Google dengan rasminya melancarkan ‘Mobile-first Indexing’ bermula 1 July 2019. Apa kesannya terhadap (anda) pemilik laman web & blog?
Perkara ini SANGAT penting bagi pemilik laman web & blog terutama sekali bagi laman web baru.
Saya mula menerima beberapa amaran daripada Google untuk beberapa laman web yang saya uruskan.
Fahami apa itu Mobile-first Indexing, periksa laman web & blog anda selaraskan dengan polisi baru ini.
(Mungkin ini peluang anda untuk ranking dalam Google Search?)
Apa itu mobile-first indexing?
Secara ringkasnya ia merupakan cara terkini Google melihat laman web anda dan menyenaraikannya dalam Google Search.
Google akan lihat laman web anda berdasarkan paparan di telefon pintar (smartphone) sebagai rujukan utama – Bukan lagi paparan di desktop/PC (skrin besar)
Google dengan rasminya menggunakan ‘prosedur’ baru ini bermula 1 Julai 2019.
Apa kesan Mobile-first indexing pada anda?
Berikut merupakan kesannya terhadap laman web anda:
Laman web lama
Berita baiknya, untuk laman web yang sudah sedia ada, Google TIDAK akan mengganggu ranking anda.
TETAPI, ia akan menghantar notifikasi (amaran) jika terdapat sebarang masalah pada laman anda melalui ‘Google Search Console’.
(Pastikan anda telah mendaftar laman web anda dalam Google Search Console)
Apabila anda anda diberi notifikasi, bertindak pantas dan selesaikan masalah tersebut.
Kita tidak tahu sampai bila Google memberi ruang untuk kita menyelaraskan laman web dengan prosedur mobile-first indexing ini.
Berikut merupakan contoh notifikasi yang diberikan Google melalui Google Search Console:
Laman web baru
Jika anda melancarkan laman web baru dengan paparan yang tidak sesuai untuk smartphone, laman tersebut akan berhadapan dengan masalah ranking dalam Google Search.
Dan, kemungkinan besar laman tersebut tidak akan tersenarai langsung dalam Google Search.
Untuk laman web baru, Google tidak akan menghantar sebarang notifikasi untuk memaklumkan laman anda sesuai untuk paparan smartphone atau tidak.
Apa yang anda perlu lakukan?
Untuk laman web yang sudah sedia ada sebelum pelancaran mobile-first indexing ini, anda teruskan aktiviti seperti biasa dan tunggu apa-apa notifikasi dari Google.
Jika laman web anda memang sudah sedia responsive sepatutnya prosedur baru ini tidak memberi banyak kesan terhadap anda.
Apabila dapat notifikasi dari Google, selesaikan masalah tersebut – Ringkas.
Jika laman web anda memang tidak sesuai untuk paparan smartphone mungkin sudah tiba masanya untuk anda upgrade – ubah CSS atau ganti theme…
Nota: Jika anda perlukan bantuan, dengan sedikit cas perkhidmatan saya mungkin boleh membantu anda – Hubungi
Untuk laman web baru laman web responsive bukan lagi pilihan – ia adalah kemestian.
Sila pilih theme yang benar-benar responsive kemudian jangan lupa untuk periksa laman anda menggunakan Google Mobile-Friendly Test
Mohd Rawi says
terima kasih di atas perkongsian ini. Nasib web saya dah lama pakai template yang mesra mobile.