Memang boleh buat duit.
Disini saya kumpulkan cara buat duit dengan blog yang memang berhasil.
Jika anda memiliki blog, boleh mula buat.
Jika anda bercadang untuk membuat blog boleh rujuk post ini: Cara buat blog (untuk pemula).
Senarai idea buat duit dengan blog
Anda boleh cuba satu persatu dan lihat mana yang berkesan untuk anda.
Kemudian fokus pada mana-mana cara yang mendatangkan hasil tersebut.
Jaminan saya, jika saya boleh lakukan, anda juga boleh.
☕Cuba beberapa atau semua cara, ambil masa untuk lihat prestasi, analisis keputusan dan fokus kepada yang mendatangkan hasil.
1 Display Ads
Display ads atau iklan adalah cara buat duit yang stabil dan berkadar langsung dengan naik turun trafik ke blog anda.
Maksudnya, beza pendapatan bulanan daripada display ads ini tidak akan jauh berbeza jika lawatan ke laman anda kekal.
Contoh display ads adalah seperti berikut:
Semakin tinggi lawatan pengunjung (trafik) ke blog anda semakin tinggi jugalah pendapatan daripada display ads ini.
Terdapat beberapa pilihan display ads yang boleh anda sertai seperti:
- Google Adsense
- Mediavine
- Ezoic
- MGID Advertisement
Nak pilih mana satu?
Berikut panduan yang boleh anda gunakan:
1. Google Adsense
Google Adsense adalah program terbesar dan paling banyak digunakan.
Banyak syarikat beriklan dengan Google, tidak perlu risau tentang paparan iklan tidak sesuai dengan blog anda.
Proses untuk setup juga agak mudah, boleh guna plugin untuk blog wordpress.
Saya gunakan Google Adsense untuk majoriti blog saya.
Kadar pendapatan lebih kurang USD2-4 bagi setiap 1000 view.
(bergantung juga dengan niche blog)
Dengan syarat, blog kenalah aktif.
Tetapi, jika blog anda semakin maju dan trafik meningkat, mungkin boleh tukar ke program lain.
Kerana, jika dibuat perbandingan dikalangan blog bertrafik tinggi, kadar pendapatan Google Adsense agak rendah.
Ditambah pula pilihan untuk memilih jenis ads agak terbatas.
Namun, secara keseluruhan bagi saya Google Adsense adalah pilihan paling selamat dan seimbang.
Berikut tips yang anda boleh gunakan agar mudah lulus Google Adsense:
- Pastikan page penting ada. Sila rujuk: Halaman penting dalam blog
- Pastikan blog anda mempunyai sekurang-kurangnya 20 post berkualiti
- Jika blog masih baru usahakan dahulu sehingga berusia 2-3 bulan
- Pastikan tiada post atau page kosong dalam blog anda
anda boleh memohon Google Adsense melalui pautan ini: https://adsense.google.com/start/
2. Mediavine
Untuk blog yang sudah lama dan mempunyai jumlah lawatan harian yang tinggi, Mediavine adalah pilihan terbaik.
Ia adalah program yang menawarkan pendapatan display ads yang lumayan.
Namun, proses untuk mendapat kelulusan agak ketat berbanding Google Adsense.
Saranan saya, selepas anda semakin mahir blogging, trafik semakin tinggi, bolehlah bertukar ke program ini.
3. Ezoic
Jika anda sukar untuk mendapat kelulusan Google Adsense, Ezoic adalah pilihan seterusnya.
Kadar kelulusannya agak tinggi berbanding Google Adsense.
Agak sesuai untuk yang baru bermula dan mempunyai trafik yang rendah.
Jumlah minimum payout juga rendah, USD35. Berbanding Google Adsense USD100.
Apabila jumlah terkumpul sampai atau melebihi USD35 bayaran akan dibuat pada anda.
4. MGID Advertisement
Program pilihan terakhir untuk Ads Display jika anda gagal untuk lulus kesemua pilihan diatas.
