Panduan Lengkap untuk Program Affiliate ACCESSTRADE.
Edit: Sila ambil perhatian, ejaan rasmi untuk AccessTrade adalah ACCESSTRADE (semua huruf besar). Dalam post ini saya letakkan sebagai AccessTrade untuk memudahkan pembacaan.
(Kerana bagi sesetengah pihak all caps membawa intonasi tertentu..)
Post ini merangkumi kesemua yang anda perlukan untuk beraffiliate dengan AccessTrade.
Bermula daripada pendaftaran sehinggalah anda siap buat link affiliate anda untuk digunakan.
Berbaloi tak program affiliate AccessTrade ini?
Saya mula menyertai program ini pada bulan April 2020. Berikut merupakan rekod prestasi program affiliate saya setiap bulan:
Untuk rekod diatas saya hanya sertai salah satu program yang mereka tawarkan sahaja. Nak tengok sistem mereka dan kadar bayarannya.
Dan nampaknya agak lumayan juga.
Lagi satu, hasil income dekat atas ini hanya datang dari 5-6 post blog yang saya buat.
(Saya gunakan blog sebagai medium affiliate).
Bayangkan kalau terdapat berpuluh atau ratus post yang mempunyai link affiliate AccessTrade.
Pasti berbaloi!
Baca juga: 10 Cara Buat Duit dengan Blog.
Topik Tutorial Program Affiliate AccessTrade
Berikut merupakan topik dalam post ini:
- Apa itu Program Affiliate AccessTrade
- Cara Daftar untuk Ahli Baru
- AccessTrade Publisher Dashboard
- Pilih dan Apply Campaign
- Cara Buat dan Guna Link Affiliate
Teruskan membaca.
Apa itu Program Affiliate AccessTrade?
AccessTrade adalah platform affiliate yang menjadi pengantara antara pemilik perniagaan (bisnes) dan juga pengiklan (anda dan saya).
Tidak ada sebarang syarat yang spesifik untuk anda menyertai program affiliate AccessTrade.
Jika anda memiliki laman web, blog atau sosial media anda boleh mendaftar sebagai affiliater (publisher).
Cuma tak boleh ada elemen pornografi, perjudian dan juga tidak mengandungi konten yang boleh menyinggung mana-mana golongan agama.
Apabila anda daftar dengan AccessTrade, anda boleh memilih pelbagai program affiliate yang ditawarkan didalamnya.
Ini termasuk syarikat seperti Shopee, Zalora, Watson, Adidas dan sebagainya.
Anda tidak terikat kepada kategori tertentu sahaja. Boleh pilih program yang bersesuaian dengan anda.
Kadar komisen yang ditawarkan adalah berbeza-beza mengikut program.
Ada yang membayar mengikut % daripada jumlah pembelian barang dan ada juga yang membayar jumlah tetap (contohnya pendaftaran).
Jika anda memiliki blog, laman web ataupun aktif dalam media sosial seperti Facebook, Insta atau TikTok agak rugi jika anda tak daftar.
Oleh itu, daftarlah sekarang.
Cara Daftar untuk Ahli Baru
Seperti biasa, untuk menyertai program affiliate AccessTrade anda kena daftar dahulu.
Cara mendaftar lurus dan mudah sahaja, tidak ada simpang belok.
Untuk daftar anda boleh pergi ke halaman ini: AccessTrade Publisher Registration.
Pertama pastikan anda dalam ruangan pendaftaran yang betul. Individu atau syarikat.
Masukkan url laman web atau media sosial anda, nama laman web atau username untuk media sosial, email dan juga password pilihan anda.
Tik pada butang Agree (baca term & condition jika sanggup) dan seterusnya klik ada butang ‘Sign Up’.
Selepas anda klik ‘Sign Up’ anda akan terus dibawah ke paparan Publisher Dashboard:
AccessTrade Publisher Dashboard
Perkara pertama yang saya cadangkan adalah lakukan ‘Answer 4 quick questions‘ yang tertera dalam ruangan ‘Explore with us!’:
Ini akan melengkapkan maklumat seperti butir-butir diri anda serta cara anda beraffiliate.
Bila anda klik pada butang ‘Try’ akan keluar 4 paparan soalan seperti berikut:
Semua pilihan jawapan telah disediakan. Anda hanya perlu pilih.
Jika tak ada jawapan yang berkenaan, anda boleh pilih pilihan others.
Sebelum anda pergi ke bahagian apply campaign, saya cadangkan anda untuk lengkapkan dahulu bahagian seperti:
- Profile
- Bank Account
- Sites
Bahagian ini anda boleh akses melalui menu ‘ACCOUNT SETTINGS‘:
Lengkapkan kesemuanya (terutamanya bahagian bank account…)
Untuk bahagian ‘Sites’, kita perlu lengkapkan selengkapnya kerana ia mempengaruhi kadar kelulusan kita sewaktu apply campaign nanti.
