Panduan lengkap ini membantu anda untuk mula ber-affiliate.
Dalam post ini, anda akan belajar cara buat affiliate Shopee dari pendaftaran sehinggalah anda dapat dan post link affiliate anda.
Jangan lupa like dan follow page ithmm.
Sistem Affiliate Shopee
Berikut beberapa ringkasan tentang Shopee Affiliate:
- Shopee affiliate program juga dikenali sebagai Shopee Ambassador Program.
- Program ini adalah dari pihak Shopee sendiri.
- Untuk daftar, anda mestilah memiliki sekurang-kurangnya satu akaun media sosial – WhatsApp, blog, Facebook, YouTube dan sebagainya.
- Anda mendapat komisen daripada setiap pembelian produk di Shopee melalui link affiliate anda.
- Minimum komisen adalah 1.2% berdasarkan harga produk. Maximum 10% + Commission Xtra.
- Pembayaran akan dibuat 2 minggu sekali, selepas komisen anda melebihi RM50.
- Affiliate adalah cara terbaik untuk dapatkan extra income terutama bagi yang aktif dalam media sosial.
Berikut contoh ‘pendapatan’ daripada Shopee Affiliate:
Bagaimanakah sistemnya yang membolehkan anda dapat komisen dari Shopee?
Atau dalam bahasa yang lebih telus, bagaimana anda boleh dapat duit dari Shopee?
Pertama, anda kena daftar terlebih dahulu menjadi ahli affiliate.
Selepas daftar, anda boleh pilih produk daripada Shopee, buat link untuk produk tersebut dan kongsikan dalam media sosial milik anda.
Apabila link anda digunakan atau di-klik, rekod yang menyatakan anda sebagai ‘promoter’ akan disimpan selama 7 hari.
Dalam masa 7 hari tersebut, jika pembelian dilakukan maka anda akan dapat komisen.
Terdapat 2 jenis komisen:
- Shopee Commission dan;
- Commission Xtra
Semua produk (kecuali kategori tertentu) mempunyai Shopee Commision sebagai komisen tetap.
Produk terpilih mempunyai komisen tambahan yang dipanggil Commission Xtra. Komisen ini tidak tetap dan mempunyai tarikh aktif.
Oleh itu, semasa memilih produk, dahulukan produk yang mempunyai kombinasi Shopee Commission dan Commission Xtra agar anda mendapat komisen maksimum.
Anda boleh baca juga sumber rasmi dari Shopee ini: Pengenalan kepada sistem Affiliate Shopee.
01 Daftar Program Affiliate Shopee
Cara untuk daftar program affiliate shopee ringkas dan mudah untuk difahami.
☕Jika anda nak lulus cepat, gunakan link whatsapp anda sebagai media sosial pilihan. Buat link WhatsApp disini: https://www.ithmm.com/cara-buat-link-whatsapp/.
Sebagai panduan, sila baca urutan langkah dibawah ketika mendaftar.
- Lawati laman berikut: affiliate.shopee.com.my
- Login masuk menggunakan akaun Shopee anda (akaun untuk beli barang). Jika tak ada akaun Shopee, daftar akaun baru menggunakan email.
- Seterusnya, lengkapkan butir-butir yang diperlukan untuk mendaftar sebagai affiliate.
- Untuk ‘Account type‘, pastikan anda pilih ‘Individual‘
- Untuk alamat ‘Email‘, pastikan anda menggunakan email yang sama untuk daftar akaun Shopee.
- Klik pada butang ‘Send verification code‘, dan kod akan dihantar ke alamat email anda.
- Masukkan kod yang anda terima ke dalam ruangan ‘Verification code‘.
- Untuk bahagian media information, terdapat pilihan jenis sosial media yang boleh anda guna. Klik pada ikon sosial media pilihan dan sambungkan shopee dengan sosial media tersebut.
- Jika anda nak lulus cepat, gunakan link whatsapp anda sebagai media sosial pilihan. Pertama, buat link WhatsApp anda, rujuk sini untuk buat:https://www.ithmm.com/cara-buat-link-whatsapp. Copy link anda dan balik ke pendaftaran affiliate shopee. Dalam bahagian ‘link sosial media’, klik pada ikon menu (3 titik), ruangan akan keluar. Masukkan link whatsapp anda di ruangan tersebut.