Kadar bayaran iklan agak rendah berbanding yang lain. Tetapi jika tak ada pilihan, lagi baik daripada tak dapat apa-apa bukan?
Secara keseluruhannya, pilihan program display ads yang dinyatakan diatas boleh diringkaskan seperti berikut:
- Google AdSense – Paling popular, pilihan utama.
- Mediavine – Bayaran tinggi, untuk blog trafik tinggi.
- Ezoic – Untuk blogger baru, jika gagal Google Adsense.
- MGID – Jika tiada pilihan lain.
2 Program Affiliate
Program affiliate adalah cara untuk buat duit dengan blog melalui komisen.
Anda promote produk atau servis tertentu dan apabila produk tersebut terjual maka komisen akan diberikan pada anda.
Untuk program affiliate ini saya sarankan anda sertai:
- Program Affiliate Lazada
- Program Affiliate Shopee
- Program Affiliate Involve Asia
- Program Affiliate Temu
Pertama sekali, affiliate Lazada dan affiliate Shopee.
Kedua-dua platform online shopping ini sudah terkenal di Malaysia, oleh agak mudah untuk anda menjalankannya.
Jika anda mahu memilih antara Lazada dan Shopee, dahulukan Lazada kerana kadar komisennya masih agak besar (berbanding shopee).
Shopee, sejak akhir-akhir ini kadar komisennya semakin berkurangan.
Sebagai panduan boleh rujuk post berikut:
Kedua, adalah Program Affiliate Involve Asia.
Involve asia adalah entiti yang menawarkan pelbagai jenis affiliate.
Ia mengambil posisi sebagai orang tengah yang menyediakan sistem atau teknologi agar penjual boleh membuka program affiliate mereka kepada anda.
Terdapat banyak affiliate yang ditawarkan dan boleh anda pilih agar besesuaian dengan blog.
Contohnya seperti berikut:
Jika anda gagal menjadi ahli affiliate Lazada dan Shopee, anda boleh memohon melalui Involve Asia untuk lebih mudah lulus.
Anda boleh daftar dengan Involve Asia untuk kepelbagaian.
Untuk daftar anda boleh guna pautan ini: https://app.involve.asia/v2/create-account
Selanjutnya, program Affiliate Temu.
Platform jual beli ini masih baru dan mempunyai potensi.
Oleh kerana masih baru, ia menawarkan kadar komisen yang agak besar untuk menarik perhatian influencer, blogger dan pengguna untuk menjadi affiliate.
Ini untuk membantu strategi marketing mereka.
Komisen RM20 untuk pengguna baru. Agak besar dan lumayan.
Lambat laun, platform ini akan menjadi popular setaraf dengan Lazada dan Shopee di Malaysia dan komisen akan berkurang.
Anda boleh ambil peluang ini untuk menjadi affiliate Temu.
Untuk daftar boleh guna pautan ini: Temu Malaysia
TIPS BUAT PROGRAM AFFILIATE
Terdapat 2 strategi yang berkesan yang boleh anda praktikkan:
- Selitkan link affiliate dalam text
- Buat post review, senarai, perbandingan atau yang serupa
Anda boleh selitkan link affiliate pada post sedia ada atau post baru seperti ini:
Anda boleh juga buat post baru yang mana anda boleh senaraikan produk berserta dengan link affiliate anda.
Contohnya post seperti:
- 15 Kelengkapan Hiking yang Wajib untuk Hiker…
- 8 Beg kalis air terbaik untuk Backpackers…
Kemudian anda boleh persembahkan produk berserta link affiliate seperti ini:
3 Sewa Ruang Iklan
Bila blog anda sudah berkembang maju, trafik per day sudah mencecah angka ribu, pasti akan ada pihak yang akan menghubungi anda.
Terutama sekali pihak yang berkaitan dengan niche anda.
Tapi anda tak perlu tunggu untuk mereka mendekati anda.
Cuba anda yang cari mereka.
Pertama, tentukan dahulu bahagian mana yang anda boleh sewakan untuk iklan.
Selalunya ruangan yang popular adalah bahagian header, bahagian widget dan ruangan atas sebelum post.
