Penerangan ringkas dan mudah difahami berkenan dengan apa itu SEO untuk blogger.
Sebagai seorang blogger lambat laun anda akan sampai juga ke soalan ini.
Apa itu SEO?
Apakah kepentingannya? Perlukah saya belajar? Bagaimana?
Dan seterusnya.
Dalam post ini, kita lihat apa itu SEO serta kepentingannya untuk pemahaman awal anda.
Antara topik yang akan kita lihat adalah:
Kandungan: Apa itu SEO
- Apa yang dimaksudkan dengan SEO
- Bagaimanakah Cara SEO berfungsi
- Kenapa SEO penting untuk Blogger
- Bagaimana cara nak belajar SEO
Teruskan membaca.
Apa yang dimaksudkan dengan SEO
SEO ada singkatan daripada perkataan ‘Search Engine Optimization‘.
Ia adalah proses yang membolehkan laman kita muncul dalam senarai hasil carian bagi keyword (kata kunci) tertentu di ‘search engine’ seperti Google atau Bing.
Contohnya, saya ada menulis post bertajuk ‘Cara buat blog Sendiri dengan Mudah’.
Dengan mengaplikasikan SEO dalam post tersebut, ia akan muncul di dalam Google search setiap kali pengguna mencari maklumat berkenaan ‘cara buat blog’.
Dengan SEO, post-post kita tersenarai dalam hasil carian search engine dan kita berpeluang untuk mendapatkan lebih banyak lawatan/trafik) ke blog.
Sebagai blogger, jika kita mahu menambah trafik ke blog, kena belajar juga tentang SEO.
Bagaimanakah Cara SEO berfungsi
Untuk kita tahu bagaimana cara SEO berfungsi kita kena faham dahulu berkenaan search engine.
Search engine adalah aplikasi yang kita gunakan untuk mencari sesuatu dalam internet.
Contoh search engine yang biasa kita gunakan adalah Google.
Selain google ada beberapa lagi search engine lain contohnya Bing, Yahoo, Baidu dan seterusnya.
Bagaimana search engine berfungsi?
Oleh kerana hampir semua orang menggunakan Google, kita ambil Google sebagai contoh.
Google menggunakan bots yang dipanggil Googlebots untuk menjelajahi dunia internet.
Googlebots adalah set program yang dibuat khas untuk tugas ini.
Googlebots akan berjalan daripada satu laman ke laman yang lain untuk mengumpulkan maklumat berkenaan laman tersebut.
Ia kemudiannya menyusun maklumat tersebut dalam bentuk senarai ataupun index.
Seterusnya, masuklah tukang analisis yang dinamakan sebagai ‘Google algorithm‘.
Google algorithm akan menganalisis setiap laman yang tersenarai dalam index tadi berdasarkan ratusan perkara yang dipanggil ‘rangking factors’ ataupun signal.
Berdasarkan ‘ranking factors’ ini, Google algorithm akan menentukan dimanakah kedudukan laman yang tersenarai dalam index tadi akan berada dalam hasil carian apabila carian dibuat oleh pengguna Google.
Ok, balik kepada soalan asal kita:
Bagaimanakah cara SEO berfungsi?
Kita tahu dalam search engine terdapat algorithm yang bertanggjungjawab menentukan dimana kedudukan laman kita dalam hasil carian search engine.
Dan kita tahu juga algorithm ini menggunakan perkara yang dipanggil ‘ranking factors’ untuk menentukan kedudukan tersebut.
Apa yang kita harus buat adalah mengenalpasti apakah ‘ranking factors’ tersebut dan memastikan ia wujud dalam laman kita.
Beginilah cara SEO berfungsi.
SEO = Search Engine Optimization.
Kita buat laman kita (post/page) dalam keadaan yang paling optimum @ terbaik untuk search engine.
Kita pastikan ‘ranking factors’ yang berkenaan wujud dalam post/page kita agar lebih mudah untuk difahami oleh search engine.
Dan apabila carian google dibuat oleh pengguna berkenaan dengan post/page yang kita tulis, kita berpeluang untuk tampil sebagai hasil carian yang paling sesuai berdasarkan hasil analisis algorithm.
Apa itu ‘ranking factors’ @ signal?
Ranking factors adalah perkara yang dilihat oleh search engine untuk menentukan kedudukan post/page anda dalam keputusan search engine.
Adakah post anda berada dalam ranking pertama? atau pun jauh kebelakang dalam keputusan search engine.
