Bila content anda dicuri dengan begitu ketara sekali – menyakitkan mata dan hati.
Dunia internet ini luas dan mungkin bebas.
Sebagai blogger / pemilik laman kita mungkin bebas membuat apa sahaja yang dikehendaki dalam laman kita.
Tetapi terdapat batasannya – dari segi undang-undang, moral dan juga akal fikiran kita.
Bagi saya, saya tidak kisah jika content asal dijadikan rujukan atau diterbitkan semula dalam versi yang lebih baik.
Tapi janganlah 100% salin semula.
Sekurang-kurangnya, tukarlah contoh, gambar dan isi kandungan…
Dan tambah hujah dan point kepada mungkin yang lebih baik.
Dalam post ini, saya kongsikan bagaimana cara melaporkan artikel di Google dan juga tempat-tempat lain yang berpatutan jika anda yakin sumber tersebut dicuri.
Ringkasan tindakan jika content kita dicuri
Berikut ringkasan tindakan yang boleh kita ambil:
- Sediakan maklumat dan bukti
- Hubungi pemilik laman yang melakukan curian
- Buat laporan dengan Google, hilangkan senarai dari google search
- Buat laporan dengan syarikat hosting, batalkan hosting laman pelaku
- Buat report dengan dmca.com
- Lapor dengan MCMC atau pihak berkuasa berkaitan dalam Malaysia.
Langkah prosedurnya mungkin kita boleh aturkan seperti ini:
Pertama sekali, kita cuba sediakan bukti yang boleh menyokong kita adalah empunya content tersebut.
Kemudian, kita dengan segala hormatnya cuba hubungi dahulu pemilik laman berkenaan.
Mungkin pemilik laman tersebut tidak tahu tentang undang-undang yang ada.
Mungkin beliau tidak ada apa yang orang biasa miliki – common sense.
Jika tiada balasan, kita buat laporan dengan google, bagi google buang laman tersebut daripada keputusan carian nya.
Boleh juga buat report sekali dengan search engine lain seperti Bing.
Jika si pelaku masih juga tidak peduli, kita report pada tempat hosting laman tersebut.
Jika penyedia hosting juga tidak peduli, kita buat report pula dengan dmca.com.
Dan untuk lebih bersedia menghadapi apa-apa cubaan melawan balik, buat juga report sekali dengan MCMC dan pihak berkuasa berkaitan yang ada di Malaysia.
Nota penting: Semuanya harus dilakukan dengan pantas untuk tidak memberi masa kepada si pelaku membuat perubahan dengan tujuan untuk melawan tindakan anda.
Kita cuba lihat satu persatu setiap bahagian ini.
1 Sediakan maklumat dan bukti
Bukti-bukti ini mungkin diperlukan dalam bahagian-bahagian yang seterunsya.
Untuk menyokong laporan-laporan yang akan kita buat nanti.
(Tentunya, kita dan si pelaku tahu siapa tiru siapa)
Untuk artikel, terdapat beberapa perkara yang kita boleh jadikan sebagai bukti seperti:
- Persamaan dalam text
- Persamaan bahan – gambar, audio…
- Tarikh diterbitkan
- Wayback machine – Internet Archive
Ringkasnya, kita cuba lihat apakah persamaan kemudian cuba jadikan bahan tersebut sebagai bukti.
1. Persamaan dalam text
Sekali baca, kita tahu isi kandungan itu diambil dari content kita.
(Walaupun si pelaku sudah ubah sana dan sini)
Untuk lebih memastikan, kita boleh gunakan aplikasi online ringkas seperti Plagiarism Checker.
Dalam ruangan check url kita masukkan url yang nak dilaporkan.
Kemudian dalam ruangan exclude url, kita masukkan juga url yang sama.
Aplikasi ini akan periksa dari mana datangnya text-text yang digunakan oleh si pelaku tersebut.
Bila siap proses scan, cuba klik dekat ‘Matched Sources’
Dan pastinya persamaan akan banyak datangnya dari laman anda.
Lagi parah, jika si pelaku bukan sahaja copy dari tempat anda, malah juga dari tempat lain.
Mungkin si pelaku sudah mengubah ayat-ayat dalamnya, jadi tak berapa nampak dariapda aplikasi ini.
Tapi kita masih boleh buktikan daripada contoh-contoh yang digunakan.
Contohnya, berikut merupakan content asal yang original.
