Mungkin anda bercadang nak gunakan Shortcode di bahagian excerpt post atau dalam widget.
Agar laman anda kelihatan lebih menarik.
Tapi bila anda letak shortcode tersebut ia tidak dibaca dengan betul.
Ia tidak berfungsi.
Kerana setting asal dalam WordPress tidak membenarkan shortcode digunakan dalam bahagian tersebut.
Dalam post ini kita lihat bagaimana untuk memperbolehkan shortcode digunakan dalam bahagian Excerpt dan juga widget.
Agar kita boleh guna shortcode dalam bahagian tersebut.
Caranya seperti berikut:
1. Akses fail function.php untuk theme yang anda gunakan.
Terdapat beberapa cara pilihan seperti akses melalui cPanel dan juga mengunakan ftp.
Untuk yang mudah, dalam post ini kita akses melalui dashboard admin wordpress anda.
Login masuk ke dalam dashboard admin wordpress.
Daripada menu utama pilih:
Appearance > Theme editor
Disebelah kiri anda akan lihat senarai fail.
klik pada pilihan ‘Theme function (function.php)‘.
2. Tambahkan kod berikut dalam fail function.php.
Dalam fail function.php skrol hingga ke bahagian paling bawah kemudian masukkan kod berikut:
//enable shortcode pada excertp dan widget text add_filter('the_excerpt', 'do_shortcode'); add_filter('widget_text', 'do_shortcode');
Contoh gambar kod dimasukkan:
Jangan lupa klik pada butang ‘Update File’ untuk simpan kod dana.
Selanjutnya anda boleh letak shortcode pada bahagain Excerpt atau tex widget untuk lihat hasilnya.
Kongsikan jika post ini membantu anda!
Leave a Reply