Kemudian tentukan syarat-syarat seperti harga, sewa untuk berapa lama, apa maklumat yang diperlukan dan sebagainya.
Jangan lupa juga sediakan laporan prestasi blog anda.
Biasanya dalam laporan tu isi utama adalah jumlah trafik @ lawatan ke blog anda.
Untuk tentukan harga pula, saya biasanya gunakan formula berikut:
- Harga sewa bulanan ruang ads = Jumlah trafik harian (view) / 10
Contohnya jumlah view harian blog anda adalah 3,000.
Harga ruang iklan adalah 3000/10 = RM300 sebulan.
Tak semestinya anda ikut formula ini.
Kalau ruangan iklan anda menjadi rebutan sudah tentu boleh naikkan harga sedikit.
Seterusnya, bagaimana nak cari pihak yang berminat dengan ruangan iklan anda?
Untuk menjawab soalan ini, kena jawab soalan berikut:
Apakah servis yang boleh dikaitkan dengan niche blog anda?
Contohnya untuk blog travel.
Apakah servis yang boleh dikaitkan dengan blog travel?
Agen perlancongan, hotel, homestay, restoran, bus, taxi dan sebagainya…
Bila sudah dapat senarai ini anda boleh buka google dan taipkan servis-servis tersebut.
Selain itu anda boleh juga gunakan Google Maps.
Tengok apa syarikat yang akan muncul.
Langkah seterusnya, dapatkan bagaimana cara untuk menghubungi mereka.
Selalunya melalui email dan borang perhubungan.
Kalau anda mahu lebih agresif lagi boleh gunakan WhatsApp atau call terus mereka.
Seterusnya, hantar email kepada setiap syarikat tersebut.
Sertakan tawaran anda dan juga laporan prestasi laman web anda.
Mustahil dalam banyak-banyak syarikat tu tak ada satu pun yang berminat dengan tawaran anda.
4 Jual Produk Anda
Anda boleh jual produk sama ada produk jenis fizikal ataupun digital.
Kelebihannya, dengan memiliki blog sendiri anda tidak perlu risau berkenaan prosedur dan batasan lain berbanding jika anda jual menggunakan platform seperti Shopee dan Lazada.
Berdasarkan niche blog anda, fikirkan apakah produk yang boleh anda hasilkan dan jual.
Contohnya untuk niche blog kucing siam, anda mungkin boleh hasilkan atau sediakan produk fizikal seperti aksesori kucing.
Contohnya untuk produk digital, anda mungkin boleh hasilkan eBook.
5 Perkhidmatan Berbayar
Jika anda yakin dengan kepakaran @ kebolehan anda, buka servis berbayar.
Nak buka servis apa?
Tipsnya, pastikan servis yang anda nak buat tu:
Dapat menyelesaikan masalah.
Untuk niche blog anda, apakah masalah yang sering dihadapi?
Contohnya, untuk niche ‘blogging’.
Masalah yang sering dihadapi untuk yang baru bermula adalah bagaimana nak setup blog dengan betul, nak beli domain, hosting dan sebagainya.
Untuk menyelesaikan masalah tersebut boleh tawarkan ‘Servis buat blog’.
Ini memudahkan para blogger baru dan menjadi sumber pendapatan.
6 Beri eBook percuma
Bagaimana nak buat duit kalau bagi percuma?
Cara ini sering digunakan oleh blogger-blogger berjaya.
Anda tak akan dapat duit daripada eBook tersebut.
Tapi anda akan buat duit selepas mereka gunakan eBook tersebut.
Terdapat beberapa tujuan kenapa kita nak bagi eBook percuma.
Antaranya adalah:
- Untuk dapatkan follower
- Untuk sales after servis
- Untuk dapatkan lebih banyak trafik
- Untuk link affiliate
Tidak semua mahu beli eBook yang dijual.
Tetapi hampir semua orang nak eBook yang free.
Apatah lagi jika berkenaan dengan minat mereka.
Bagaimana kita boleh dapatkan duit daripada eBook percuma?
