Untuk menjawab persoalan anda berkenaan kesahihan Program Affiliate Lazada
#Dikemaskini setakat: Ogos 2019.
SOALAN:
Affiliate Lazada ni benar atau penipu?
JAWAPAN:
Program Affiliate Lazada BUKAN penipu. Ia adalah program affiliate yang 100% sah, diurus oleh team Lazada sendiri, dan yang paling penting – Ia MEMBAYAR komisen yang dijanjikan.
(Nota: Lazada TIDAK membayar saya untuk post ini)
Sebelum ini saya ada membuat post berkenaan Lazada Affiliate Program dan menerima banyak soalan ini.
Jawapan saya seperti diatas.
Oleh itu sebagai affiliate Lazada (atau berminat nak jadi), jangan risau, usaha anda pasti tak sia-sia.
Program ini memang ada gangguan sedikit tahun lalu (2018) disebabkan oleh penambahbaikan sistem dan mungkin kekurangan staff.
Tetapi masalah tersebut telah selesai dan pembayaran komisen kembali lancar.
Pengalaman saya sebagai Affiliate Lazada
Saya mula menjadi affiliate Lazada awal tahun 2018 sebagai tambahan kepada program affiliate yang sudah sedia saya sertai.
Saya gunakan affiliate lazada untuk jadikan post saya lebih infomatif dan jika bernasib baik mungkin menerima komisen.
Beberapa bulan kemudian, ia mula menunjukkan hasil. Ada conversion.
Saya masih ingat ketika menerima bayaran pertama daripada Lazada berjumlah RM184.81.
Mungkin bukan jumlah yang besar, tapi cukup untuk membuktikan program ini bukan program penipu.
Kemudian, saya menjadi bertambah aktif, jumlah conversion menjadi banyak. Pembaca gembira, Lazada gembira dan saya pun gembira.
Strategi utama saya adalah dengan menggunakan deeplink. Link dalam perkataan.
Saya menggunakan strategi ini dengan aktif tapi masih berpatutan di beberapa blog lain (termasuk ithmm) yang mana contentnya berpatutan dan sesuai diletakkan link affiliate.
Kemudian jika tak silap saya dalam bulan September 2018, Program Affiliate ini sedikit tergendala disebabkan oleh ‘pindah sistem’.
Pembayaran pun turut ikut tergendala. Begitu juga dengan pendaftaran ahli baru.
Saya mula sedikit risau. Ditambah lagi apabila satu persatu staff Lazada bahagian affiliate ni berhenti kerja @ berpindah ke syarikat lain.
Kesangsian mula timbul dikalangan ahli affiliate Lazada bila team Lazada tidak membalas sebarang email dan tidak ada apa-apa infomasi @ update diberikan dalam page facebook mereka.
Termasuklah saya.
Tapi nak buat apa? Jika memang keputusan Lazada nak stop program affiliate ini, saya atau member affiliate yang lain terpaksa akur…
Tapi nampaknya program affiliate masih belum tamat.
Setelah sekian lama pihak affiliate Lazada ‘mendiamkan diri’ akhirnya muncul post pertama dalam group facebook mereka yang menyatakan kemasukkan staff baru!
Ini menghidupkan lagi semarak dikalangan ahli affiliate Lazada yang bertahan.
Dan segalanya berjalan lancar sehinggalah ketika saya menulis post ini.
Bukti pembayaran komisen Lazada
Kalau sekadar kata program affiliate Lazada ni bukan penipu, tidak sah kalau tidak ada bukti.
Saya ambil contoh daripada akaun saya sendiri untuk dikongsikan.
Bukti rekod conversion
Dalam panel ahli affiliate lazada terdapat bahagian yang dikenali sebagai Conversion Report dimana anda boleh lihat conversion harian yang berjaya hasil daripada link affiliate anda.
Report tersebut boleh dieksport keluar untuk menyenangkan anda melihatnya (dalam bentuk fail excel):
Bukti pembayaran
Dan yang paling penting sekali adalah pembayaran – Bukti pembayaran komisen daripada pihak Lazada.
Berikut merupakan 2 pembayaran terbaru yang saya terima:
Sekali lagi, mungkin tak banyak. Tapi berpotensi.
Lagi banyak anda usaha lagi banyak komisen yang anda dapat.
Infomasi berkaitan untuk program affiliate Lazada
Berikut merupakan beberapa pautan yang mungkin berguna pada anda:
- Panduan Lengkap Affiliate Lazada – Cara daftar, buat link. Panduan untuk bermula.
- Pembuat / Penjana Deeplink Lazada – Memudahkan anda membuat deeplink.
- Group facebook Affiliate Lazada Malaysia – Memudahkan komunikasi antara sesama member dan juga staff Lazada.
Sekali lagi, Program Affiliate Lazada ini boleh dipercayai dan bukan penipu setakat Ogos 2019.
Kongsikan post ini jika ia bermanfaat pada anda!
[mailerlite_form form_id=2]
may says
Lazada Tipu. Never reply email and do any payment. [email protected] not replying any email/ customer service also couldnt reach them. dont waste your time to send traffic to their website. is scam. lazada penipu. Latest update 9may2020.
B.L. Joseph says
Are you sure? Lazada never fail to pay me though… If your claim really true, then maybe there some kind of mistake. First of all, their working time might be limited during MCO. How do you promote Lazada btw? Can share url? I’m not Lazada but maybe i can help as fellow affiliator.
Elijah Nyson Tham says
Mungkin ada Affiliate Marketing lain yang meniupu pakai nama Lazada, saya baru kena hari ini. Sebab step yg disuruh tak pakai deeplink pun. They ask to do advance payment to e-merchant and they refund back money with 8% commission.
First they ask me to advance payment a usb cable for rm59. Later on they refunded me back rm63.72. So macam legit lah. Then Rm199 Pillow I got refunded back rm214.92 Still legit.
Then the price suddenly go up have to buy rm1588 washing machine and some other stuff, so the commission is higher. Then they start to make excuses I’m not giving the right amount and freeze my refund. Then I have to buy another TV for rm2.7k to get all my refund back. That’s when i stop. i already lost rm2524. I hope the true Lazada Affiliate Program will take note of this issue..
noor says
i had the same thing on 3rd of May 2021
M says
Same . Baru kena 30/11/2021 . Hari ni start , hari ni kena , hari ni juga report polis .
Pc says
I joined as lazada affiliate since March. I also haven’t got their payment. Anyone can help me?
B.L. Joseph says
I think it need more time..March is too recent. Lazada payment made on every friday. Try to check inside your adsense lazada panel. Under menu Payment > Monthly income. Under the monthly income approved, if there is any ‘to be paid’ income, expect to received it on this coming friday.
Pc says
Thank you. I think I spoke too fast. I received Lazada payment this morning.