Dan berikut merupakan content si pelaku:
Kita dapat lihat dengan jelas, si pelaku tidak sedikit pun berusaha untuk mencari contoh lain.
Gambar sama, cara pengiraan sama, dan nombor yang digunakan juga sama.
Mungkin cara pengiraan itu sama, tapi yang digunakan juga sama?
(kalau nak copy pun, tukarlah nombor dalam pengiraan…)
2. Persamaan bahan – gambar, audio…
Kita tengok juga persamaan bahan contoh yang digunakan seperti gambar, audio dan sebagainya.
Lagi baik jika kita ada letak watermark / tanda tersembunyi dalam gambar tersebut.
Dalam contoh yang saya berikan diatas, hampir semua gambar diambil terus dari content asal.
Contohnya gambar contoh barangan dari amazon.com ini di content asal.
Yang kemudiannya diambil bulat-bulat oleh si pelaku:
Garis dekat tepi pun dia tak ada usaha nak hilangkan.
Ini juga boleh diambil sebagai bukti.
Termasuklah ciri-ciri dimensi gambar tersebut seperti saiz, lebar dan tinggi.
3. Tarikh diterbitkan
Tarikh artikel diterbitkan (publish) juga boleh dijadikan sebagai bukti.
Content asal selalunya diterbitkan lebih awal daripada si pelaku.
Kita boleh ambil tarikhnya daripada artikel itu sendiri.
Tetapi dengan sedikit pengetahuan, sebenarnya tarikh ini masih boleh diubah oleh si pelaku.
(Dalam wordpress kita boleh tukar tarikh tersebut).
Untuk menyokong, bukti tarikh diterbitkan ini, kita boleh menggunakan fungsi google search.
Rekod diterbitkan ini akan ada dalam Google search, melainkan kita melarang daripada content tersebut untuk disenaraikan dalam Google.
Caranya kita ambil url halaman yang nak diperiksa, kemudian gunakan google search operator ‘inurl’.
Contohnya, pertama kita pastikan dahulu content kita ada dalam google dalam tarikh yang dinyatakan.
taipkan formula seperti berikut dalam Google Search.
inurl:urllaman
gantikan ‘urllaman’ dengan url yang nak diperiksa.
Tekan enter, untuk keluarkan menu ‘tools’
Klik menu tools tersebut dan klik ‘Anytime’.
Kemudian pilih ‘custom range’, dan ubah date range ke sekitar masa content original diterbitkan.
Contohnya dalam contoh diatas, content diterbitkan pada 23 October 2020.
Mungkin boleh set date bermula 24 October 2020 hinggalah ke December 2020.
Atau lebih mudah setkan sahaja sepanjang tahun disiarkan, contohnya sepanjang tahun 2020.
Kemudian tekan enter.
Jika url anda ada dalam google, ia boleh dijadikan sebagai bukti sah content tersebut sudah diterbitkan lebih awal.
Kemudian, kita gunakan cara yang sama untuk periksa url content si pelaku tadi.
Dan cuba setkan date awal daripada tarikh content anda diterbitkan.
Contohnya dari 1 Jan 2000 hinggalah ke 22 October 2020.
Jika tiada dalam rekod, ini bermakna sahlah, content tersebut dikeluarkan kemudian.
4. Wayback machine – Internet Archive
Satu lagi cara untuk membuktikan content kita memang adalah asal adalah dengan menggunakan Wayback machine.
Ia adalah laman online yang menyimpan rekod-rekod lama laman yang pernah ada di internet.
Kekurangannya, ia bergantung pada nasib.
Rekod laman anda mungkin ada atau mungkin tiada rekodnya disini.
Boleh lawati laman Wayback machine.
Cara guna, hanya perlu masukkan url laman yang anda nak periksa.
Untuk contoh tadi, saya masukkan url content asal dan rekodnya akan keluar:
Bergantung pada nasib, rekod yang disimpan mungkin tidak selengkap yang asal.
(terutama dari segi rupa bentuk laman dan gambar)
Tapi text content anda masih akan keluar.
Dan ini sudah cukup membuktikan bahawa itu adalah text asal anda.
(bila saya periksa content si pelaku, tidak dijumpai dalam rekod)
CARI MAKLUMAT PERIBADI SI PELAKU
Kita mungkin mahu juga berkenalan dengan pencuri content kita tadi.
Jika si pelaku sedikit pintar mungkin agak sukar untuk dapatkan maklumat.
