Bukan semua link boleh dibuat dengan sekadar ‘insert link’.
Dalam post ini, kita lihat bagaimana cara untuk menandakan link dengan betul dalam post kita.
Spesifik untuk link keluar / outbound link.
Sebagai seorang blogger, kita harus mengambil berat terhadap hal ini.
Kesilapan dalam hal ini boleh menyebabkan salah faham oleh search enjin.
Dan boleh menyebabkan post-post kita susah untuk mendapat ranking.
Teruskan membaca.
Apakah jenis-jenis link?
Terdapat banyak jenis link keluar yang mungkin kita akan gunakan dalam blog.
Link untuk laman lain, link ke facebook, link download dan sebagainya.
Kita boleh kelaskan link-link ini kepada 3 jenis, iaitu:
- Link baik / normal
- Link tidak baik
- Link yang dibayar
1. Link baik / normal
Link jenis ini adalah link yang biasa kita berikan dalam post.
Yang mana mungkin bertujuan untuk memberikan pembaca rujukan lanjut, bacaan sokongan terhadap hujah dan sebagainya.
Contohnya:
Google mengingatkan para pemilik laman untuk mengaudit kembali link dalam laman kerana update link spam telah dengan rasminya keluar.
Atau contoh lain,
Devon Rex adalah antara baka kucing yang sukar untuk dijumpai pada masa kini.
2. Link tidak baik
Mana-mana link yang membawa pelawat ke laman yang tidak baik menurut Google.
Contohnya, link ke laman yang mengandungi:
- Unsur keganasan
- Unsur scam / phishing
- Kandungan kategori 18 tahun ke atas
- Kandungan yang boleh menimbulkan kemarahan, pergaduhan
- Medical content yang tidak mematuhi guidelines google
- Berita tidak betul
Dan mana-mana laman yang mana kewujudannya boleh membawa atau boleh mencetuskan sesuatu yang tidak baik.
3. Link yang dibayar
Yang ini merujuk kepada semua jenis link yang kita gunakan dalam blog dan kita ‘dibayar‘ keatas link tersebut.
Atau kita mendapat kelebihan tertentu daripada link tersebut, secara langsung atau tidak langsung.
Contohnya seperti:
- Link affiliate
- Link produk yang kita review
- Link daripada guest post
- Pertukaran link sesama blogger
- Link ke domain lain yang mana juga merupakan milik kita
Seterusnya, kita lihat:
Bagaimanakah cara menandakan link dengan betul?
Disebalik link yang biasa kita lihat, contoh link, adalah kod html tag a seperti berikut:
contoh link
Kita menandakan link dengan memberikan link tersebut attribute rel
contoh link
Dalam wordpress, untuk menambahkan rel
dalam tag link, kita kena tukarkan paparan editor kepada text/html dahulu.
Jika anda menggunakan Block Editor, ianya boleh dilakukan dengan dua cara:
Pertama, pilih block yang mengandungi link, klik pada 3 dot, dan pilih ‘Edit as html’:
Kedua, tukarkan seluruh editor dalam bentuk html.
Caranya, klik pada 3 dot berdekatan dengan butang publish, kemudian dalam bahagian ‘Editor’, tik pada ‘Code Editor‘.
Dalam bentuk ini barulah kita boleh nampak struktur link.
Barulah kita boleh tambah masuk attribute rel

(Saya gunakan paparan lama wordpress, agak mudah sedikit untuk beralih ke text editor daripada visual editor)
Apa sebenarnya attribute rel
ini?
attribute rel
berfungsi menyatakan hubungan laman kita dengan link yang kita berikan.
Ia akan dibaca oleh search engine seperti Google dan Bing.
Terdapat beberapa jenis value untuk attribute rel
yang kita boleh gunakan untuk menandakan link.
(Seperti yang dinyatakan dokumentasi Google berkenaan Qualify Outbound Links)
Berikut senarai value untuk attribute rel
yang boleh kita gunakan untuk link:
rel="nofollow"
rel="sponsored"
rel="ugc"
Sebelum kita bincangkan berkenaan value yang tersenarai diatas, kita fahami dahulu berkenaan ‘Link Biasa‘.
1. Link Biasa
Bagi link biasa, link normal dan boleh dipercayai, kita tidak perlu letak apa-apa value rel
daripada senarai diatas.
Link yang tidak mempunyai apa-apa value akan automatiknya dikategorikan sebagai ‘dofollow’.
Contohnya seperti dalam perenggan ini:
Google mengingatkan para pemilik laman untuk mengaudit kembali link dalam laman.
Tidak perlu tambah apa-apa value untuk rel

Google mengingatkan para pemilik laman untuk mengaudit kembali link dalam laman.
atau tidak perlu letak attrib rel