Kita lihat point yang pertama dahulu:
Untuk dapatkan follower.
Pernahkan anda jumpa blogger yang bagi eBook percuma tapi kena tinggalkan email dahulu?
Tujuan mereka adalah nak dapatkan follower atau email list.
Email list ini kira seperti pembaca tetap mereka.
Setiap kali mereka publish post baru, notifikasi akan sampai ke email anda.
Jika anda berminat anda buka dan baca.
Ini akan membuatkan jumlah trafik ke blog mereka semakin bertambah.
Anda sebagai pengunjung tetap dan pengunjung baru yang datang dari Google, referral facebook dan sebagainya.
Bila jumlah trafik semakin meningkat secara tidak langsung pendapatan lain seperti Google Adsense dan affiliate juga bertambah.
Untuk sales after servis
Dalam eBook percuma anda boleh selitkan servis premium anda.
Contohnya, saya berikan eBook percuma berkenaan dengan panduan lengkap cara buat blog sendiri.
eBook tersebut memang lengkap dan sangat membantu untuk beginner.
Dengan eBook tersebut, beginner mampu membuat blog sendiri dengan jayanya.
Akan tetapi untuk buat laman web sendiri ini akan ada cabaran yang mendatang.
Contohnya, logo tak center, warna tak sesuai, heading terlalu besar, blog crash dan tak boleh akses dan macam-macam lagi masalah teknikal.
Disinilah saya boleh memperkenalkan servis premium @ berbayar tadi.
Selain itu eBook percuma juga boleh menambahkan trafik laman anda.
Anda cuma perlu menyertakan url blog anda dalam mana-mana bahagian.
Pembaca pasti akan datang melawat blog anda.
7 Buat Dropship
Anda pasti pernah dengar berkenaan dropship bukan?
Dropship adalah model perniagaan tanpa perlu menyimpan stok.
Dalam erti lain kata anda adalah orang tengah.
Anda tahu siapa pembekal dan tahu siapa pembeli.
Kenapa tak combine blog dan juga dropship?
Pembeli adalah pelawat blog anda, pembekal hanya anda yang tahu.
Ambil barang dari pembekal, naikkan harga sedikit kemudian jual dekat pembeli.
Anda boleh buat satu bahagian dalam laman web anda khas untuk barangan dropship tersebut.
Untuk jadikan barang jualan anda laris, terdapat 2 faktor:
- Barang tersebut unik
- Harga boleh bersaing dengan penjual lain di Malaysia
Bagaimana anda boleh penuhi kedua-dua faktor berikut?
Jawapannya:
Buat Dropship barangan dari China.
Jika anda sanggup untuk membuat sedikit pelaburan, terdapat plugin yang menjadikan proses dropship tersebut automatik.
Iaitu: Plugin AliDropship
Dengan plugin ini anda boleh pilih terus barang yang nak dipaparkan dalam blog anda.
Naikkan harga sedikit dan mula menjual.
Segala urusan seperti penghantaran dan sebagainya diuruskan oleh Aliexpress.
Tetapi plugin ini bukan percuma. Ia berharga lebih kurang RM385. Kelihatan agak mahal bukan?
Tapi jika anda lakukan dengan betul potensinya amat besar, berbaloi dengan harga yang ditawarkan.
Kongsikan jika post cara buat duit dengan blog ini bermanfaat pada anda!
Vearn says
Terima kasih tuan. Info yang sangat berguna. Kalau kita gabung Link Affliate Lazada dan Link Affliate Shopee dalam satu post, boleh ke tuan?. Maksud saya kedua-dua pihak tiada masalah untuk membenarkan (tiada konflik).
B.L. Joseph says
Boleh tidak ada masalah. Lagi disukai oleh pembaca, boleh buat pilihan. Contoh seperti ini:
melin says
Bagaimana bayaran dibuat dan bank apa yang digunakan?
B.L. Joseph says
Apa-apa bank tempatan yang kita berikan boleh digunakan. Bayaran dibuat secara terus ke akaun kita.
