Senarai plugin penting untuk blog anda.
Jika anda baru bermula, pasti tertanya-tanya apakah plugin perlu digunakan.
Sebenarnya, terlalu banyak plugin tidak baik untuk blog.
Kerana ia akan memberatkan sistem dan menjadikan blog anda lambat.
Semakin sedikit plugin yang anda gunakan semakin baik untuk blog anda.
Kalau boleh biar tak guna plugin langsung.
Tapi agak mustahil, kecualilah kesemua fungsi yang anda perlukan telah disatukan dalam theme yang anda gunakan.
Kuncinya, sebelum anda nak install apa-apa plugin, tanya dulu diri anda.
Perlu tak plugin ini? Ada tak cara alternatif lain yang tak perlu guna plugin?
Untuk itu, disini saya senaraikan beberapa plugin yang benar-benar penting untuk blog anda:
Senarai plugin penting untuk blog
Nombor 1 – 8 saya kira sebagai wajib. Yang seterusnya bergantung kepada situasi dan keperluan.
- Simple Google reCAPTCHA
- Contact Form 7
- Yoast SEO
- Jetpack
- Akismet
- WP Fastest Cache
- Smush
- UpdraftPlus
- Classic Editor (Pilihan)
- Recent Posts Widget With Thumbnails (Pilihan)
- AddFunc Head & Footer Code (Pilihan)
- WebP Converter for Media
Teruskan membaca untuk mengetahui apa dan kenapa perlunya plugin ini.
1 Simple Google reCAPTCHA
Simple Google reCAPTCHA penting untuk keselamatan dan SEO laman web anda.
Pertama sekali ia boleh mengelakkan anda daripada diserang oleh cubaan untuk brute force login.
Kedua, ia boleh menapis cubaan komen spam daripada memasuki dan membanjiri ruangan komen anda.
Komen-komen ini akan disertai dengan link-link yang mana boleh menjatuhkan maruah laman anda.
(Dan seterusnya SEO laman)
Saya sangat syorkan anda untuk pasang Google reCAPTCHA.
Untuk panduan, anda boleh rujuk: Bagaimana Cara Pasang Google reCAPTCHA di WordPress.
2 Contact Form 7
Contact Form 7 adalah plugin borang perhubungan yang ringkas, ringan dan mudah untuk digunakan.
OK, mungkin tidaklah semudah drag and drop, tapi plugin ini saya kira sangat ringan jika dibandingkan dengan mana-mana plugin borang perhubungan yang lain.
Ia merupakan plugin borang perhubungan yang tertua dan popular.
Jika anda nak panduan untuk cara settingnya boleh rujuk post ini: Cara Menggunakan Plugin Contact Form 7
3 Yoast SEO
Plugin Yoast SEO adalah satu-satunya plugin yang anda perlukan untuk memastikan anda melakukan praktis SEO dengan betul.
Sangat baik tak kira anda baru bermula atau veteran dalam blogging.
Hijau maksudnya SEO baik, merah SEO tak baik.
Selain untuk audit SEO, plugin ini juga dilengkapi dengan beberapa fungsi penting seperti site-map, verifikasi untuk enjin pencarian seperti Google, Bing dan Yandex, breadcrumbs dan keupayaan anda untuk mengawal rupabentuk post anda dalam paparan Facebook.
4 Jetpack
Jetpack adalah plugin yang dimiliki oleh Automattic (berkaitan dengan wordpress).
Sangat berguna untuk laman anda.
Antara fungsi plugin ini adalah untuk keselamatan laman web, melihat trafik laman web, untuk butang share laman sosial, dan banyak lagi.
Anda tak perlu install banyak-banyak plugin. Gunakan Jetpack dan fungsi yang ditawarkan dah mencukupi.
Oleh kerana terdapat lebih 30 modul (fungsi) yang ada dalam plugin ini, anda kena tahu bagaimana nak setting agar ia tak memberatkan laman anda.
Anda boleh rujuk panduan ini: Cara Guna Plugin Jetpack agar tak Ganggu Kelajuan Blog.
5 Akismet
Plugin Akismet berfungsi untuk menapis komen spam daripada diterima masuk dalam blog anda.
(yang mungkin terlepas oleh google reCAPTCHA)
Komen penting untuk blog.