(WordPress mungkin akan automatik meberikan rel="noopener"
dalam link. Ia tiada kena mengena untuk topik ini)
Ini akan memberikan signal pada search engine seperti google yang kita percayakan link tersebut.
Google kemudiannya akan mengikuti link tersebut untuk melihat apakah content untuk link yang anda berikan.
Semua maklumat ini akan digunakan oleh Google untuk lebih memahami laman isi kandungan laman kita.
Dan seterusnya dapat memberikan kita kedudukan (ranking) yang sesuai apabila carian yang berkaitan dibuat dalam Google search.
(Dalam masa yang sama, anda juga sebenarnya memberikan apa yang dipanggil sebagai ‘backlink’ pada link tersebut)
Sebab itulah kita kena berhati-hati sewaktu memasukkan link (link biasa).
Contohnya, dalam situasi dimana kita sebenarnya bertujuan untuk memberikan contoh laman yang tidak baik.
Judi kini berleluasa di Malaysia. Paling membimbangkan laman judi seperti menangbesar.com mudah diakses dalam talian.
Kita sebenarnya, nak berikan contoh sahaja.
Tetapi jika kita masukkan link seperti biasa, Google membacanya seolah-olah kita mempercayai link tersebut.
Apabila Google mengikut tersebut dan mendapati laman tersebut termasuk dalam kategori tidak baik, laman kita akan turut terpalit.
Kerana kita memberikan ‘backlink’ atau menyokong laman tersebut.
Dan untuk link seperti ini cara untuk menguruskannya adalah seperti berikut:
2. Attribute rel="nofollow"
Apabila kita memasukkan attribute rel
dengan value = “nofollow”, kita memberitahu pada Google bahawa link tersebut tiada kena-mengena dengan laman kita.
Kita beritahu Google jangan libatkan laman kita dengan link tersebut dan jangan lawati laman tersebut.
Dan kita juga tidak berikan ‘backlink’ pada laman tersebut.
Contoh penggunaan adalah seperti ini:
Contoh laman tidak baik: menangbesar.com
Gunakan value nofollow untuk tandakan mana-mana link yang bukan normal/baik.
Gunakan juga value nofollow jika anda terpaksa berikan link tapi tak mahu berikan backlink.
Selain itu, kita boleh juga gunakan value nofollow kepada mana-mana link yang kita berikan, tetapi tiada kaitan langsung dengan topik post kita.
Seperti contoh berikut:
Devon Rex adalah antara baka kucing yang sukar untuk dijumpai pada masa kini.
Kucing Devon Rex tidak ada kaitan langsung dengan topik post ini – hanya sebagai contoh.
Oleh itu saya letak rel="nofollow"
dalam linknya.
Saya tidak mahu Google jadi keliru kenapa tiba-tiba wujud kucing dalam topik ini.
3. Attribute rel="sponsored"
Kita gunakan attribute rel="sponsored"
untuk mana-mana link yang dibayar atau memberikan pulangan sesuatu.
Value ‘sponsored’ ini baru sahaja diperkenalkan oleh Google untuk membezakan link berbayar dengan link jenis nofollow.
Contoh penggunaan attribute rel="sponsored"

Dapatkan GTX1660ti 8GB hanya RM450 di Shopee!
Google tekankan baru-baru ini, agar semua pemilik laman memberikan rel="sponsored"
pada mana-mana link berbayar atau memberikan kita faedah.
Contohnya, link affiliate dan link produk review (jika kita menerimah upah daripada review tersebut).
Jika kita menerima bayaran untuk memasukkan link tersebut dalam laman.
Atau jika kita membuat pertukaran link sesama blogger atas persetujuan.
Atau jika kita memberikan link keluar ke blog lain yang mana juga milik kita.
(internal link atau link dalam domain yang sama adalah terkecuali)
Kegagalan berbuat demikian mungkin akan menyebabkan laman kita menerima manual action dari Google.
Ini mengakibatkan halaman tersebut atau kesemua domain hilang dari keputusan carian Google.
Jangan remehkan algorithm google jika anda bergantung pada organic search untuk lawatan harian.
Contohnya anda menerima bayaran untuk memasukkan link dari website X dalam post anda.
Dalam masa yang sama website X juga telah membayar sejumlah laman lain untuk melakukan hal yang sama.
Google akan mengesan kewujudan link-link ini.
Jika website x didapati bersalah kerana mencuba untuk memanipulate keputusan search ranking, laman kita juga akan terikut sama dalam kesalahan ini.
3. Attribute rel="ugc"
Attribute rel="ugc"
disyorkan untuk diguna dalam bahagian yang menerima input daripada pengguna/pembaca.
(ugc = user generated comment)
Contohnya bahagian komen atau forum.
Selalunya saya tak guna value ‘ugc’ ini.
Kerana pembaca yang memberikan komen selalunya tak sertakan apa-apa link.
Link bahagian nama pengguna juga sudah ditandakan secara automatik oleh wordpress sebagai ‘nofollow’.
Jika, terdapat komen yang menyertakan link dan link tersebut memang berguna boleh edit manual komen tersebut dan letakkan value ugc dalam rel
linknya.
(atau padamkan sahaja jika komen dan link tersebut tidak memberikan apa-apa kebaikkan)
Untuk edit link dalam komen di wordpress, kita boleh pergi ke bahagian menu ‘Comments’, pilih dan edit komen yang berkaitan.
Ambil masa untuk review balik semua link yang pernah kita masukkan dalam post.
Baik untuk jangka masa panjang.
Dan untuk link-link yang mendatang, pastikan kita tandakan dengan attribute rel
yang sesuai.
Ringkasannya:
- link biasa, normal, rujukan dan dipercayai tidak perlu letak apa-apa value penanda
rel="nofollow"
untuk link keluar ke halaman yang tidak baikrel="sponsored"
untuk link keluar yang berbayar / memberikan pulangan sesuaturel="ugc"
untuk link yang diberikan oleh pengguna dalam komen
Semoga post ini bermanfaat pada anda.
Leave a Reply