Terdapat ratusan ranking factors.
Terdapat pakar SEO yang menyatakan bahawa setakat ini mereka sudah menemui lebih 200 ranking factors tersebut.
Terlalu banyak.
(saya pun tidak pernah tahu apakah ratusan ranking factors tersebut)
Tapi jangan bimbang, kita tidak perlu penuhi kesemuanya.
Anda boleh lihat juga jadual yang dipanggil ‘Periodic Table of SEO‘ ini sebagai rujukan:
Untuk versi yang lebih terang pdf anda boleh download dari sini: Periodic Table of SEO – searchengineland.com
Kenapa SEO penting untuk Blogger
Ringkasnya, SEO penting untuk trafik @ lawatan ke blog kita.
Dan sebagai blogger, kita tahu trafik mempengaruhi ‘income’ yang kita akan dapat.
Bila kita SEO blog kita baik, bila SEO dalam post kita baik, kita berpeluang untuk mendapat trafik percuma daripada search engine.
Trafik ini dipanggil sebagai ‘Organic trafik’.
Dan jika kita lihat, lebih daripada 80% daripada trafik blog kita adalah ‘organik trafik’
Trafik yang datang dari search engine, terutamanya Google.
Organik trafik sangat membantu untuk perkembangan blog dalam jangka masa panjang.
Ia memberikan kita sumber trafik yang konsisten setiap hari.
Tidak dinafikan terdapat cara lain untuk mendapatkan trafik seperti trafik berbayar, rujukan, perkongsian media sosial, email dan sebagainya.
Tapi semua ini saya pasti dalam jangka masa panjang tidak mampu bertanding dengan sumber trafik organik.
Kita ambil contoh trafik daripada media sosial.
Mungkin salah satu post kita menjadi viral, jumlah share dan like di facebook melonjak tinggi.
Jumlah trafik @ view laman tiba-tiba melambung naik ribu-ribu.
Berapa lama boleh bertahan?
Lepas 3-4 hari ia akan jatuh ditelan zaman.
Keadaan ini amat berbeza dengan organik trafik.
Jika anda berjaya hasilkan post yang berkualiti dan lengkap dengan SEO yang baik, post anda akan perlahan-lahan naik dalam ranking search enjin.
Begitu juga dengan trafik untuk post tersebut.
Jika anda berjaya dapatkan ranking no 1 dalam search engine seperti Google, 70% organik trafik adalah milik anda.
(pengguna akan sentiasa klik pada keputusan no 1)
Dan jika anda sentiasa maintain dan update post tersebut, adalah agak sukar untuk ranking tersebut jatuh.
Jatuh pun paling-paling pergi ke no 2 atau 3.
Oleh itu, kenapa SEO penting untuk Blogger?
Untuk sumber trafik yang konsisten dan untuk perkembangan keseluruhan blog.
Bagaimana cara nak belajar SEO
Cara terbaik untuk belajar SEO adalah secara praktikal.
Saya tidak akan pergi mendalam untuk setiap ranking factors di sini.
(saya akan buat dalam post berasingan)
Pertama sekali kita kena belajar dan fahami tentang:
- On Page SEO
- Off Page SEO
- SEO Violation
Dan antara ketiga-tiga kategori ini, hanya 2 sahaja yang kita boleh kawal secara langsung iaitu: On page SEO dan juga SEO violations.
Jika kita kita dapat kuasai 2 kategori ini, secara tidak langsung Off Page SEO kita juga akan bertambah baik.
Selepas anda baca dan faham sedikit berkenaan On Page SEO dan juga SEO violations ini, cuba praktikkan dalam post anda.
Untuk memudahkan, saya cadangkan anda install dan gunakan plugin: Yoast SEO
Anda boleh baca juga cara guna yoast SEO dalam post.
Plugin ini memudahkan anda untuk memastikan SEO dilakukan dengan baik dalam post.
Tapi, kena faham dahulu tentang SEO sebelum guna plugin ini, barulah anda tahu dan faham setiap cadangan yang diberikan oleh plugin ini.
Konsep SEO akan sentiasa berubah mengikut penemuan baru dan juga trend pencarian semasa oleh pengguna search engine.
Tidak mustahil apa yang kita fahami tentang SEO sekarang mungkin tidak lagi boleh dipakai pada masa hadapan.
Oleh itu kita kena sentiasa membaca dan belajar.
Kongsikan jika post ini bermanfaat pada anda!
Leave a Reply