- Untuk ‘Category niche‘, jika anda tak pasti pilih ‘All’.
- Untuk ‘Partner Type‘, pilih ‘Blogger/Social media‘.
- Selesaikan pendaftaran dan tunggu kelulusan daripada pihak shopee. Notifikasi kelulusan akan dihantar ke email yang anda gunakan.
Siap mendaftar, anda hanya perlu tunggu 3 – 5 hari untuk kelulusan daripada pihak Shopee. Atau kurang daripada itu.
02 Buat Link Affiliate Shopee
Selepas diterima sebagai ahli affiliate shopee, langkah seterusnya adalah membuat link affiliate.
Anda boleh buat link affiliate menggunakan:
- Handphone: Menggunakan apps Shopee.
- Komputer/laptop: Menggunakan platform affiliate Shopee.
Guna handphone untuk lebih memudahkan, boleh buat link dengan cepat dan dimana-mana sahaja.
Guna komputer/laptop untuk lebih teliti, sistematik dan lebih teratur jika anda mempunyai blog @ laman web.
Berikut perkara penting yang perlu anda ketahui:
01. Elakkan daripada membuat link atau promote halaman utama (homepage) shopee dan juga halaman banner offer atau pemberitahuan. Anda tidak akan mendapat komisen daripada link yang bermula daripada halaman seperti yang dinyatakan.
02. Gunakan link standard (short link) yang diberikan oleh shopee ketika membuat link untuk peluang mendapat CommisionXtra. Link affiliate panjang, link affiliate yang menggunakan servis third-party seperti bitly tidak akan mendapat commision tambahan daripada commisionXtra.
03. Sentiasa utamakan produk yang mempunyai label ‘Commision Xtra’ untuk dapatkan komisen maksimum daripada Shopee.
Cara Buat link melalui website
Untuk akses ke affiliate platform melalui website gunakan url ini: https://affiliate.shopee.com.my
Apabila anda log masuk ke dalam affiliate platform, paparan utama yang muncul adalah seperti ini:
Pada sebelah kiri paparan, terdapat pilihan menu.
Anda boleh buat atau dapatkan link daripada kumpulan menu ‘Offer’ iaitu:
- Shopee offer
- Commission XTRA
- Product Offer
- Exclusive Offers
- Custom Link
Kita lihat satu persatu:
1. Shopee Offer
Bahagian ‘Shopee Offer’ ini mengumpulkan produk yang mempunyai mempunyai tawaran komisen tinggi dalam jangka masa tertentu yang disusun mengikut kategori.
Untuk buat link affiliate daripada bahagian ini, cari ‘Offer name’ pilihan, kemudian klik pada ‘view details’ pada column ‘Action’.
Ini akan memaparkan setiap satu produk yang ada dalam kumpulan ‘Offer’ yang anda pilih.
Anda boleh susun paparan produk mengikut Comm%, Top Sales dan Price.
Untuk dapatkan link, klik pada butang ‘Get Link‘ untuk produk yang anda pilih, kemudian copy link.
2. Commission XTRA
Bahagian ini memaparkan kedai di Shopee yang menawarkan commisionXtra pada produk mereka.
Kebanyakan kedai yang dipaparkan disini menawarkan commissionXtra tanpa tarikh luput. Sangat sesuai untuk link digunakan dalam tempoh masa yang lama.
Anda boleh susun kedai pilihan mengikut kadar komisen atau tarikh bila offer tersebut dibuat.
Untuk buat link anda boleh klik pada ‘View details’ dalam column ‘Action’.
Ini akan memaparkan produk yang ada dalam kedai tersebut.
Untuk buat link bagi produk pilihan, hanya perlu klik pada butang ‘Get Link’ dan copy link yang diberikan.
3. Product Offer
Bahagian ini memaparkan semua produk yang yang menawarkan komisen di Shopee termasuklah produk yang juga mempunyai komisen tambahan atau CommisionXtra.
Kelebihan bahagian ini adalah, anda boleh search produk yang anda mahu iklankan, kemudian boleh gunakan filter dekat atas untuk susun produk contohnya produk yang mempunyai commisionXtra sahaja, commision tertinggi, jualan terbanyak, harga dan lain-lain.
