Bila anda sedar pelayar internet Google Chrome tidak memperlihatkan alamat penuh url..
Lihat beza paparan url berikut:
1. Browser Firefox
2. Browser Google Chrome
Jika anda guna pelayar internet google chrome dan sentiasa update, anda pasti akan menghadapi ‘masalah ini’ (selepas update chrome 76)
Anda taip bagaimana pun dekat ruangan url, (contohnya) taip https://www.ithmm.com, www.ithmm.com, http://ithmm.com tapi google tetap juga bagi lihat ‘ithmm.com’.
Dimana https, http, dan www pergi?
Https & www wujud tapi disembunyikan
Google chrome @ google menganggap tambahan seperti https dan www pada domain itu tidak penting, oleh itu mereka mengambil keputusan untuk sembunyikannya.
Dengan alasan:
Yang bermaksud:
“Kami (Google) sukakan benda-benda yang ringkas, berguna tapi selamat. Untuk menjadikan url lebih mudah untuk dibaca & difahami, kami sembunyikan benda-benda tak berguna seperti ‘https’ dan juga ‘www’…”
Anda boleh melihat url penuh untuk laman yang anda lawati dengan:
- Double-klik pada ruangan url
(Yang mana kita tak terfikir pun perlu klik 2 kali untuk tahu url penuh)
Menurut Google, mereka percaya bahagian url seperti https dan www ini menggangu dan tidak berguna untuk kebanyakkan pengguna Google Chrome.
Sebenarnya, perubahan ini telah diperkenalkan pada September 2018 tetapi ditarik balik kerana mendapat tentangan hebat daripada pengguna.
Kemudian mereka lakukan semula baru-baru ini (Julai 2019).
Secara peribadi, ingin saya nyatakan, saya TIDAK menyokong ‘perubahan’ ini.
Mengapa?
Kesannya terhadap pengguna
Ini adalah penyelesaian kepada masalah yang tidak wujud langsung. Tapi memberikan masalah baru iaitu:
Ia tidak memperlihatkan struktur sebenar url untuk laman yang kita lawati
Ketika pertama kali saya menerima ‘perubahan’ ini, saya cuba fikirkan kemungkinan faedah yang pengguna akan dapat – TIDAK ADA langsung.
Contoh paling senang (sebagai pengguna) adalah seperti berikut:
- Anda sedang melayari laman https://www.ithmm.com menggunakan pelayar internet Google Chrome
- Oleh kerana laman tersebut sangat hebat (contohnya), anda tunjukkan pada rakan anda (yang duduk disebelah anda)
- Dia melihat url (alamat) laman tersebut, kemudian taip dekat pelayar internetnya (bukan Google Chrome)…
- Dia taip masuk “ithmm.com” kerana itulah yang dilihat tertera pada skrin anda…
- Pelayar internetnya membawa dia ke laman lain iaitu http://ithmm.com, yang mana SANGAT berbeza dengan laman yang anda sedang layari!
Dan bagi pemilik laman web @ web developer pula, kita tahu https://www.ithmm.com, https://ithmm.com dan http://www.ithmm.com adalah 3 domain berbeza yang mana boleh diberikan isi kandungan yang berlainan.
Dan akhir sekali, apabila Google katakan mereka utamakan ‘Simplicity’, tak mahu url yang panjang-panjang, mereka MUNGKIN silap.
Pengguna yang tak baca url, tak kisah panjang pendek url tersebut. Kerana mereka tak lihat pun url tersebut.
Dan, pengguna yang baca url, JUGA tak kisah panjang pendek url tersebut. Kerana mereka baca dan mahu mengetahui url tersebut.
Apa yang anda boleh lakukan?
Terdapat 2 benda yang boleh anda lakukan:
- Tukar ke browser lain
- Aktifkan url penuh secara manual
Bila tak sesuai untuk kita, kita cari jalan penyelesaian.
Tukar ke browser lain
Browser (pelayar internet) bukan hanya ada Google Chrome. Berikut merupakan pilihan terbaik:
- Mozilla Firefox
- Opera
Saya sarankan anda guna Modzilla Firefox. Sebenarnya Modzilla Firefox lagi baik jika dibandingkan dengan Google Chrome.
Mungkin anda boleh juga cuba ‘Puffin browser‘ untuk smartphone anda. Browser ini sangat laju TETAPI mempunyai ads.
Aktifkan url penuh secara manual
Terdapat pilihan setting untuk membatalkan fungsi ‘sembunyi url’ ini. Pilihan setting ini mungkin akan dibuang pada masa akan datang.
Jika anda masih nak guna Google Chrome, berikut merupakan cara untuk mengaktifkan paparan penuh url secara manual:
1. Untuk Smartphone
Taipkan url berikut dekat ruangan url pelayar internet Google Chrome anda:
chrome://flags/
Dalam ruangan ‘Search flags’ taip masuk ‘Omnibox ui’.
Setkan 2 flag berikut daripada ‘Default’ kepada ‘Disabled’:
- Omnibox UI Hide Steady-State URL Scheme
- Omnibox UI Hide Steady-State URL Trivial Subdomains
Kemudian klik pada butang ‘Relaunch Now’.
2. Untuk PC/Dekstop
Copy url ini dan masukkan kedalam ruangan url chrome anda:
chrome://flags/#omnibox-ui-hide-steady-state-url-scheme
Tukarkan daripada ‘Default’ kepada ‘Disabled’
Kemudian klik pada butang ‘Relaunch Now’ yang terletak pada bahagian bawah, atau restart Google Chrome anda.
Lakukan langkah yang sama untuk url berikut:
chrome://flags/#omnibox-ui-hide-steady-state-url-trivial-subdomains
Tukarkan daripada ‘Default’ kepada ‘Disabled’.
Kongsikan jika maklumat ini bermanfaat.
nurul says
https://www.ithmm.com, https://ithmm.com dan http://www.ithmm.com boleh encik terangkan apa perbezaan ketiga2 domain ini?
B.L. Joseph says
Pertama, https dengan http. Laman yang menggunakan https adalah lebih selamat digunakan (mempunyai ssl). Untuk www pula bacaan lebih lanjut boleh rujuk sini: www vs tanpa www. Secara teorinya saya boleh berikan ithmm.com dan http://www.ithmm.com halaman masing-masing, yang tidak ada kena mengena antara satu dengan yang lain. 2 laman yang berbeza. ithmm.com adalah root kepada blog ithmm. Saya pilih http://www.ithmm.com sebagai domain utama kerana kelebihan dari segi teknikal dan kebiasaan kebanyakkan pengguna internet.