Tapi tak dapat pun tak apa.
Tak perlu sangat untuk buat laporan.
(Mungkin juga kita akan jumpa benda lain yang lebih menarik tentang si pelaku?)
Pertama sekali, lakukan google search.
Banyak kita boleh jumpa dekat Google.
Kita gunakan sebanyak mungkin maklumat yang boleh diperolehi daripada laman web si pelaku.
Contohnya nama laman, nama samaran penulis, email penulis jika ada dinyatakan dalam halaman seperti tentang saya, hubungi saya, terma dan syarat.
Kita gunakan maklumat tersebut sebagai kata kunci carian dalam google.
Kemudian kita boleh klik dekat link media sosial yang diberikan – ikon facebook, youtube…
Kemudian boleh juga gunakan laman who is seperti goDaddy Whois.
Ini untuk mencari butir-butir pendaftaran laman webnya (jika tidak dirahsiahkan).
Cukup bukti, kita teruskan ke bahagian berikutnya.
2 Hubungi pemilik laman yang melakukan curian
Sebenarnya, kita boleh skip langkah ini, terus buat laporan.
Kerana memang terang-terang mencuri harta intelek itu salah.
Tapi mungkin baik cuba hubungi sahaja dahulu.
Kemudian simpan bukti yang kita sudah cuba untuk menghubungi si pelaku.
Cara paling mudah untuk hubungi adalah melalui laman hubungi saya/hubungi kami yang ada di laman web si pelaku.
3 Buat laporan dengan Google, hilangkan senarai dari google search
Langkah seterunsya, kita buat laporan dengan Google.
Tujuannya, untuk keluarkan url laman si pelaku jika ada tersenarai dalam Google Search.
Kita akan gunakan maklumat bukti yang kita dapatkan awal tadi untuk menyokong laporan yang dibuat.
Pertama sekali, pastikan anda sudah login masuk kedalam akaun google anda.
Untuk buat laporan lawati: Removing Content From Google
Kita pilih Google search.
Selepas pemilihan dibuat, pilihan seterusnya akan muncul.
Sebagai rujukan, urutan pemilihan untuk buat laporan Google adalah seperti berikut:
- Google search
- Google search
- Intellectual property issues
- Copyright infringement
- Yes, im the copyright owner…
- others – jika semua content disalin
- Klik butang ‘Create Request’
Kemudian akan keluar borang yang perlu di isi seperti ini:
Untuk lihat paparan penuh borang lihat contoh ini: Contoh paparan penuh borang create request.
Kita lengkapkan bahagian yang diperlukan.
Cuma jangan tersilap bahagian berikut:
Identify and describe the copyrighted work
Dalam bahagian ini jelaskan selengkap-lengkapnya bahagian yang disalin/ditiru.
Nyatakan dalam tajuk mana, contoh ayat ditiru, gambar dan sebagainya.
Where can we see an auhtorised example of work?
Masukkan url laman / post yang yang ditiru.
Location of the infringing material
Masukkan url laman content si pelaku yang mengandungi sumber daripada anda.
Siap isi semua, klik pada butang submit.
kemudian satu paparan akan diberikan yang mana memberikan status laporan anda.
Simpan atau bookmark halaman tersebut untuk rujukan kemudian.
Kita boleh periksa status dalam halaman tersebut dari masa ke semasa.
4 Buat laporan dengan syarikat hosting, batalkan hosting laman pelaku
Selanjutnya, kita boleh juga laporkan perbuatan si pelaku kepada syarikat dimana tempat dia mengambil servis hosting.
Bergantung pada terma dan syarat syarikat hosting berkenaan, hosting is pelaku boleh dibatalkan.
Tetapi kena pastikan dahulu terma dan syarat syarikat tersebut.
Selalunya, syarikat hosting akan menyatakan servis akan cancel jika terdapat masalah copyright.
Jika tidak, satu syarikat boleh dikenakan tindakan kerana ‘bersubahat’.
Tapi bagaimana nak tahu si pelaku menggunakan syarikat hosting mana satu?
Kita boleh menggunakan servis ‘whois’ yang ada di internet, seperti GoDaddy – Search Whois Database
Kita hanya perlu taip masuk domain si pelaku, kemudian segala maklumat seperti nama pemilik, no tel, dimana laman dihosting akan keluar.
Kadang-kadang, butir-butir ini diletakkan dalam mode ‘privacy protection’.