Bagi saya bahagian ini adalah bahagian yang paling mudah untuk digunakan kerana mempunyai fungsi search/carian dan kemudiannya boleh memilih produk berdasarkan harga, kadar komisen dan jumlah jualan terkumpul.
Untuk buat link bagi produk pilihan, hanya perlu klik pada butang ‘Get Link’ dan copy link yang diberikan.
4. Exclusive Offers
Bahagian ini memaparkan produk dengan kadar komisen yang tinggi (melebihi 10%) dan mempunyai label CommisionXtra sahaja.
Amat sesuai digunakan jika anda mahu membuat iklan bagi produk yang menawarkan komisen tinggi.
Kelemahannya, jumlah produk yang ditawarkan dalam bahagian ini adalah terbatas.
Untuk buat link bagi produk pilihan, hanya perlu klik pada butang ‘Get Link’ dan copy link yang diberikan.
5. Custom Link
Bahagian ini membolehkan anda membuat link affiliate manual berdasarkan link halaman produk, kedai atau kategori yang anda jumpa dalam Shopee.
Bagi saya, ini merupakan pilihan terakhir untuk buat link affiliate shopee kerana kita tidak dapat pastikan kadar komisen yang ditawarkan.
Peluang untuk mendapat commisionXtra juga tidak dapat ditentukan.
Saya hanya gunakan bahagian ini untuk buat link affiliate jika produk spesifik yang saya nak iklankan tidak dapat saya jumpai pada bahagian lain.
Cara buat link melalui bahagian ini adalah:
Cari produk pilihan dalam lama web shopee, Copy url produk tersebut, paste masuk dalam ruangan custom link, masukkan sub_id jika perlu (untuk tujuan tracking), klik pada butang ‘Get Link’ dan copy link yang diberikan.
Cara Buat link melalui app
Untuk akses ke affiliate platform melalui app shopee dalam smartphone, buka app shopee kemudian pilih menu ‘Me’ pada penjuru kanan bawah app.
Skrol kebawah dan cari pilihan ‘Affiliate Program’.
Paparan utama dalam affiliate program shopee app adalah seperti berikut:
Untuk buat link affiliate, terdapat beberapa bahagian yang anda boleh gunakan seperti:
- Product Offer
- Shop Offers
- Exclusive Offers
1. Product Offer
Dibawah bahagian product offer adalah paparan semua produk yang menawarkan komisen dan juga CommissionXtra dalam shopee.
Terdapat juga pecahan menu dalam bahagian ini seperti: All, CommisionXtra, Free Sample, Top performing dan seterusnya.
Anda boleh klik menu tersebut untuk melihat produk yang ditawarkan dalam kategori yang berbeza.
Untuk mencari produk tertentu, anda boleh gunakan ruangan search/pencarian pada bahagian atas paparan app.
Untuk buat link, sentuh pada produk pilihan.
Ini akan memaparkan butir-butir penuh berkenaan produk tersebut termasuklah kadar komisen yang ditawarkan.
Klik pada butang ‘Share to Earn’ untuk buat link.
2. Shop Offers
Bahagian ini memaparkan kedai di Shopee yang menawarkan kadar komisen tinggi dan CommisionXtra untuk produk mereka.
Kebanyakkan kedai yang tersenarai disini mempunyai tawaran komisen tinggi tanpa tarikh luput dan link yang dibuat sesuai digunakan dalam tempoh masa yang lama.
Anda boleh susun pilihan kedai mengikut kadar komisen, mall, preferred dan tarikh tawaran dibuat.
Untuk buat link, anda boleh klik pada butang ‘Share to earn’ untuk promote kedai atau klik pada nama kedai untuk lihat satu persatu produk yang ditawarkan dan kemudian buat link daripada produk pilihan.
3. Exclusive Offers
Bahagian ini memaparkan produk dengan kadar komisen yang tinggi dan dipasangkan dengan CommisionXtra.
Pilihan produk yang ditawarkan dalam kategori ini terbatas.
Anda boleh mebuat carian produk dan menyusun produk mengikut kadar komisen, jualan tertinggi dan harga dalam bahagian ini.
Untuk buat link affiliate, klik pada produk pilihan dan kemudianya klik pada butang ‘Share to Earn’.
03 Promote Link Affiliate Shopee
Selepas buat link affiliate, dimana nak letak dan bagaimana caranya?