Anjeli says
Terima kasih di atas perkongsian yang menarik ini..bagi tipjdi blogger kepada saya yang baru nak mencuba buat blog sendiri.
B.L. Joseph says
Sama-sama. Saya akan menulis post tips untuk blogger baru dalam masa terdekat. Jangan lupa subscribe ya!
Azam Mohd says
Nak tanya untuk semua pendapatan tuan di atas menggunakan beberapa blog berlainan atau hanya bergantung pada 1 blog sahaja.
B.L. Joseph says
Jumlah pendapatan yang saya nyatakan dalam post ini adalah berdasarkan 2 blog yang saya uruskan / miliki. Tidak termasuk blog-blog lain…
Zaini says
Bagi saya saya, pendapatan paling tinggi adalah menjual produk sendiri dari blog. Macam tuan jual e-book. Hasilnya 100% milik pemilik.
Tapi jika buat program lain juga berbaloi yang penting dengan traffik tinggi.
Fikri says
Salam tuan. Kalau kita guna domain yang free, boleh ke nak apply google adsense? Mohon pencerahan. Maaf masih newbie.
B.L. Joseph says
Salam sejahtera. Untuk domain free kalau tak silap saya hanya blogspot.com sahaja boleh apply google adsense. WordPress.com tak dapat apply…
ABDUL says
Terima kasih kongsi Ilmu… sangat berguna untuk saya..
rish says
search x jumpe kat google mcm mane ek
Hafiz Azman says
Bos. boleh tahu tak pecahan sumber income RM 4236 tu datang dari mana? Yang saya familiar adsense jela. Lain tu mcm tak kenal plak dashboard dia hehe.
Nak cuba monetize sebanyak mungkin dari blog. Terima kasih atas perkongsian tuan.
B.L. Joseph says
Adsense, invovle asia dan juga lazada affiliate tuan. Selamat maju jaya tuan. Pasti boleh.
Marcus says
Salam tuan, saya ni newbie. Nak buat blog selalu tak kesampaian. Tak tahu nak buat pastu putus asa. Tuan ada ebook full setup blog menjadi website tak? Kalau ada saya berkenan. Lepas ini saya view semua post tuan nak cari info berkaitan.
B.L. Joseph says
Salam sejahtera juga tuan. eBook masih dalam progress tuan.. minta maaf banyak2. Mungkin dalam awal tahun 2021 siap. Tuan boleh rujuk post Cara buat blog sendiri sebagai panduan setup blog. Harap dapat membantu.
Adyzee says
Yang empat pendapatan tu dari cara yang mana ye ?
B.L. Joseph says
Yang 4 tu dari Google Adsense, Lazada affiliate dan Involve Asia.
Teffy tizzuya says
Tuan bagaimana nak subscribe? Saya nak belajar.kurang faham.
B.L. Joseph says
Jika nak subscribe boleh lihat halaman ini https://www.ithmm.com/join-ithmm/. Terima kasih dan selamat maju jaya.
mrhanafi says
Kalau ada trafik yang tinggi ada peluang untuk jana duit
Tinsyaz says
Dah lama sebenarnya berkecimpung dalam dunia blog, tapi selalu sepi. 2021 baru buat comeback semula dengan harapan boleh jana side income dari blog ^^
Amri says
Boleh kah saya hendak menggunakan maklumat page Tuan berkenaan dengan bahagian Tentang dan Penafian sebagai rujukan di blog saya kerana saya masih baru dalam menceburi bidang blog ini dan kurang arif dalam mengisi maklumat yang bersesuaian berkaitan page berkenaan.
Balqis says
Salam tuan saya nak tanya, kiranya nak jana pendapatan dr blog ni, hanya jika kita ad letak iklan2 ya? jika x letak, mmg zero income? maaf sy newbie baru nak mencuba mencari side income.
jeb says
bagaimana nak relatekan produk kita dgn blog yg kita tulis??
Mohd safuan says
Terima kasih tuan dengan segala ilmu yang dikongsikan..saya ingin belajar lagi dengan tuan..semoga ada masa kita boleh ketemu ye..