Permohonan Adsense anda ditolak disebabkan Policy Violation dan anda tak tahu dimana silapnya.
Anda mendapat email daripada Google:
Terima kasih kerana memohon, tapi laman anda belum bersedia. Terdapat Policy Violation.
Anda baca sehabis baik Policy Google Adsense, cuba untuk faham dan kemudian buat perubahan pada laman web anda.
Hantar semula permohonan tapi masih juga ditolak.
Dimana silapnya?
Google tak akan bagi detail dimana silap anda.
Bingung kita dibuatnya.
Saya pernah melalui semua ini ketika nak memohon Google Adsense untuk satu laman baru. Hampir putus asa.
(Tak seperti dahulu, sekarang ini jika nak pasang Google Adsense dekat laman baru kena memohon semula).
Kajian demi kajian, percubaan demi percubaan, akhirnya saya menemui jawapannya:
Content tidak asli (original)
Google ada menyatakan dengan ringkas dalam panduan persediaan sebelum memohon Google Adsense:
Content atau kandungan yang unik dan original.
Kali pertama membaca kenyataan ini, apa yang muncul dalam fikiran saya adalah, tak boleh copy isi kandungan orang lain.
Kena taip sendiri berdasarkan rujukan atau kajian kita.
Dan nampaknya tanggapan saya salah.
Apa yang dimaksudkan dan diperlukan oleh Google adalah lebih mendalam daripada baris ayat ringkas tersebut.
Unik dan original daripada pandangan Google bermaksud, topik yang benar-benar unik, lain daripada yang lain dan paling kurang pun ada pembaharuan (idea baru) dalam content tersebut.
Contohnya laman anda mempunyai post-post jenis seperti ini:
- Tutorial cara melajukan Laptop Window 10…
- 10 Cara kuruskan badan…
Besar kemungkinan permohonan Google Adsense anda akan ditolak.
Ia akan dikategorikan sebagai content yang tidak original.
Biarpun anda taip sendiri post tersebut, tidak copy dari mana-mana.
Tapi post seperti ini sudah ditulis berulang kali oleh blogger lain.
Dekat internet mungkin sudah berlambak (beratus ribu, berjuta) post seperti ini.
Ditambah lagi jika cara penulisan anda dalam post tersebut hampir sama dengan post-post yang sudah sedia ada.
Google tentu akan mengkategorikan post tersebut sebagai content yang tidak original.
Bagaimana nak tahu post saya ‘Original’ atau tidak?
Bagaimana cara anda buat post tersebut?
Jika anda buat post tersebut berdasarkan post milik orang lain dan hanya ditulis semula mengikut gaya penulisan anda, post tersebut tidak original.
Jika anda menulis semula post yang ‘hot topik’ tanpa menambah idea baru atau tidak ada kelainan, post tersebut tidak original.
Jika anda mempunyai blog news yang mana content anda adalah tulisan semula news dari laman lain, ia bukan original.
Jika anda taip tajuk post anda dekat Google search kemudian muncul beribu post dengan tajuk yang sama atau hampir sama, post anda akan dikategorikan sebagai tidak original.
Content yang original adalah content yang unik, lain daripada yang lain atau terdapat pembaharuan.
Post original mampu menarik perhatian jika dikumpulkan dalam golongan post dalam topik yang sama.
Ia original jika anda pakar dalam topik tersebut.
Ia original jika anda benar-benar wujud dilokasi kejadian untuk situasi blog jenis news.
Ia original jika mampu membuatkan orang untuk kembali ke laman anda atau mengongsikan post anda tanpa paksaan.
(Anda memberikan sesuatu pengetahuan baru yang berguna pada pengguna).
Ia original jika anda membawa pembaharuan atau idea baru dalam topik tersebut.
Sebagai contoh untuk post ‘Tutorial cara melajukan Laptop Window 10 tadi…
Ia original jika post tersebut bertajuk:
- Voltan stabil menjadikan Window 10 anda 68% lebih laju…
(contoh sahaja…)
Niche mungkin faktor content anda menjadi tidak original
Saya mempunyai seorang rakan blogger dengan niche produk kecantikkan dan kesihatan untuk wanita.
Blog baru berusia 3 bulan, bilangan post lebih minimum (dalam 12~15 post, tak berapa ingat) dan trafik harian dalam 100 – 200 view.
Buat permohonan Google Adsense sekali jalan terus dapat kelulusan.
Saya tak faham langsung.
Blog tersebut saya yang tolong buatkan, segala design dan susun aturnya. Gaya penulisan juga hampir sama.
Blog dia lulus, yang saya pohon pula gagal.
Setelah melakukan banyak kajian, pembacaan dan perbandingan, apa yang saya dapat simpulkan adalah:
‘Niche mempengaruhi content anda dikategorikan sebagai original dan tidak original‘.
Google adalah orang tengah antara ’empunya iklan’ dan juga ‘penyiar iklan’.
Empunya iklan adalah pemilik iklan dan penyiar iklan pula adalah anda, blogger.
Terdapat situasi dimana dalam niche tertentu, contohnya niche ‘produk kecantikkan dan kesihatan untuk wanita’, permintaan daripada ’empunya iklan’ terlebih banyak sehingga ‘penyiar iklan’ tak cukup.
Dalam situasi ini keberangkalian untuk anda lulus Google Adsense menjadi lebih tinggi.
Walaupun content anda ‘biasa-biasa’ sahaja.
Terdapat juga situasi dimana dalam niche tertentu, penyiar iklan berlebihan berbanding dengan permintaan untuk pengiklanan.
Dalam situasi ini, susah untuk kita nak lulus. Hanya yang terbaik sahaja akan dipilih. Yang original.
Apakah tindakan anda selanjutnya?
Jika permohonan anda ditolak disebabkan content, anda kena buat content baru, post baru.
Kena ulang semula buat post yang original dan unik mengikut pengertian Google.
Post lama tak perlu buang.
Mungkin anda boleh ubahsuai sedikit untuk menjadikan ia unik.
Buat post yang original dan unik sebanyak 10 – 15 post.
(15 post paling selamat)
Jangan dalam masa seminggu anda terus buat 15 post.
Ambil masa, paling baik bagi masa sebulan untuk anda
Kemudian barulah cuba memohon semula.
Dalam sesetengah kes, jika niche yang anda pilih saingannya dah terlalu banyak, terlalu banyak laman yang serupa dengan anda, mungkin anda kena pertimbangkan untuk beralih ke niche baru.
Ataupun perbaiki niche anda agar menjadi lebih fokus kepada satu bidang sahaja.
Semoga post ini dapat membantu anda untuk lulus permohonan Google Adsense.
Kongsikan jika bermanfaat!
Leave a Reply