Ia menunjukkan post anda mendapat sambutan, berguna dan seterusnya membantu menaikkan ranking post tersebut.
Tapi ia hanya merujuk kepada komen asli daripada pembaca sebenar.
Komen bot atau spam pula adalah sebaliknya – Menjatuhkan ranking post anda.
Komen spam ni datang mulanya satu persatu, kemudian puluh, kemudian ratus sehinggalah anda tidak dapat menangganinya.
Oleh itu gunakanlah plugin Akismet ini. Ia percuma sahaja.
Plugin ini juga dimiliki oleh Automattic dan memerlukan plugin Jetpack untuk memudahkan pemasangan.
6 WP Fastest Cache
Plugin WP Fastest Cache ini menjadikan laman anda lebih laju untuk load di paparan para pengguna.
Bila laman anda laju, pengguna suka dan ini akan menaikkan rangking anda dalam enjin pencarian seperti Google.
Kepentingan plugin ini sangat ketara bila laman anda sudah ‘besar’, mempunyai banyak post dan mungkin mempunyai skrip-skrip untuk fungsi tambahan.
Untuk setting plugin ini, anda boleh buat seperti berikut:
7 Smush it
Plugin Smush it ini khas untuk mengecilkan gambar-gambar yang ada dan yang anda muat naik dalam laman anda.
Gambar yang bersaiz besar juga menjadi penyebab laman kita menjadi lambat.
Selalunya saya akan target saiz gambar yang saya gunakan kurang daripada 100kb.
Lagi kecil lagi baik.
(Kecuali laman web yang memang khas untuk mempamerkan gambar, fotografi, dan yang memerlukan gambar-gambar yang cantik).
Untuk memudahkan saya mencapat target tersebut saya gunakan plugin ini.
8 UpdraftPlus
Seterusnya, anda perlukan plugin UpdraftPlus untuk buat backup laman web.
UpdraftPlus adalah plugin percuma yang terbaik boleh anda gunakan untuk tujuan tersebut.
Biasakan diri untuk membuat backup secara berjadual, contohnya sekali seminggu dan juga setiap kali sebelum melakukan apa-apa pengubahsuaian atau update besar pada laman.
Anda boleh rujuk cara guna plugin ini dalam post: Cara Backup WordPress dengan Mudah dan Pantas.
Senarai tambahan: Plugin pilihan mengikut keperluan
Senarai seterusnya adalah plugin yang mungkin anda perlukan tapi tak wajib.
9 Classic Editor
Jika anda tak berapa menyukai paparan block terbaru wordpress anda boleh beralih kepada paparan classic editor.
Saya menggunakaan plugin Classic Editor ini untuk mengembalikan paparan asal untuk edit post dan page.
Pada pendapat saya paparan classic ini lebih mudah untuk digunakan dan kawalan lebih meluas.
10 Recent Posts Widget With Thumbnails
Jika anda nak menambah pilihan widget mungkin boleh guna plugin ini.
Plugin ini membolehkan anda memaparkan post terbaru berserta dengan gambar featured image di bahagian widget.
(Widget asal wordpress untuk post terbaru tidak memberikan pilihan untuk memaparkan gambar)
11 AddFunc Head & Footer Code
Plugin ini berguna jika anda nak letak skrip tambahan pada bahagian head ataupun footer tanpa perlu menyentuh fail theme anda.
Plugin ini menjadi penting jika anda berjaya mendapat kelulusan Google Adsense.
Ataupun jika anda menyertai apa-apa program affiliate yang memerlukan kod tertentu untuk diletakkan pada bahagian head atau footer laman web anda.
12 WebP Converter for Media
Plugin ini berguna jika laman anda menggunakan banyak gambar.
Contohnya seperti laman web fotografi, travel, model yang mana memerlukan gambar-gambar yang cantik dan berkualiti.
Kelebihan fail Webp berbanding jpeg,jpg dan png adalah ia bersaiz lebih kecil dengan kualiti yang sama.
Bila saiz kecil, ia ringan dan baik untuk prestasi @ kelajuan laman web.
Tips yang saya sering gunakan adalah install plugin jika perlu sahaja.
Jangan beratkan laman anda dengan plugin yang tidak memberikan apa-apa faedah mendalam pada laman anda.
Kongsikan post ini jika bermanfaat pada anda.
Leave a Reply