Kita tidak dapat lihat apa-apa infomasi yang diperlukan, seperti ini:
Kita tidak dapat lihat siapa syarikat hosting laman si pelaku.
Dalam contoh diatas, sebenarnya kita boleh juga hubungi cloudflare, kerana kita dapat lihat si pelaku menggunakan cloudflare sebagai pengantara antara pelawat dengan server si pelaku.
Tapi, kita cuba cari dahulu siapa syarikat hosting sebenar laman si pelaku.
Cara lain yang boleh kita gunakan ialah dengan menggunakan khidmat seperti dnschecker.org.
Disini kita boleh periksa ‘A record’ atau ip address untuk satu-satu domain.
Ip address ini kemudiannya boleh beritahu kita siapa syarikat hosting untuk laman si pelaku.
Dalam ruangan ‘DNS Check’ masukkan domain laman si pelaku.
Pastikan dalam ruangan sebelah nama domain, kita pilih A – A record.
Klik pada butang search dan senarai Ip address akan keluar:
Kita dapat lihat semua IP yang diberikan sama sahaja.
Bila kita suda dapat Ip address ini agak mudah untuk kita tentukan lokasi server yang digunakan si pelaku.
Boleh gunakan servis seperti whatismyipaddress.com.
Kita masukkan ip address tadi di ruangan ‘Look up IP Address Location’.
Bila kita klik pada ‘Get ip details’, maka keluarlah maklumat berkenaan hosting yang digunakan oleh si pelaku.
Dalam contoh kes yang saya berikan ini, si pelaku menggunakan Khidmat hosting daripada Digital Ocean.
Kita akan hubungi syarikat hosting ini, tetapi sebelum itu, kita kena pastikan perihal berkenaan copyright ada dijelaskan dalam terma dan syarat servisnya.
Kita boleh lawati laman web syarikat hosting yang berkenaan, cari halaman terma dan syarat dan seterusnya perihal berkenaan copyright ini.
(untuk mempercepatkan carian, dalam halaman terma dan syarat gunakan short key Cntrl+F dan taipkan perkataan ‘copyright’).
Dalam kes contoh ini, hal berkenaan copyright disentuh berkali-kali.
Lagi satu, syarikat hosting yang saya berikan dalam contoh ini mempunyai bahagian khas untuk buat laporan – menyenangkan pengguna.
Jika tak ada bahagian seperti ini, kita boleh hubungi mereka melalui halaman contact us yang biasa.
5 Buat report dengan dmca.com
Jika semua langkah dekat atas tidak berhasil kita mungkin boleh pertimbangkan untuk ambil khidmat daripada www.dmca.com.
DMCA.com di miliki dan dijalankan oleh Digital Millennium Copyright Act Services Ltd.
Yang ini atas 90% pasti menjadi – laman si pelaku pasti akan tumbang atau sekurang-kurangnya hilanglah bahagian yang ditiru tersebut dari dunia internet.
Tapi ia datang dengan kos.
Kalau tak silap saya servis untuk DMCA Take down adalah usd199 ringgit untuk satu laman.
(ini dikira sangat mudah berbanding kita upah peguam sendiri)
Proses DMCA takedown juga sangat cepat.
Kita hanya perlu bekalkan info berkaitan dan mereka akan uruskan selebihnya sehinggalah content yang dicuri itu hilang.
Jika content yang dicuri itu adalah bisnes utama anda, pertimbangkan yang ini untuk urusan yang lebih cepat dan efisien.
6 Lapor dengan MCMC atau pihak berkuasa berkaitan dalam Malaysia
Tidak lupa juga, kita boleh buat laporan kepada badan-badan berkuasa yang berkaitan dalam Malaysia.
Ini ada dijelaskan dalam laman MCMC berkenaan masalah kandungan dalam talian.
Untuk membuat aduan kita boleh lawatai laman aduan MCMC: https://aduan.skmm.gov.my.
Untuk buat aduan klik pada butang ‘Aduan Baru’.
Kemudian dalam pilihan yang diberikan pilih:
- Jenis aduan – Complaint
- Jenis perkhidmatan – Website
- Kategori – Others
- Subkategori – Copyright/Trade Infringement
Lengkapkan borang yang diberikan dan hantar.
Semoga post cara melaporkan artikel yang di curi ini dapat bermanfaat pada anda dan seterusnya menjadikan dunia blogging ini lebih baik suasananya.
Kongsikan jika berguna!
Leave a Reply