Agar ia sepadan dengan identiti laman web anda
Berikut senarai tips yang boleh anda guna untuk menghasilkan nama domain terbaik.
Nama domain adalah benda yang kita dapat pilih hanya sekali sahaja.
Gunakan tips ini untuk mendapatkan nama yang terbaik.
01 Pilih nama yang boleh dijenamakan
Apabila memilih nama, fikirkan:
Adakah nama ini sesuai dijadikan jenama atau tidak?
Contohnya, anda mempunyai produk minuman penambah tenaga dan bercadang untuk memiliki laman web.
Mungkin anda terfikir untuk memilih nama seperti: minumantenaga.com, extratenaga.com dan sebagainya.
Adakah nama tersebut sesuai dijadikan sebagai jenama?
Adakah nama tersebut nampak berkelas jika diletakkan atas baju ataupun banner?
Nama seperti minumantenaga dan extratenaga mungkin boleh diperbaiki menjadi Exnaga.
Barulah nampak hebat, unik dan lebih mudah diingati.
Sama seperti nama Milo dan Ovaltine.
02 Gunakan keyword dengan kreatif
Anda boleh gunakan keyword untuk nama domain tetapi gunakan dengan kreatif untuk cipta keunikan.
Dan tidak dinafikan penggunaan keyword dalam nama domain memberi kesan positif.
Untuk cipta nama yang unik anda boleh:
- Gabung dua nama
- Tukar tempat, buang atau tambah huruf
- Tambah suku kata
- Gabungkan dengan istilah yang difahami ramai
Contohnya untuk keyword ‘cara jimat duit‘.
Mungkin boleh jadi:
- jomjimat.com – gabung dua nama
- jduit.com – buang huruf
- doduit.com – tambah sukukata
- matjimat.com – guna istilah nama yang dikenali ramai
03 Pilih nama yang boleh dibaca
Pastikan nama domain boleh dibaca atau dibunyikan.
Ini untuk memastikan nama domain anda mudah untuk dikenalpasti dan diingat.
Otak manusia lebih mudah untuk ingat benda yang boleh dibaca.
Contohnya antara pilihan jomjimat.com, jduit.com, doduit.com dan matjimat.com.
Mana satu yang boleh dibaca, senang dibaca dan mudah diingati?
Semuanya boleh dibaca, tapi yang lebih mudah untuk dibaca dan diingati adalah: jomjimat.com dan matjimat.com.
04 Nama jangan terlalu panjang
Berikut nama domain yang mungkin seseorang akan pilih berdasarkan keyword ‘cara jimat duit’.
- carajimatduit.com
- matjimat.com
Mana satu anda rasa lebih baik?
Mana satu anda lebih ingat?
Secara ringkasnya nama domain yang pendek lebih mudah untuk ditaip, disebut, di ingati, di kongsi.
Semakin pendek nama tersebut semakin kurang kadar kesalahan yang akan terjadi (typo).
carajimatduit.com mungkin boleh disalah eja menjadi tipsjimatduit.com.
Tapi matjimat.com tak akan jadi muhammadjimat.com
Untuk nama domain terbaik, sasarkan jumlah huruf kurang dari 14 huruf.
Lagi pendek lagi baik.
05 Elak guna simbol sengkang dan nombor
Anda mungkin mahu menjadikan nama domain unik, mudah dibaca dan sebagainya.
Tetapi elakkan untuk memasukkan simbol seperti sengkang (-) dan juga nombor.
Jangan pilih nama domain seperti ini:
- jom-jimat.com
- jimat123.com
Tanda sengkang dalam contoh diatas akan menjadi isu, sekiranya ia dibawa dalam perbualan harian.
Nak jelaskan nama jomjimat dengan sengkang dekat tengah pun menjadi masalah.
Besar kemungkinan apabila nama ini berpindah dari satu mulut ke mulut yang lain, tanda sengkang itu akan dilupakan.
Begitu juga dengan penggunaan nombor.
Nombor itu perlu dieja atau atau sebagai angka?
jimat123.com boleh menjadi jomjimatsatuduatiga.com
06 Pilih ‘.com’ sebagai pilihan utama
Ada banyak pilihan lain seperti .org .edu .net .biz .info dan sebagainya.
Tetapi ketika memilih, tetapkan .com sebagai pilihan utama.
Ini kerana ia sudah menjadi kebiasaan untuk semua orang bahawa .com adalah pelengkap untuk laman web.
Jarang kita jumpa .net .biz . info sebagai laman utama.
Jika pilihan .com untuk nama yang anda pilih sudah diambil oleh orang lain lebih baik pilih sahaja nama baru.
07 Dapat dikaitkan dengan isi laman anda
Jika mampu, pilih nama yang boleh memberi gambaran tentang kandungan laman anda.
Biar orang baca sekali sudah dapat bayangkan apakah isi laman anda.