Anda boleh guna semua media sosial yang ada seperti blog, facebook, tiktok, instagram, youtube dan termasuklah WhatsApp.
Dengan syarat, semua url atau link sosial media tersebut mestilah didaftarkan terlebih dahulu dalam profile shopee affilate anda.
Dalam post ini saya hanya bincangkan 3 cara buat affiliate shopee yang mana bagi saya agak berkesan setakat ini iaitu melalui:
- WhatsApp, status WhatsApp, Group
- Post/reel/stories Facebook
- Blog, personal blog, laman web persendirian
Lagi baik jika anda mampu untuk gabungkan ketiga-tiga cara diatas.
Anda boleh gunakan platform media sosial yang lain tiktok, youtube, twitter dan lain-lain.
Bergantung mana satu sosial media anda yang berpotensi. Contohnya jika anda mempunyai banyak follower dalam tiktok, boleh gunakannya.
Cuma tiktok ini adalah platform yang mempunyai bilangan pengguna tinggi dari kalangan remaja hinggalah awal umur 20-an.
Manakala kuasa pembeli terkuat adalah golongan 25 tahun dan ke atas yang mana juga merupakan pengguna terbesar Facebook.
Youtube pula memerlukan kepakaran dari segi video editing dan memerlukan subscriber yang banyak untuk berhasil.
Tambahan pula kebarangkalian untuk akaun youtube anda di ‘ban’ untuk content mempromosikan produk adalah agak tinggi.
Kecualilah anda membuat content yang memperlihatkan diri anda seperti produk review atau content lain yang membolehkan anda menyelitkan link affiliate shopee.
Cara promote guna WhatsApp
Promote link affilate Shopee melalui WhatsApp adalah paling mudah dan agak berkesan.
Kelemahannya, jika anda bergantung 100% pada WhatsApp sahaja, agak sukar untuk mendapatkan komisen yang lumayan.
Bagaimana cara buat affiliate Shopee dengan WhatsApp?
Mudah sahaja.
Muat naik link affiliate anda dalam status whatsapp.
Target pembeli sudah tentu dikalangan kenalan yang menyimpan nombor whatsapp yang anda gunakan dalam smartphone mereka.
Gunakan kreativiti anda untuk membuat status whatsapp yang menarik.
Oleh kerana WhatsApp tidak mempunyai sistem untuk mengenal pasti material copyright, anda boleh gunakan kelebihan ini.
Boleh ambil gambar produk, video produk dari shopee sendiri atau dari mana-mana sumber lain, selitkan link affiliate anda dan muat naik ke dalam status WhatsApp.
Tidak perlu risau perkara seperti strike, akaun ban, copyright strike dan sebagainya.
Anda boleh juga selitkan link affiliate dalam group whatsapp atau hantar msg link kepada kenalan yang mungkin memerlukan produk tertentu.
Jika link anda diklik, sebarang transaksi yang dilakukan di platform Shopee dalam tempoh masa 7 hari, komisen adalah milik anda.
Cara promote guna Facebook
Selitkan link affiliate yang anda telah buat dalam post facebook anda.
Anda boleh guna gambar produk daripada Shopee untuk produk yang anda promote.
Anda boleh guna gambar asal, tetapi saya syorkan anda edit gambar tersebut untuk menjadikannya lebih menarik perhatian dan mudah difahami.
Kalau boleh kita buat gambar yang sekali lihat orang dah tahu atau faham apa maksud post anda.
Jika ada pilihan video, buat post video atau reel dan selitkan link affiliate anda dalam description.
Untuk pengetahuan bersama, jika dibandingkan dengan post gambar, post video dibuktikan lebih berkesan.
Jika produk yang anda nak promote ada menyediakan video, guna video tersebut. Edit sedikit untuk jadikan video lebih menarik dan mempunyai identiti.
Nak post link affiliate guna facebook personal atau page?
Anda boleh post link affiliate dekat facebook personal anda, tapi untuk jangka masa panjang saya syorkan anda buatlah page khas untuk tujuan bisnes. Untuk tujuan post link affiliate.
Kalau boleh asingkan bisnes dengan kehidupan peribadi anda. Baik untuk jangka masa panjang.
Buat facebook page baru kemudian perlahan-lahan kembangkan. Memang memerlukan masa untuk kumpulkan follower. Tapi bila dah ada banyak follower kerja makin mudah dan income affiliate pun bertambah.
