Kena tahu dan faham Polisinya jika nak lulus permohonan Google Adsense.
Anda cuba memohon Google Adsense tapi terima balasan seperti ini?
Saya yakin lebih 70% daripada pemilik blogger pernah melalui pengalaman ini.
Sebab besar permohonan ditolak adalah:
Laman web tidak mematuhi Polisi Google Adsense.
Jika anda ingin memahami dengan lebih mendalam berkenaan dengan polisi Google Adsense, post ini untuk anda.
Teruskan membaca untuk lepas permohonan Google Adsense.
Kandungan Polisi Google Adsense
Berikut merupakan senarai polisi yang dinyatakan dalam ruangan Polisi Program Adsense
- Clicks dan Impression yang tidak sah
- Menggalakkan Pengguna untuk Klik ads
- Polisi Kandungan Laman
- Manipulasi dan penipuan dalam laman
- Authorized Inventory (Ads.txt)
- Punca trafik
- Mengubah rekabentuk Iklan
- Penempatan iklan
- Laman mestilah mudah untuk digunakan
Mari kita lihat lebih lanjut setiap senarai polisi berikut.
1. Clicks dan Impression yang tidak sah
Pemilik tidak boleh mengklik iklan mereka sendiri atau menggunakan apa-apa cara yang tidak sah untuk menaikkan jumlah klik atau jumlah impression.
Pertama, kita kena fahami apakah itu ‘Cliks’ dan ‘Impression’ dalam Google Adsense.
Clicks bermaksud ‘klik’.
Sentuhan jari pada ads (iklan) untuk touchscreen (contoh: smartphone) atau pun right-klik untuk PC / laptop.
Impression pula bermaksud keadaan dimana ads (iklan) muncul dalam paparan page.
Clicks dan impression dinyatakn dalam bentuk jumlah.
Contohnya: 24 ads impression dan 12 clicks bermaksud iklan muncul 24 kali dalam laman anda dan menerima 12 klik.
So, Google kata kita tidak boleh menggunakan cara apa sekali pun yang tidak sah dengan tujuan untuk menaikkan impression atau klik untuk ads dalam laman kita.
Orang yang klik pada ads kita mestilah mempunyai niat untuk klik ads tersebut.
Bukan dipaksa atau klik tak sengaja.
Contoh cara yang tidak sah adalah:
- Pemilik blog klik ads sendiri.
- Menggunakan robot untuk klik ads.
- Menggunakan skrip atau code yang bertujuan untuk menaikkan jumlah klik ads.
2. Menggalakkan Pengguna untuk Klik ads
Pemilik laman tidak boleh mengalakkan atau meminta pengguna untuk klik pada ads.
(Pengecualian kepada rewarded inventory yang mana mempunyai polisi tersendiri.)
Taktik yang mana menyuruh pengguna untuk klik pada iklan untuk mendapatkan ganjaran adalah dilarang sama sekali.
Anda juga tidak boleh menggunakan perkataan yang mana mengalakkan pengguna untuk klik pada iklan contohnya:
- Klik iklan ini untuk meneruskan…
- Lawati link ini…
- Sila klik iklan untuk support kami…
- Sila klik iklan agar kami dapat meneruskan laman ini…
Dan apa-apa jenis bahasa yang sejenis dengannya.
Anda juga tidak boleh menggunakan taktik grapik yang bertujuan untuk mengalihkan perhatian pengguna pada iklan.
Contohnya dengan meletakkan anak panah menunjuk pada iklan atau gambar gif bertujuan mengalihkan perhatian pengguna kepada iklan.
Iklan juga mesti diformat dengan cara yang mana menjadikan ia boleh dibezakan dengan mana-mana gambar lain.
Iklan Google mestilah dapat dibezakan daripada mana-mana iklan lain atau gambar dalam laman anda.
Tak boleh letak gambar lain berdekatan dengan iklan Google yang mana membuatkannya seolah-olah sebahagian daripada gambar dalam laman anda.
Cara label juga mesti dilakukan dengan betul.
Anda hanya boleh gunakan perkataan yang jelas menyatakan ia adalah iklan, seperti ‘Advertisements‘ dan ‘Sponsored Links‘.
Anda tidak boleh guna label yang mengelirukan seperti: ‘Tawaran hebat hari ini!‘, ‘Kami rekomen laman ini..‘ dan sebagainya.
Bagi yang pakar menggunakan script atau program, sama sekali tidak boleh membuatkan iklan Google dalam keadaan terapung di paparan skrin pengguna.
