paparan editor adalah seperti ini:
Kita pergi ke bahagian seterusnya.
4Install dan Setup Theme
Untuk blog jenis novel kita mahukan theme yang:
- Simple @ ringkas.
- Memudahkan pembacaan.
- Sesuai untuk paparan mobile / desktop
Kita mahu paparan yang senang untuk dibaca, mudah difahami strukturnya dan senang untuk navigasi.
Tidak perlu theme yang berlebihan rekabentuk dan fungsinya.
Dalam post ini saya gunakan theme ‘Hive lite‘
Saya cadangkan guna yang ini. Ringkas, kemas dan bersih.
Untuk install theme, kita perlu masuk ke dalam panel admin blog kita.
Kemudian daripada menu yang tertera di sebelah kiri, pilih menu: Appearance > Themes
Klik butang ‘Add New’ yang terletak di sebelah atas, taipkan nama theme ‘Hive lite’ dalam ruangan carian yang disediakan.
Jika anda nak cuba theme lain pastikan ia mempunyai ciri-ciri yang dinyatakan diatas.
Paling mudah klik pada pilihan ‘Featured Filter’ dalam paparan Add theme, kemudian tik pada pilihan ‘blog’ dan ‘news’ dalam bahagian subject.
Teruskan untuk install dan activate theme pilihan.
Selepas activate, kita kena buat:
- Page penting
- Cara buat & susun kategori
- Cara buat & susun menu
- Cara buat & susun widget
- Theme customization
Kita lihat satu persatu.
1. Page / Halaman penting
Untuk blog jenis novel saya cadangkan kita sediakan asas halaman seperti:
- Tentang saya
- Hubungi
- Dasar Privasi
- Penafian
Ini adalah standard biasa untuk semua laman web.
Boleh rujuk post halaman penting dalam blog untuk cara buat setiap page ini.
Untuk halaman utama/front page saya cadangkan biarkan sahaja setting wordpress yang asal, iaitu setiap post terbaru akan disenaraikan dalam halaman utaman.
(tidak perlu buat secara manual halaman utama)
Bagaimana cara untuk buat page?
Dalam pilihan menu, klik pada menu: Pages > Add New.
Setelah siap setiap page klik pada butang ‘publish’.
2. Cara buat & susun kategori
Dalam blog jenis novel, cara terbaik buat kategori adalah berdasarkan tajuk novel yang anda buat.
Satu novel, satu kategori.
Setiap chapter yang kita buat akan dikumpulkan dalam kategori berkaitan.
Dan hanya wujudkan kategori jika anda sudah mula menulis novel tersebut.
Contohnya untuk ‘Pemburu Cinta’ ini saya bercadang nak buat 3 novel berbeza. Kategorinya seperti berikut:
- Kategori 1: Pemburu Cinta.
- Kategori 2: Pemburu Cinta – Dendam.
- Kategori 3: Pemburu Cinta – Kisah Silam
Dan sudah pasti saya tak akan wujudkan kategori 2 & 3 wujud selagi kategori 1 belum selesai.
Melainkan anda menulis beberapa novel dalam masa yang sama.
Untuk buat kategori klik pada menu: Post > Categories.
Dalam ruangan ‘Add New Category’, masukkan nama novel anda dalam ruangan name dan sedikit ringkasan dalam ruangan description.
ruangan slug biarkan kosong, ia akan dibuat secara automatik berdasarkan nama kategori anda.
Jangan lupa klik pada butang ‘Add New Kategori’ untuk simpan kategori anda.
3. Cara buat & susun menu
Jika blog novel anda mempunyai satu novel saja anda boleh buat menu seperti ini:
- Baca novel
- Tentang penulis
- Hubungi
Bila anda sudah mempunyai lebih daripada satu novel yang ditulis kemudian bolehlah buang @ asingkan tentang penulis dan hubungi daripada menu tersebut dan buat menu seperti berikut:
- Pemburu Cinta.
- Pemburu Cinta – Dendam.
- Pemburu Cinta – Kisah Silam
Dalam blog novel menu akan kelihatan seperti ini:
Untuk buat menu klik pada: Appearance > Menus
Pertama sekali masukkan apa-apa nama menu dalam ruangan ‘menu name’.
Kemudian dalam bahagian Menu setting, tik pada pilihan ‘primary menu’
Kemudian klik pada butang ‘Create menu’
Selepas anda klik pada butang ‘create menu’ barulah bahagian ‘Add menu items’ boleh diakses.
Pertama sekali kita masukkan kategori novel dan seterusnya pages pilihan dalam menu.
