Anda akhirnya berjaya untuk lulus permohonan Google Adsense.
Pada masa yang sama kotak notifikasi amaran seperti ini muncul dalam akaun Google Adsense anda:
Apa yang perlu dilakukan?
Berikut merupakan cara untuk melakukan apa yang diminta oleh Google:
Cara untuk fix some ads.txt file Google Adsense
Panduan ini dibuat berdasarkan platform wordpress yang mempunyai akses ke cPanel.
- Dalam ruangan kotak amaran tersebut klik pada butang ‘fix now‘.
- Ia akan membawa anda ke paparan seperti berikut:
- Klik pada butang download untuk memuat turun fail txt.
- Seterusnya akses pada cPanel anda.
- Dalam cPanel klik pada ‘File Manager’.
- Dalam senarai fail sebelah kiri, klik pada folder ‘public_html‘.
- ‘public_html’ adalah root folder untuk laman web yang menggunakan cms wordpress.
- Seterusnya klik pada menu ‘Upload‘ yang terletak diatas.
- Seterusnya ‘Select’ fail yang anda muat turun dari Google Adsense tadi.
- Siap upload anda kena verify fail tersebut.
- Caranya taipkan alamat url ini dibrowser anda: https://domainanda.com/ads.txt. Gantikan domainanda.com dengan url domain anda sebenar.
- Jika dilakukan dengan betul akan keluar text yang memberikan maklumat tentang Adsense anda seperti ini:
- Siap verify, bermakna proses sudah selesai. Google ambil masa untuk periksa. Anda boleh lihat dalam masa 2-3 hari tengok warning sudah hilang atau belum.
Kongsikan jika post ini membantu anda!
Leave a Reply