Dan akhir sekali, anda juga tidak boleh menggunakan taktik yang mana membuatkan pengguna akan tidak sengaja terklik iklan Google.
Contohnya, pengguna nak klik pada butang ‘Baca’, bila nak klik tiba-tiba keluar iklan google dekat atas butang tersebut dan membuatkan pengguna tadi ter-klik iklan tersebut.
3. Polisi Kandungan Laman
Pemilik laman tidak boleh meletakkan kod Adsense dalam halaman yang melanggar Polisi Google Publisher.
Jika terdapat mana-mana bahagian page atau post dalam laman anda yang melanggar atau mungkin melanggar Polisi Google Publisher, jangan letak kod Adsense dekat situ.
Ini akan mengakibatkan akaun anda diberhentikan (bagi yang suda mempunyai akaun Adsense).
Oleh kerana bahagian ini agak panjang, saya asingkan ia ke post khas.
Anda boleh lihat disini: Syarat kandungan laman untuk Google Adsense.
4. Manipulasi dan penipuan dalam laman
Suasana dalam laman yang dibuat secara sengaja dengan tujuan untuk menipu para pengguna.
Tidak kira dibuat oleh anda ataupun pihak ketiga, asalkan keadaan seperti ini berada dalam laman anda, ia dikira sebagai kepunyaan anda.
Berikut merupakan contoh dalam topik ini:
Mesej atau notifikasi palsu.
Rekabentuk iklan yang menyerupai aplikasi chat, amaran atau apa-apa notifikasi yang membaca pengguna ke iklan atau landing page sebenar.
Ruangan yang tak sepatutnya boleh di klik.
Contohnya ruangan kosong yang sepatutnya tak memberi apa-apa makna apabila di klik membawa pengguna ke laman target.
Apa-apa jenis pautan atau benda-benda yang boleh diklik yang mana wujud tapi dijadikan tak kelihatan adalah dilarang.
Penipuan menggunakan simbol interaktif
Sebagai contoh penggunaan skrol bar, butang play, butang next, anak panah untuk menipu pengguna, membawa pengguna ke landing page iklan.
Manipulasi butang pelayar internet
Sebagai contoh bila pengguna tekan butang back, sepatutnya page sebelumnya akan muncul, tapi pengubahsuaian dilakukan menyebabkan pengguna dibawah ke landing page iklan.
Begitu juga dengan keadaan bila kita klik butang close (x), tak terus close tapi keluar page baru.
Mencuri kumpul maklumat.
Laman yang dicipta khas dengan tujuan menipu pengguna untuk memberikan butir-butir peribadi.
Auto-redirect
Membawa pengguna ke laman lain secara automatik tanpa kemahuan si pengguna.
Animasi penipu
Contohnya anda sediakan animasi semut bergerak kemudian ‘mencabar’ pengguna untuk klik pada semut tersebut. Bila diklik ia akan membawa pengguna ke halaman lain.
Malware atau perisian yang berbahaya
Iklan atau kandungan laman yang mempromosikan, menyimpan atau memberikan pautan untuk apa-apa jenis malware atau perisian yang berbahaya kepada pengguna.
5. Authorized Inventory (Ads.txt)
Besar kemungkinan anda tak guna. Jika tak guna abaikan bahagian ini.
Untuk periksa sama ada laman anda mempunyai ads.txt atau tidak gunakan url ini:
domainanda.com/ads.txt
Gantikan domainanda.com dengan domain anda. Gunakan dekat ruangan url pelayar internet.
Jika page 404 muncul maknanya anda tak guna.
Jika muncul ruangan kosong atau dengan sedikit text, maknanya ads.txt wujud.
Jika kemungkinan anda menggunakan Ads.txt, jangan lupa untuk selitkan kebenaran untuk Google Adsense.
Anda boleh dapatkan rujukan bagaimana nak dapatkan masukkan Google Adsense dalam Ads.txt anda dekat sini: Panduan Ads.txt
6. Punca trafik
Iklan Google tidak boleh diletakkan di dalam mana-mana halaman page atau post yang menerima trafik daripada sumber yang tidak asli.
Maksud trafik tidak asli atau tidak benar ini adalah trafik tersebut datang bukan sebab kemahuan untuk melihat akan tetapi didorong oleh faktor lain seperti dibayar untuk melawat dan sebagainya.
Contoh punca trafik yang dilarang adalah:
- Menggunakan servis pihak ketiga yang mana membayar pengguna untuk melihat laman atau melihat iklan anda.
- Menggunakan khidmat iklan melalui email daripada pihak ketiga.