Klik pada ‘Sites‘ kemudian klik pada ikon pen/pensel:
Yang kemudiannya akan memperlihatkan paparan berikut:
Sebahagiannya sudah anda isi. Cuma perlu lengkapkan 2 lagi bahagian iaitu – Category & Description.
Untuk Category anda cuma perlu pilih daripada pilihan yang disediakan. Boleh pilih 2 kategori. Ikut kesesuaian topik/niche yang anda bawakan.
Untuk bahagian Description, anda buatlah selengkapnya. Promosikan sites yang anda gunakan.
Ia umpama seperti resume yang dilihat oleh empunya program affiliate yang anda akan apply nanti. Lagi lengkap lagi mudah untuk anda lulus.
Apa yang anda perlu nyatakan dalam description ini?
Tidak ada formula yang tepat, tapi saya cadangkan anda masukkan point-point seperti ini:
- Apakah niche, topik dan perkara yang anda bincangkan / bawakan
- Berapa purata trafik/lawatan harian, berapa follower
- Bagaimanakah cara anda mendapatkan dan meningkatkan trafik
- Bagaimanakah strategi anda untuk beraffiliate
Dan lagi satu, MUNGKIN anda perlu menulis description ini dalam bahasa English, kerana kesemua butir-butir yang lain adalah dalam bahasa English.
(Kemungkinan juga orang yang melihat permohonan campaign hanya tahu Berbahasa English – Syarikat antarabangsa).
Contohnya anda boleh tulis seperti ini (contoh sahaja):
Ithmm is a blog about ‘how to make a blog’. It also cover various topic around that such as IT, online income and affiliate. Currently, Ithmm having about 4~5k visitor per day. 95% of the traffic came from organic search and the rest came from social media such as Facebook and youtube. Apart from that, Ithmm also have a super loyal reader from the mailing list now exceeding 10k marks. Since ithmm focus is predominantly in content creation such as writing review, tutorial and tips, most of affiliate program will definitely fit in. Ithmm best affiliate strategy is by placing it as a text link inside post and as a widget in sidebar.
Satu lagi tips yang saya nak kongsikan adalah ubahsuai description setiap kali anda nak apply Campaign baru.
Contohnya anda nak apply campaign affiliate Watson. Ubah description anda agar ia lebih merujuk kepada bisnes yang dibawakan oleh Watson.
Selesai bahagian ini, kita ke bahagian yang seterusnya iaitu ‘Apply Campaign’.
Pilih dan Apply Campaign
Campaign ini sebenarnya adalah program affiliate yang ditawarkan daripada pelbagai syarikat melalui AccessTrade.
Anda boleh lihat senarai campaign yang ada melalui menu ‘CAMPAIGNS > Available Campaigns‘:
Terdapat banyak campaign yang ada, boleh belek-belek lihat mana satu yang sesuai dengan anda.
Sebelum anda apply, lihat dahulu syarat-syarat dan maklumat berkenaan campaign tersebut.
Apa yang kita nak tahu adalah maklumat seperti:
- Syarat untuk mendapat komisen
- Cara mempromosi yang diterima dan tidak diterima
- Kadar komisen
- Polisi Cookies
- Tempoh pembayaran
Kita tak mahu apply campaign yang tidak sejajar dengan cara kita. Nanti buat tapi tak ada hasil.
Contohnya saya berminat untuk apply campaign Kinokuniya.
Klik pada campaign tersebut untuk lihat maklumat lanjut dan kita boleh dapat maklumat yang diperlukan seperti berikut:
Cookies 30 hari bermaksud berapa lama data yang menunjukkan anda sebagai referer disimpan.
Contohnya pembeli klik link affiliate anda tapi dia tak beli pada hari yang sama. Lepas 25 hari barulah dia beli barang tersebut.
Anda masih dapat komisen daripada pembelian tersebut. Walaupun ketika melakukan pembelian tersebut pembeli tidak lagi melalui link anda.
Lebih dari 30 hari hak anda mendapatkan komisen akan hilang.
Kena lihat betul-betul berapa lama cookies disimpan untuk satu-satu campaign.
Contohnya campaign Watson, cookiesnya hanya 1 hari. Ini suda tentu akan mengurangkan peluang anda untuk mendapatkan komisen daripada link affiliate anda.
Untuk pembayaran pula, kita tengok tempoh masa yang diberikan.
Untuk contoh Kinokuniya, dinyatakan bahawa validation akan dilakukan setiap hujung bulan.
Ini bermaksud bayaran komisen anda bulan ini akan dibayar pada bulan depan.
Jika anda bersetuju dengan semua syarat-syarat yang dinyatakan anda boleh teruskan untuk apply campaign tersebut.
Selepas itu anda kena tunggu kelulusan.
Tempoh untuk review application anda adalah bergantung kepada campaign yang anda pilih.
Ada yang serta merta dan ada yang kena tunggu sehingga 3 hari.
