Cara untuk update PHP wordpress melalui cPanel (shared hosting).
Bila anda login masuk ke dashboard wordpress, terpapar notis seperti ini:
‘PHP Update Recommended‘ atau ‘PHP Update Required‘.
Dalam post ini kita lihat bagaimana cara update php wordpress langkah demi langkah.
Disertakan gambar sebagai rujukan.
Sebelum itu, kita lihat secara ringkas kenapa kita perlu update PHP.
Kenapa Perlu Update PHP?
PHP adalah ringkasan bagi PHP:Hypertext Preprocessor. Ia adalah program yang digunakan untuk membuat WordPress.
Setiap versi PHP mempunyai life-cycle selama 3 tahun daripada tarikh rasmi ia dikeluarkan.
Untuk 2 tahun pertama, bantuan penuh akan diberikan untuk sebarang masalah.
Untuk tahun ke 3, hanya isu kritikal sahaja yang akan diambil kira.
Contohnya, kebanyakkan shared hosting (mungkin termasuk yang anda gunakan sekarang), menggunakan PHP versi 7.2.
Kalau diikutkan kitaran hidupnya, versi 7.2 ini sudah mati dan tidak akan mendapat bantuan lagi.
Anda boleh lihat senarai versi yang disokong disini: PHP supported version.
Paling nak di elakkan bila para pengondam menjumpai lubang tikus yang boleh digunakan dalam versi php yang sudah tamat life-cyclenya ini.
Oleh kerana bantuan tidak lagi diberikan maka lubang ini akan kekal selamanya pada versi tersebut.
Sebab itulah kita kena update jika wordpress kita masih menggunakan versi php yang lama.
Diringkaskan kenapa kita perlu update PHP:
- Untuk keselamatan website
- Untuk website lebih laju
- Terdapat fungsi baru dan penambahbaikan
- Sesetengah plugin memerlukan php terbaru untuk berfungsi
Oleh itu, jika terdapat notifikasi untuk update php, sila lakukan…
Cara untuk Update PHP WordPress
Berikut urutan langkah cara update PHP melalui cPanel.
Disertakan gambar sebagai rujukan.
1 Akses akaun cPanel
Kita boleh akses cPanel untuk laman yang terlibat melalui 2 cara:
- Melalui link dalam akaun hosting
- Dengan menambah ‘/cpanel’ pada bahagian akhir url/domain utama
Anda boleh gunakan salah satu mengikut kesesuaian / maklumat yang anda simpan.
1. Melalui link dalam akaun hosting
Untuk cara ini, anda hanya perlu login ke dalam akaun hosting, kemudian cari pautan untuk pergi ke cPanel.
Lokasi pautan untuk akses ke cPanel mungkin berbeza bergantung pada syarikat hosting yang anda gunakan.
Contohnya jika anda gunakan namecheap, pautan ke cPanel terletak dalam menu ‘Hosting‘:
Untuk syarikat selain Namecheap, pautan untuk ke cPanel sepatutnya berada di kawasan yang sama iaitu bahagian ‘Hosting’.
(Kadang-kadang kena right-click dekat senarai domain untuk lihat pautan tersebut)
2. Dengan menambah ‘/cpanel’ pada bahagian akhir url/domain utama
Anda boleh juga terusk masuk ke cPanel tanpa melalui akaun hosting.
Caranya hanya perlu tambahkan ‘/cpanel’ pada bahagian akhir domain yang terlibat.
Contohnya:
https://www.ithmm.com akan menjadi https://www.ithmm.com/cpanel
Taipkan struktur url tersebut dalam ruangan addresses di browser yang anda gunakan dan enter.
Paparan login ke cPanel akan muncul seperti berikut:
Selanjutnya, hanya perlu masukkan username dan password untuk cPanel anda.
Butir-butir login ini sepatutnya ada dalam simpanan anda.
Selalunya ia akan di kirimkan ke email yang anda gunakan untuk membeli domain dan hosting wbesite.
Boleh cuba periksa dalam inbox email anda.
Bila login ke cPanel berjaya, kita teruskan ke langkah berikut:
2 Cari pilihan ‘Select PHP version’
Paparan cPanel kelihatan seperti ini:
Dalam cPanel, kita kena cari pilihan ‘Select PHP Version‘.
Bergantung pada syarikat hosting, kadang-kadang pilihan ini sudah diletakkan pada bahagian atas untuk menyenangkan pengguna:
Jika tidak ada, cuba skroll ke bawah sehingga anda nampak bahagian ‘Software‘.
Pilihan ‘Select PHP Version‘ sepatutnya berada di bawah bahagian ‘Software’.
Teruskan untuk klik pada ‘Select PHP Version‘.
3 Update PHP Version
Berikut merupakan paparan di dalam bahagian ‘Select PHP Version‘.
Untuk update php wordpress anda, klik pada nombor versi php terkini:
Kemudian daripada pilihan dropdown yang diberikan pilih versi php yang paling baru yang ada dalam pilihan:
Versi php yang masih belum berakhir life-cyclenya ketika post ini dibuat adalah versi 7.4 dan ke atas.
Disarankan untuk update ke versi sekurang-kurangnya php 7.4.
Selanjutnya klik pada ‘Set as current‘ untuk tetapkan dan simpan versi php pilihan anda.
Dan anda sudah berjaya untuk update php wordpress anda.
Boleh cuba masuk ke dalam dashboard wordpress anda untuk pastikan.
Sepatutnya paparan notifkasi ‘PHP Update Recommended / Required’ sudah hilang.
Masalah yang mungkin timbul
Terdapat 2 kemungkinan masalah yang mungkin timbul:
- Kita tidak boleh tetapkan pilihan versi php
- Pilihan php terkini 7.4 tiada dalam senarai
Untuk kedua-dua masalah ini, penyelesaianya cuma 1 – kena hubungi customer support untuk syarikat hosting anda.
Adalah tanggungjawab bagi syarikat hosting untuk memastikan servis yang disediakan oleh mereka selamat.
Dalam kes ini, mereka perlu menyediakan versi php terkini atau versi yang kitaran hidupnya masih belum tamat pada pengguna servis.
Pengalaman saya, selalunya keadaan ini akan dihadapi jika kita ambil servis daripada reseller – penjual semula servis hosting.
Dipendekkan cerita, jika ada masalah seperti diatas, jangan ragu-ragu untuk klik pada butang ‘contact support‘.
Semoga post cara update php wordpress dapat membantu anda.
Kongsikan jika bermanfaat!
Leave a Reply