Contohnya, nama matjimat.com menggambarkan laman tentang penjimatan wang.
08 Kaji nama domain pilihan
Ini perkara penting.
Kita tidak mahu memilih nama yang yang sudah digunakan oleh syarikat, badan atau entiti lain.
Walaupun nama tidak sama, hampir sama juga perlu elakkan.
Contohnya anda pilih nama domain matjimat.com.
Bila anda periksa, rupanya terdapat nama yang hampir sama telah digunakan, matjemat.com atau mathjimat.com.
Pilih nama lain. Jangan pilih nama yang sama.
Persamaan seperti ini akan menimbulkan kekeliruan dikalangan pengunjung dan masalah undang-undang kemudian.
Kita tidak mahu benda seperti ini terjadi selepas bertahun mengerjakan dan menggunakan nama pilihan.
09 Periksa nama di laman sosial
Periksa juga nama pilihan anda dilaman sosial yang ada – Facebook, YouTube, IG, TikTok dan seterusnya.
Jangan guna nama yang telah digunakan oleh pengguna laman sosial yang sedia ada.
Selain masalah undang-undang, ia juga akan menyukarkan anda untuk memiliki nama yang konsisten dalam semua channel yang ada di internet.
10 Fikir jangkamasa panjang
Sering terjadi selepas anda bermula.
Sampai satu tahap anda bercadang untuk memasuki arena lain akan tetapi ia tidak bersesuaian dengan nama yang anda pilih.
Contohnya anda pilih nama ‘matjimat.com’.
Selepas 2 tahun, anda bercadang untuk membuka kategori baru dalam laman tersebut, contoh ‘hiking’.
Tetapi kategori tersebut jauh menyimpang dari identiti asal ‘matjimat’.
Jika pada peringkat awal anda membuat perancangan jangkamasa panjang, mungkin anda tidak memilih nama ‘matjimat.com‘ tetapi ‘matlife.com‘.
Sesuai sedikit untuk kedua-dua kategori.
Jadi fikirlah sebaik mungkin, buat perancangan, lihat segala peluang yang ada sebelum memilih nama domain.
Ini dapat memastikan nama tersebut bersesuaian untuk sebarang perubahan, cabang atau tambahan pada masa akan datang.
11 Bertindak pantas!
Jangan berlengah-lengah, nama yang anda pilih belum tentu masih ada pada hari esok atau lusa.
Jika anda dapat nama domain yang terbaik terus sahaja beli, jangan biar orang lain ambil nama tersebut.
Anda boleh rujuk post ini untuk beli dan mula buat blog @ laman web: Cara buat blog.
Harga standard untuk domain .com sekarang dalam sekitar RM35 – RM50 setahun, bergantung syarikat mana anda beli.
12 Lindungi nama domain anda
Sebaik-baiknya semasa beli nama domain, beli sekali dengan nama domain dengan extension lain selain .com.
Contohnya anda beli matjimat.com.
Beli sekali nama domain matjimat.org, matjimat.net, matjimat.co, matjimat.blog, matjimat.shop.
Memang agak mahal perbelanjaan untuk beli semua nama domain ini.
Tetapi fikirkan situasi seperti ini.
Laman anda matjimat.com menjadi sangat popular.
Terdapat individu yang akan mengambil kesempatan untuk membeli nama domain anda dengan extension lain seperti matjimat.shop atau matjimat.blog.
Kemudian akan menumpang nama anda untuk tujuan kepentingan mereka sendiri.
Jika tak dapat beli semua, sekurang-kurangnya dapatkan extension popular dan kritikal seperti .net, .org, .co, .shop dan .blog.
13 Aplikasi membantu
Berikut 2 aplikasi percuma yang dapat membantu anda semasa proses untuk memilih nama domain:
01. wordoid.com
Pautan: wordoid.com
Aplikasi percuma yang boleh anda gunakan untuk mencari idea nama domain yang unik.
Anda masukkan keyword pilihan, kemudian ia akan mengeluarkan senarai nama domain unik yang berkaitan dengan keyword yang anda berikan.
02. instantdomainsearch.com
Pautan: instantdomains.com
instantdomains.com boleh anda gunakan untuk memeriksa status nama domain yang anda pilih.
Periksa setiap nama pilihan yang anda pilih dekat sini.
Jika warna hijau bermakna nama masih belum dimiliki oleh mana-mana pihak.
Semoga tips cara pilih nama domain terbaik ini dapat membantu anda.
Jangan lupa follow page Ithmm untuk lebih banyak tips terkini.
Ahmad Firdaus says
Maklumat bagus
fazidah omar says
terima kasih atas ilmu yang dikongsi. sangat bagus.
B.L. Joseph says
Sama-sama..gembira dapat membantu.
rina says
Tima kasih atas info nya. sgt2 membantu dan memberi bnyk idea.
semoga maju jaya.