Tik kemudian add to menu:
Kita boleh juga ubah nama yang sedia ada dalam menu structure:
Setelah siap menguruskan menu, jangan lupa untuk klik pada butang ‘Save menu’ untuk simpan tetapan anda.
Menu akan muncul dalam blog novel anda.
Seterusnya, setting untuk widget.
4. Cara buat & susun widget
Widget adalah paparan tambahan yang kita letakkan pada bahagian tepi atau bahagian bawah content utama dalam laman web.
Untuk blog jenis novel, widget penting adalah widget yang memaparkan chapter novel yang sebelumnya seperti berikut:
Ini untuk memudahkan para pembaca.
Pembaca tidak terhenti disitu sahaja.
Untuk membuat widget seperti ini, pertama sekali, saya cadangkan kita install dahulu plugins yang dipanggil ‘Classic Widget’.
Pergi menu Plugins, add new plugin dan taipkan nama ‘Classic Widget’ dalam ruangan pencarian.
Plugin ini memudahkan untuk kita menguruskan widget.
Teruskan install dan activate.
Seterusnya, install juga plugin ‘Recent Posts Widget With Thumbnails’
Plugin ini berfungsi untuk memaparkan post (chapter) berkaitan dalam novel yang sama.
Teruskan untuk install dan activate.
Seterusnya, klik pada menu: Appearance > Widget
Dalam ruangan Available Widget, cari ‘Recent Post with Thumnails’, klik tahan dan tarik masuk ke ruangan sidebar di sebelah kanan.
(boleh juga klik pada widget tersebut, tik pada sidebar dan klik pada butang add widget)
Setelah widget tersebut berada dalam sidebar, klik widget tersebut untuk memaparkan setting.
Kita buat setting untuk:
Title for widget: Terdahulu dalam [Nama novel anda]
Number of post to show: Bagi masuk jumlah chapter dalam novel
Tik pada ‘do not show current post’
Filter by category: pilih novel anda
Thumbnail settings: Width of thumbnail 85, height of thumbnail kosongkan, tik pada use aspect ratio original image.
Setting yang lain kita biarkan sahaja yang asal. Jangan lupa klik pada butang save.
Contoh setting adalah seperti berikut (agak panjang gambarnya):
Anda boleh masukkan widget-widget lain selepas widget ini, mengikut kesesuaian @ pilihan sendiri.
5. Theme customization
Dan akhir sekali, barulah kita buat theme customization.
Bahagian theme customization boleh diakses melalui menu: Appearance > Customize
Paparan bahagian customization adalah seperti ini:
Pilihan untuk customize terletak di sebelah kiri dan sebarang perubahan boleh dilihat secara langsung di sebelah kanan.
Pilihan untuk customize adalah berbeza bergantung pada theme yang anda pilih.
Contohnya untuk theme ‘hive lite’ ini, pilihan customizenya sangat ringkas, hanya untuk masukkan logo sahaja (site identity).
(Dalam bahagian site identity anda boleh pilih untuk paparkan text nama novel blog atau tidak).
Jika anda nak buat logo, boleh gunakan aplikasi online canva.com.
Jika anda gunakan theme ‘hive lite’, copy kod dekat bawah ini dan letak di dalam bahagian Additional CSS dalam customization.
.custom-logo { max-width: 250px; } .site-branding { margin-top: 1em; margin-bottom: 1em; }
Kod diatas tujuannya untuk mengubah agar bahagian logo tidak terlalu besar. Hanya boleh digunapakai untuk theme ‘hive lite’
5Mula menulis dan Publish
Siap semua yang dinyatakan diatas anda sudah boleh mula untuk menulis novel.
Kita akan gunakan post untuk setiap chapter novel yang ditaip.
Pergi ke menu: Posts > Add New.
Paparan berikut akan muncul:
Kita bagi tajuk, contohnya bab 1 dan sebagainya, kemudian mula menaip dekat bawah.
Biasanya kita akan buat 1 post untuk satu chapter.
Contohnya novel pemburu cinta mempunyai 12 chapter – akan ada 12 post.
Kemudian kita akan kategorikan semua post tersebut dalam kategori yang dibuat tadi – pemburu cinta.
Dekat atas tempat kita menaip tu terdapat beberapa pilihan yang mudah untuk difahami seperti pilihan untuk bold, italic, underline dan sebagainya.
Disebelah kiri pula kita akan lihat butang untuk save, preview atau publish novel yang kita taipkan.
Sebelum publish jangan lupa untuk setkan kategori dan juga featured image.
Semoga post cara membuat blog novel ini dapat bermanfaat bagi anda yang ingin menulis novel secara online!
Jika terdapat sebarang pertanyaan berkenaan bahagian teknikal boleh nyatakan dalam ruangan komen dibawah.
Leave a Reply