Sementara tunggu follower dalam facebook berkembang kita boleh post link affiliate dekat facebook personal dahulu.
Tips untuk kembangkan facebook page baru, kita gunakan rule 80/20. Maksudnya jika kita buat 5 post, 4 post adalah post yang seperti post lucu, info, pelajaran atau apa-apa post yang orang suka nak share dan like. Kemudian 1 post lagi untuk post link affiliate shopee anda.
Anda juga boleh gunakan servis ‘boost’ dalam facebook untuk menjadikan post, video, reel dan facebook page anda mendapat lebih banyak view. Tapi servis ini berbayar dan memerlukan sedikit kepakaran untuk setting iklan.
Cara promote guna blog / laman web
Jika anda betul-betul nak serius, pertimbangkan untuk buat blog.
Bagi yang sudah mempunyai blog, boleh mula selitkan link-link affiliate shopee anda.
Kenapa blog?
Post, content atau penulisan yang anda buat dalam blog, bila sudah mendapat ranking dalam enjin pencarian, khususnya Google search, akan memberikan anda komisen yang lebih konsisten setiap hari.
Dan akan terus bertambah mengikut kerajinan anda.
Anda boleh lebih detail dalam penulisan anda, memberikan rasa percaya dan yakin dikalangan pembaca dan seterusnya meningkatkan kadar pembelian dan seterusnya income affilate anda.
Ia juga memudahkan anda membuat maintenance untuk link-link affiliate yang sudah ‘mati’ dan tidak dapat digunakan.
Biasanya dalam bidang affiliate ini, blog atau laman web adalah medium utama yang dibantu oleh laman media sosial seperti facebook, youtube dan lain-lain.
Kebanyakkan orang atau syarikat yang sudah lama berkecimpung dalam dunia affiliate menggunakan teknik ini.
Jika anda berminat untuk memiliki blog boleh rujuk: Cara buat blog sendiri
Bagaimana cara untuk selitkan link affiliate dalam blog?
Anda boleh selitkan dalam post-post sedia ada, terutama post yang sudah ranking.
Cari produk yang berkaitan dengan post anda, buat link dan selit kan dalam blog post tersebut.
Contohnya untuk post ini, anda mungkin berminat untuk memiliki ChatGPT-4 yang boleh membantu anda membuat ayat power untuk Facebook post.
Saya selitkan link affiliate shopee dekat atas. Jika anda beli produk tersebut, saya akan dapat sedikit komisen (terima kasih).
Begitulah antara cara untuk selitkan link affiliate dalam blog.
Anda juga boleh membuat post baru dalam blog dengan tajuk yang khas untuk para pembaca yang sedang dalam proses mahu membeli sesuatu.
Contohnya, anda buat post bertajuk “minyak wangi terbaik untuk lelaki”.
Dalam post tersebut anda senaraikan minyak wangi terbaik dan selitkan link affiliate anda.
Pembeli yang ingin membeli minyak wangi, akan gunakan google untuk mengetahui minyak wangi wangi terbaik.
Taip dalam google, post anda muncul, dan bila mereka beli minyak wangi menggunakan link yang anda syorkan anda akan dapt komisen.
Untuk post jenis ini, anda boleh jadikan link affiliate anda lebih menarik seperti ini:
Selain itu, anda juga boleh letak link affiliate anda dalam widget, atau buat ruangan iklan khas untuk setiap post-post dalam blog anda.
Kesimpulannya, jika anda belum menyertai affiliate Shopee, sertai sekarang. Daftar dan mula buat.
Lagi baik daripada anda sertai skim cepat kaya, yang perlukan yuran untuk join dan akhirnya lesap.
Untuk cara buat affiliate shopee, ikut sahaja langkah yang disyorkan disini. Mulakan dari WhatsApp, Facebook dan jika mahu kembangkan, buatlah bog snediri.
Semoga post cara buat affiliate shopee ini bermanfaat untuk rujukan bersama.
Jika ada sebarang soalan boleh nyatakan dalam ruangan komen dibawah.
Jangan lupa join juga Facebook Page ithmm untuk sebarang info dan makluman terkini!
Fit says
Love how each steps were explained clearly. Easy to understand and very direct.