Program affiliate Lazada, Shopee, Involve asia dan terbaru Temu. Cukup. Ini pilihan terbaik.
Mungkin ada yang lain, tapi 4 ini adalah yang terbaik.
Saranan saya, anda daftar Lazada dan Shopee untuk produk fizikal.
Daftar Involve Asia untuk servis, kewangan dan perlancongan.
Daftar Temu untuk ambil peluang dapat komisen tinggi kerana ia sedang pesat membangun ketika ini.
Berikut maklumat tentang program-program affiliate ini.
1 Program Affiliate Lazada
Panduan untuk join: Cara buat Affiliate Lazada
Program Affiliate Lazada sesuai untuk semua niche kerana Lazada menawarkan kategori produk yang luas.
Daripada barangan elektronik, fesyen dan hinggalah ke kategori perkhidmatan, pasti ada yang sesuai dengan niche anda.
Bagi saya, untuk platform business-to-consumer eCommerce, program ini berbaloi kerana kadar komisen yang ditawarkan agak tinggi berbanding saingannya iaitu Shopee.
MAKLUMAT UTAMA:
- Potensi income: Komisen Base sehingga 13% + Komisen Brand bermula 4%.
- Durasi cookies: 7 hari.
- Syarat: Mempunyai akaun media sosial, blog, laman web (salah satu atau lebih).
KELEBIHAN:
- Kadar komisen base tinggi
- Produk terpilih mempunyai komisen tambahan – komisen brand
- Pilihan produk pelbagai
- Pelbagai marketing tools disediakan
- Analisis prestasi disediakan
KEKURANGAN
- Durasi cookies hanya 7 hari
- Komisen cap RM10 untuk komisen base
Jika anda berminat anda boleh baca info lanjut sini: Bagaimana cara buat affiliate Lazada
2 Program Affiliate Shopee
Panduan untuk join: Cara buat Program Affiliate Shopee
Sama seperti Lazada, program ini sesuai untuk semua niche kerana mempunyai pilihan kategori produk yang luas.
Ketika ini, program affiliate Shopee mempunyai kelebihan dari segi kepopularannya platform eCommercenya dimana pelanggan lebih memilih untuk membeli produk dari Shopee.
Maklumat utama:
- Potensi income: Peluang komisen berganda – komisen Shopee + komisen Xtra.
- Durasi cookies: 7 hari.
- Syarat: mempunyai akaun media sosial, blog, laman web (salah satu atau lebih).
Kelebihan:
- Komisen boost untuk tempoh tertentu setiap bulan
- Campaign untuk income tambahan
- Percuma untuk join
- Pilihan produk pelbagai
- Pelbagai marketing tools disediakan
- Analisis prestasi disediakan
Kekurangan
- Banyak saingan kerana kepopularan Shopee
- Durasi cookies hanya 7 hari
- Komisen cap pada RM10
Jika anda berminat anda boleh baca info lanjut sini: Bagaimana cara buat affiliate Shopee.
3 Program Affiliate Involve Asia
Daftar sini: Program Affiliate Involve Asia
Involve Asia berbeza daripada Shopee atau Lazada.
Ia bukan platform eCommerce tetapi merupakan platform pemasaran affiliate yang mana menghubungkan anda dengan lebih 500 jenama,penjual atau penyedia servis dari seluruh Asia Tenggara (termasuk Malaysia).
Pilihan yang meluas ini membolehkan peluang untuk anda mendapat produk yang sesuai lebih tinggi.
Maklumat utama:
- Potensi income: Pelbagai pilihan kadar komisen.
- Durasi cookies: 1-30 hari bergantung pada program.
- Syarat: Mempunyai akaun media sosial, blog, laman web (salah satu atau lebih). Terdapat keperluan lain yang perlu dipenuhi bergantung pada program yang anda pilih dalam Involve Asia.
Kelebihan:
- Pilihan jenama, kedai dan servis yang pelbagai
- Pengurusan pelbagai program dalam satu platform sahaja
- Percuma untuk join
- Pelbagai marketing tools disediakan
- Analisis prestasi disediakan
Kekurangan
- Komisen rendah sedikit kerana melalui orang tengah.
- Sesetengah program cookies hanya 1 hari.
- Sesetengah program hanya untuk tempoh masa tertentu.
Untuk niche pelaburan, kewangan, perkhidmatan dan perlancongan pilihan untuk program affiliate ada dalam platform ini.
Sesetengah program menawarkan komisen sehingga ratusan ringgit.
Jika anda mahu mendaftar: https://app.involve.asia/v2/create-account
4 Program Affiliate Temu
Daftar sini: Program Affiliate Temu
Temu adalah laman e-commerce yang sedang pesat meningkat baru-baru ini.
Sama seperti Lazada dan Shopee, laman ini menawarkan pelbagai kategori produk dengan harga yang murah.
Program affiliate Temu masih diperingkat awal, dimana sasarannya adalah untuk mendapatkan pengguna baru.
Komisen yang ditawarkan agak lumayan, iaitu RM5 untuk setiap pengguna baru ditambah dengan 10%-30% komisen untuk produk yang dibeli.
Ia juga menawarkan bonus tambahan maximum RM4,000 jika anda dapat mencapai target tertentu.
Pendaftaran adalah percuma dan tanpa sebarang keperluan ketika ini.
Untuk daftar anda boleh guna pautan ini: https://temu.to/m/uqbgefrbv72
Dan jika berminat, gunakan code acs987364 untuk dapat 30% diskaun pembelian pertama anda dalam platform ini.
Ambil peluang untuk dapatkan komisen maksimum sementara program ini masih baru.
Semoga post senarai program affiliate terpilih di Malaysia ini bermanfaat untuk rujukan anda.
Jangan lupa like dan follow page Ithmm untuk lebih banyak tips!
Leave a Reply