Jika lebih daripada 3 hari masih tak lulus cuba hubungi pihak AccessTrade untuk dapatkan bantuan.
Anda boleh lihat campaign yang anda apply, yang lulus dan yang tidak lulus melalui 3 menu berikut:
Cara Buat dan Guna Link Affiliate
Apabila campaign yang anda apply diluluskan, ia akan muncul pada bahagian CAMPAIGNS > Affiliated Campaigns:
Jika anda klik pada campaign tersebut, contohnya dalam gambar diatas kita klik dekat Shopee, akan keluar paparan seperti berikut:
Kita boleh lihat dekat atas (menu atas) terdapat pilihan cara untuk kita buat link affiliate: Affiliate link, Banners, Custom creatives dan Product Feed.
Saya tidak akan membincangkan Product Feed dalam post ini kerana ia agak kompleks.
#1. Affiliate links.
Ini adalah affiliate link anda.
Apabila link ini diklik @ digunakan, ia akan membuka halaman utama campaign yang kita sertai.
(Dalam contoh ini ia akan membawa para pengguna ke halaman utama Shopee)
Jika pembaca menggunakan smartphone, ia akan membuka aplikasi Shopee bagi yang telah install atau mencadangkan untuk install aplikasi tersebut bagi yang belum install.
Bagaimana cara guna link ini?
Anda boleh copy dan paste begitu sahaja atau jadikan ia sebagai text link.
Bergantung kepada medium yang anda gunakan untuk beraffiliate.
Jika anda gunakan platform sosial media kena gunakan link yang diberikan dan mungkin boleh pendekkan menggunakan aplikasi laman seperti bitly.
Jika anda menggunakan blog / website cara yang boleh anda gunakan lebih meluas.
(Bagi yang belum memiliki blog sendiri, saya galakkan anda untuk buat satu: Cara buat blog sendiri.)
Selalunya saya tidak akan gunakan affiliate link yang ini kecuali jika campaign yang saya bawakan itu adalah benda baru dan tidak diketahui umum.
#2. Banners
Untuk jenis banner ini anda akan diberikan kod html yang mana mengandungi gambar banner dan juga link affiliate anda.
Dukacitanya, ia hanya boleh digunakan dalam laman web atau blog.
Anda boleh pilih saiz banner yang anda mahu kemudian klik pada butang copy untuk copy kod html anda.
Contohnya saya nak letak banner shopee dalam post ini.
Saya pilih 600×300 pixel (agar sesuai untuk kedua-dua paparan smartphone dan desktop).
Copy kod htmlnya dan kemudiannya paste dekat bawah ini:
Setiap kali pengunjung klik banner diatas saya berpeluang untuk mendapatkan komisen.
Kod html tersebut tidak boleh letak begitu sahaja ya.
Kena tukarkan dahulu paparan editor anda daripada visual editor ke text editor. Kalau tak ia tidak akan dibaca dengan betul.
Akan tetapi, jika anda nak link affiliate anda lebih banyak klik, jadikan link anda lebih spesifik dengan menggunakan pilihan seterusnya iaitu Custom creatives.
#3. Custom Creatives
Hampir kesemua link affiliate yang saya gunakan adalah jenis yang ini.
Pilih produk, kemudian buat link affiliatenya.
Lebih spesifik lebih banyak klik yang anda perolehi.
Bagaimana cara guna custom creatives ini?
Kita gunakan contoh program affiliate Shopee ini.
Pertama sekali kita pergi ke laman web Shopee dan cari produk yang kita nak promosikan.
Kita nampak produk ini:
Ambil url halaman produk tersebut, kemudian paste masuk ke dalam Landing url dalam custom creatives:
Kemudian berikan apa-apa nama sebagai yang sesuai dalam ruangan Creative name (untuk rujukan anda):
Kemudian klik pada butang ‘Generate‘ untuk dapatkan link affiliate anda:
Seterusnya anda boleh copy link tersebut dan jadikan ia sebagai text link @ selitkan ia dalam post anda.
Contohnya:
“… untuk menjadikan blog anda kelihatan lebih profesional dan boleh dapatkan theme premium dengan harga murah dekat sini: Envanto Premium Theme. Harganya lebih kurang RM60 sahaja…”
Nak jadi lebih kreatif dan menarik perhatian?
Jadikan ia butang seperti ini:
Boleh rujuk: Cara buat butang link dalam website.
Setelah berjaya untuk daftar, apply dan buat link, selanjutnya segalanya bergantung kepada usaha anda.
Dalam 1 bulan pertama memang tak berapa nampak hasilnya, tapi jika dibuat secara consistent hasil affiliate ini pasti lumayan.
Kongsikan jika post ini bermanfaat pada anda!
izahayu says
ok saya cuba
Teri says
Hi
Saya berminat dgn info Accesstrade in. Blh tlg ajar cara nk link ke FB & TikTok?
Tq