Cara mengatasi masalah ‘Maximum execution time of 30 seconds exceeded’ untuk WordPress.
Adakah anda mengalami masalah ini semasa proses update WordPress, theme atau plugin laman anda?
Proses update anda gagal disebabkan oleh masa yang diambil untuk proses tersebut melebihi had yang ditetap kan iaitu 30 saat.
Cara untuk mengatasi?
Ubah had masa maximum ini..
Terdapat 2 cara yang boleh anda guna untuk mengubah ‘Maximum Execution Time’ ini:
- Edit fail wp-config.php
- Edit fail .htaccess
Anda boleh pilih salah satu, tengok mana satu yang berkesan.
Cara 1: Edit fail wp-config.php
Anda boleh akses fail ini melalui:
cPanel > File Manager > public_html > wp-config.php
Right-klik fail tersebut dan pilih ‘Edit‘.
pergi ke bahagian bawah sekali dan tambah kod berikut:
set_time_limit(300);
Contoh gambar:
Klik pada butang ‘Save changes‘ untuk simpan.
Cara 2: Edit fail .htaccess
Anda boleh akses fail ini melalui:
cPanel > File Manager > public_html > .htaccess
Tidak jumpa fail tersebut?
Mungkin masih tersembunyi.
Untuk menampakkan fail .htaccess, klik pada ‘Setting‘ yang terletak pada penjuru atas paparan File Manager anda.
Kemudian tik pada pilihan Show Hidden Files (dotfiles).
Right-klik pada fail .htaccess anda dan pilih ‘Edit‘.
Tambahkan kod berikut:
php_value max_execution_time 300
Pada bahagian akhir sebelum # END WordPress.
Ia kelihatan seperti ini:
Klik pada butang ‘Save changes‘ untuk simpan dan cuba hasilnya.
Kongsikan jika post ini bermanfaat pada anda.
Leave a Reply