- Memaparkan iklan google adsense melalui perisian. Contohnya anda selitkan iklan Google dalam toolbar yang anda buat.
7. Mengubah rekabentuk Iklan (Perilaku iklan)
Anda DIBENARKAN untuk mengubah kod Iklan Google dengan syarat ia dibuat bukan dengan tujuan untuk menjadikannya lebih menarik perhatian dari apa yang sepatutnya.
Yang mana boleh menyebabkan kerugian pada pihak pemasang iklan.
Antara teknik yang dilarang adalah:
- Menyembunyikan iklan menggunakan teknik seperti (display: none).
- Membuatkan iklan melindungi isi kandungan laman anda atau sebaliknya.
- Menyertakan iklan dalam email.
- Manipulasi perilaku iklan. Contohnya membuatkan iklan zoom in dan out, meletakkan ads dalam slider.
8. Penempatan iklan
Terdapat syarat-syarat dimana anda boleh dan tidak boleh letak iklan Google Adsense.
Sebagai contoh anda tidak boleh letak iklan berdekatan dengan mana-mana butang lain yang mana mungkin boleh menyebabkan pengguna tersilap klik.
Iklan juga tidak boleh diletakkan dalam pop-up, email atau dalam sebarang perisian. Anda boleh lihat panduan penuh Polisi Penempatan Iklan Google.
Antara jenis penempatan yang dilarang adalah:
- Penempatan yang boleh menyebabkan klik tanpa sengaja. Berdekatan dengan butang seperti butang , play, next dan sebagainya.
- Cara penempatan yang terlalu menarik perhatian. Contoh berdekatan dengan flash animation.
- Meletakkan ikan dibawah tajuk yang memberikan tanggapan yang salah. Contoh menulis ‘klik iklan untuk support kami’ diatas iklan.
- Tidak boleh menempatkan iklan berdekatan dengan gambar yang membuatkan seolah-olah gambar tersebut berkaitan dengan iklan.
- Membuatkan iklan seolah-olah seperti isi kandungan laman anda. Contohnya anda letak iklan satu skrin penuh dekat atas. Kandungan sebenar pula terletak dibawah yang memerlukan skrol kebawah untuk dilihat.
- Membuatkan isi kandungan laman anda kelihatan seperti iklan. Membuatkan pengguna sukar membezakan antara iklan dan juga isi kandungan laman anda.
- Menawarkan sesuatu jika pengguna klik pada iklan. Contohnya untuk download klik pada iklan terlebih dahulu.
- Iklan dan flash game terlalu dekat. Jarak minimum adalah 150px.
- Iklan lebih banyak daripada kandungan sebenar.
- Iklan tidak boleh diletakkan dalam page error, 404, login, log out, exit dan yang sejenis dengannya.
- Iklan tidak boleh diletakkan dalam ruangan seperti live chat, instant messaging yang mana tidak mengandungi apa-apa isi kandungan utama.
- Iklan tidak boleh diletakkan dalam email.
- Iklan tidak boleh dipaparkan dimana-mana perisian (software).
- Iklan tidak boleh ditetapkan untuk dibuka pada windows baru melainkan ia telah ditetapkan sendiri oleh Google.
- Iklan tidak boleh dipaparkan dalam ruangan pop-up atatu pop under.
- Iklan tidak boleh diletakkan dibahagian yang tidak dapat dilihat oleh pihak Google. Contohnya dalam ruangan yang memerlukan login dan halaman yang tidak membenarkan Google robot akses.
- Tidak boleh meletakkan iklan Google dimana-mana laman web lain tanpa kebenaran pemilik laman tersebut.
- Tidak boleh memaparkan iklan jika anda menggunakan teknik framing iaitu memaparkan laman orang lain dalam laman anda.
9. Laman mestilah mudah untuk digunakan
Dan akhir sekali, laman anda mestilah jenis mesra pengguna.
Maksudnya pengguna tidak sesat jika berada dalam laman anda.
Boleh tahu nak pergi mana, menu tahu letak dekat mana, tak perlu nak tercari-cari kalau nak pergi ke bahagian tertentu dan sebagainya.
Tipsnya, jangan bagi laman anda terlalu kompleks.
Jangan cuba nak buat rekabentuk baru yang sukar difahami.
Mungkin cantik tapi tak cantik untuk kesenangan pengguna laman kita.
Yang simple itu adalah terbaik.
Diharapkan post ini dapat membantu anda untuk memahami Polisi Google Adsense.
Selamat memohon dan semoga permohonan anda diterima!
Kongsikan jika bermanfaat.
Leave a Reply