Periksa status link affiliate anda dengan mudah dan pantas.
Sebagai affiliater, situasi yang paling nak dielakkan adalah link affiliate kita mati – broken link.
Kita tidak mahu bila pelawat klik link tersebut, yang keluar ‘Page not found‘
Situasi ini sangat-sangat tak baik.
Tak baik untuk reputasi website dan juga untuk pendapatan kita.
Untuk pastikan link kita dalam keadaan yang baik adalah pekerjaan yang mencabar, mengambil masa dan memenatkan.
Apa lagi jika terdapat berpuluh post yang mengandungi link affiliate.
Untuk memudahkan sedikit kerja tersebut anda boleh gunakan Extension Broken Link Checker.
Extension Broken Link Checker
Ia juga dikenali sebagai addon atau plugin.
Anda hanya perlu tambah extension ini dalam browser / pelayar internet anda untuk menggunakannya.
Bergantung pada jenis browser yang anda gunakan, berikut merupakan antara broken link checker yang terbaik:
Terdapat pelbagai pilihan lain, tetapi saya pilih & guna yang ini.
Mudah, ringkas dan reputasi baik.
(Saya gunakan Firefox sebagai browser utama kerana chrome tidak memperlihatkan url penuh)
Berikut merupakan cara install dan guna extension ini:
[Firefox] Cara Install dan guna Link Analyzer
Lawati pautan berikut: Link Analyzer.
Terdapat amaran ‘This extension is not recommended’.
Abaikan amaran tersebut. Extension ini selamat digunakan.
Klik pada butang ‘ + Add to firefox.
Cara guna Link Analyzer
Pertama, lawati post anda yang mempunyai link affiliate.
Kemudian right-klik mouse anda dan pilih ‘Analyze all links‘:
(selain itu anda boleh highlight bahagian yang nak diperiksa)
Hasil pemeriksaannya adalah seperti berikut:
Link yang mati akan dihighlightkan dengan warna merah.
Link yang ok berwarna hijau.
[Chrome] Cara Install dan guna Broken Link Checker
Lawati pautan berikut: Broken Link Checker.
Klik pada butang ‘Add to chrome.
Cara guna Broken Link Checker
Butang untuk extension ini terletak pada bahagian toolbar, penjuru atas kanan browser:
Untuk periksa broken link, lawati post yang anda ingin periksa kemudian klik butang tersebut.
Hasilnya adalah seperti berikut:
Link yang mati berwarna merah pink.
Link yang ok berwarna hijau.
Selain itu untuk extension ini terdapat tambahan fungsi ruangan maklumat seperti ini:
Bergantung browser anda, boleh gunakan salah satu daripada extension ini.
Kedua-duanya memberikan hasil yang sama.
Memudahkan anda untuk memeriksa link affiliate yang mati dalam laman web anda.
Kongsikan jika post ini bermanfaat pada anda!
Leave a Reply